Frequently Asked Questions


iSaham menyediakan trading tools untuk membantu pelabur memilih saham terbaik. Anda boleh mendapatkan senarai saham pilihan dari screener yang disediakan oleh iSaham atau screener tetapan anda. iSaham juga menawarkan servis kepada pelabur seperti kelas secara fizikal dan atas talian. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di sini.

iSaham boleh digunakan secara percuma, namun terdapat beberapa kemudahan iSaham yang hanya boleh diakses oleh iSaham Pro sahaja. Untuk mendapatkan akses iSaham Pro, boleh rujuk di sini.

Log masuk ke iSaham dengan menggunakan akaun Facebook atau Telegram. Penggunaan akaun Facebook adalah lebih disarankan.

Terdapat 2 cara untuk mendapatkan akses iSaham Pro secara percuma (T&S) iaitu:

1. Buka akaun CDS di bawah Mplus (Malacca Securities) di bawah rakan kongsi remisier kami di iSaham atau,
2. Buka akaun CDS di bawah CGSI (CGS International) di bawah rakan kongsi remisier kami di iSaham.

Jika anda belum mendaftar akaun CDS di bawah broker Mplus, boleh buka akaun dengan remisier iSaham. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk iSaham CDS .

Anda hanya perlu membuka akaun CDS di bawah rakan kongsi remisier iSaham. Untuk maklumat lanjut,anda boleh rujuk iSaham CDS .

Anda perlu log masuk semula dan kemaskini maklumat yang diperlukan di link berikut di sini

Besar kemungkinan anda telah daftar CDS dengan broker lain di app Bursa Anywhere dan bukan daftar akaun CDS Mplus ataupun permohonan buka akaun CDS Mplus tidak berjaya di app tersebut.

Anda perlu tanda pada semua bahagian termasuk bahagian yang tidak bertanda (**)

Nama dan alamat pemohon perlulah sama seperti dalam kad pengenalan atau passport. Ini termasuk jarak antara huruf/perkataan, baris alamat dan nama, tanda titik noktah atau koma.

Perlu masuk semula ke laman web Mplus untuk upload fail IC atau bank statement yang lebih jelas. Gunakan kamera yang lebih bagus dan pastikan jenis fail boleh diterima dalam sistem.

2 cara untuk anda lakukan ialah dapatkan penyata bank (bank statement) dari cawangan bank/ buku bank (perlu ada Cop Bank, nama dan sign pegawai bank yang mengesahkan) atau tukar bank lain (Nama seperti di IC). Rujuk link sebagai panduan iSaham - Blog (Bank Statement) .

Tidak boleh. Pembayaran hanya boleh dibuat melalui bank nama pemohon saja. Tiada third party transfer dibenarkan.

Besar kemungkinan anda telah memilih bank akaun yang tidak sama nama seperti yang tertera pada bank statement anda. Kalau akaun bank anda adalah jenis Islamik, perlu pilih bank akaun jenis Islamik dan upload bank statement jenis yang sama.

Jumlah minima yang anda perlu isikan pada soalan “Estimate Net Worth” ialah RM10,000. Ini adalah syarat buka akaun trading Mplus.

Maklumat pasangan yang diisikan pada borang tersebut tidak lengkap atau tidak tepat. Perlu buat pembetulan selepas masuk semula ke link pendaftaran. Kalau tiada pasangan, pastikan anda pilih status perkahwinan yang betul.

Anda boleh buka akaun CDS di bawah broker Malacca Securities (Mplus) melalui rakan kongsi remisier iSaham. Klik di sini untuk buat permohonan secara online atau hubungi iSaham Support jika anda perlukan bantuan untuk membuat permohonan online.

Jika anda sudah mempunyai akaun CDS Mplus di bawah remisier selain rakan kongsi remisier iSaham, sila hubungi iSaham Support di aplikasi Telegram iSaham Support untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kerana membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham. Selepas akaun anda siap, aktifkan akses iSaham Pro di iSaham Activate . Anda akan mendapat akses iSaham Pro secara automatik selepas melakukan transaksi pertama (jual atau beli) di akaun CDS Mplus anda.

