UMUM

18-AUG-2021

Sentimen Politik dalam Pasaran Saham


 


Sejak akhir-akhir ini, politik di Malaysia kelihatan bergelora. Ketika ini, isu keabsahan Perdana Menteri sudah terungkai dan kemudian disusuli dengan topik siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri yang terbaru. Tidak lama lagi akan terjawab siapakah pemimpin politik yang mendapat sokongan terkuat dalam pentadbiran sekarang dan akan dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-9 menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kesan politik kepada pasaran saham

Tidak boleh dinafikan, ketidakstabilan politik dapat memberi kesan kepada ekonomi dan pasaran saham negara. Krisis politik yang berlanjutan ini telah menyebabkan indeks FBMKLCI mencatatkan penurunan sehingga 1483.80 pada 4 Ogos 2021.

Indeks saham FBMKLCI
Indeks FBMKLCI

Apabila krisis politik berlaku, saham-saham berkaitan dengan ahli dan parti politik akan menjadi tumpuan para pelabur. Berikut adalah senarai ahli dan parti politik yang dikaitkan dengan saham syarikat tertentu:

1. Barisan Nasional (BN)

2. Tun Mahathir Mohammad

Tun Mahathir Mohammad
Sumber gambar: The Star

3. Dato Seri Najib Razak

Dato Sri Najib Razak
Sumber gambar: Focus Malaysia

4. Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sumber gambar: Berita Harian

Eden Inc Bhd dan Thiriven Global Bhd - berkaitan dengan Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin, iaitu anak beliau.

5. Dato Sri Anwar Ibrahim

Sumber gambar: Berita Harian

Kesimpulan

Apabila berlaku krisis dan perubahan politik di Malaysia seperti perubahan tampuk pimpinan atau pertukaran kerajaan, akan terjadi perubahan yang drastik dan anomali pada harga saham syarikat tertentu di Bursa Malaysia. Ini mungkin disebabkan jualan panik oleh para pelabur atau ada pihak tertentu yang cuba mencipta spekulasi untuk mengaut keuntungan.

Ketika pertama kali BN tumbang di dalam pilihan raya umum ke-14, saham-saham syarikat yang berkaitan dengan pimpinan dan parti komponen BN jatuh dengan teruk. Contohnya pada 8 Mei, harga saham UTUSAN jatuh sebanyak 22.58%, manakala saham George Kent jatuh sebanyak 61%.

Antara contoh lain, pada tahun lepas, apabila Dato Seri Anwar dikatakan mempunyai cukup sokongan untuk menjadi Perdana Menteri, saham ASB melonjak naik sehingga 20.45%.

Walaupun saham-saham di atas dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan pemimpin parti politik, namun pelabur haruslah berhati-hati supaya tidak dimanipulasi oleh individu tertentu.

Boleh jadi saham-saham yang disenaraikan di atas hanyalah spekulasi dan tidaklah berkaitan dengan mana-mana pemimpin tersebut.

Tanpa bercakap pasal saham, sekiranya kita ingin melihat maklumat sekali imbas tentang ahli politik di Malaysia, kita boleh lihat maklumat ini di Politika.my . Platform tersebut memaparkan pelbagai data pada ahli politik yang sekarang menduduki parlimen dan terdapat juga cara untuk menilai ahli politik dengan fungsi rating dan review.

Rujukan

  1. The Edge Markets | Politically-linkend media groups spotlight
  2. BN-linked counters show signs price recovery | The Edge Markets
  3. Muhyiddin-linked stocks soar | The Edge Markets
  4. Datasonic, MyEG hit news charges against former DPM | The Edge Markets
  5. Mokhzani Mahathir-linked Eduspec rises post-GE14 | The Edge Markets
  6. Najib-linked stocks George Kent, Johan, Malton hit hard in post-election trad | Malay Mail

< kembali ke laman blog utama