Hanya 1 nama boleh memiliki 1 akaun CDS di bawah broker yang sama. Sila hubungi iSaham Support untuk maklumat lanjut.

Anda perlu log masuk terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran. Anda boleh buka akaun iSaham dan Sign In menggunakan akaun Facebook atau akaun Telegram anda. Kemudian pergi ke iSaham CDS untuk mendaftar.

Invitation Code DVBJ ialah invitation code bagi rakan kongsi remisier iSaham.

Bagi mendapatkan akses iSaham Pro secara percuma, pastikan akaun CDS anda adalah di bawah rakan kongsi remisier iSaham dengan cara memasukkan Invitation Code DVBJ pada online form di website Mplus. Sila pilih jenis akaun Islamic Cash Account semasa pendaftaran.

Selain akaun Facebook, anda boleh menggunakan akaun Telegram untuk log masuk ke akaun iSaham. Anda digalakkan untuk menggunakan browser semasa log masuk.

Bursa Anywhere adalah platform elektronik Bursa Malaysia Depository yang membolehkan pengguna mengakses, mengurus, dan menerima notis secara elektronik. Untuk fasa awal, pendeposit boleh mengakses Bursa Anywhere melalui aplikasi Mudah Alih sahaja.

Tidak perlu, hanya perlu mengisi borang online dan tick “NO” (tiada buka akaun Mplus di Bursa Anywhere) di bahagian ke-4 pada ruangan Bursa Anywhere.

Tidak perlu daftar akaun CDS Mplus di Bursa Anywhere app. Boleh terus buat pendaftaran di laman web Mplus melalui link kami iSaham CDS Kemungkinan anda sudah berdaftar akaun CDS di bawah broker lain dan bukan Mplus pada app tersebut.

Pilihan 1 - Saya tidak mempunyai pinjaman wang melebihi dan akan berjanji untuk memberitahu MSSB sekiranya memperoleh pinjaman wang domestik pada masa akan datang.

Pilihan 2 - Saya mempunyai pinjaman ringgit dalam negeri dan dengan itu dibenarkan untuk menukar sehingga RM1,000,000 secara keseluruhan bagi setiap pelaburan saya di luar negara yang saya / saya akan lakukan dengan MSSB dan lain-lain, harus diambil kira untuk tujuan peraturan FEA. Dengan ini saya berjanji untuk memberitahu MSSB dengan segera setelah jumlah pelaburan saya mencapai had maksimum yang dibenarkan.

Maklumat pelanggan adalah dilindungi oleh Mplus. Boleh rujuk di sini

Pembayaran boleh dilakukan pada langkah terakhir secara direct transfer menggunakan bank atas nama pemohon saja.

Perbezaan bayaran terletak pada bahagian soalan Bursa Anywhere. Jika pilih NO (tiada buka akaun CDS Mplus pada aplikasi Bursa Anywhere), bayaran akan dikenakan RM11 dan jika pilih YES, bayaran ialah RM1.

ID user dan password akan diberikan melalui emel daripada Mplus sekiranya permohonan buka akaun anda telah diluluskan.

Tiada. Pendaftaran hanya dilakukan melalui online sahaja

Proses mengambil masa 3-4 minggu, bergantung pada jumlah permohonan yang diterima Mplus. Mplus akan beri maklum balas melalui emel untuk sebarang masalah.

Yuran yang perlu dibayar hanya RM11 , fee proses permohonan ialah RM10 sahaja, RM0.50 untuk Identity Verification dan RM0.50 ialah caj FPX.

Log masuk ke MPlus menggunakan activation link, ID & password yang diberikan oleh Mplus di emel anda (ada 3 emel), jika tak jumpa sila semak dalam spam folder. Kalau tiada, mohon hubungi Mplus di sini.

Aktifkan akses iSaham Pro di iSaham Activate, Anda akan dapat akses iSaham Pro secara automatik selepas melakukan transaksi pertama (jual atau beli) di akaun Mplus anda.

Boleh rujuk iSaham Tutorials untuk video tutorial pengunaan screener iSaham

Rujuk di sini. Hanya boleh dilakukan melalui bank atas nama sendiri saja.

Deposit & Withdraw

Klik di sini untuk maklumat lanjut. Boleh juga rujuk di sini untuk memahami perkara tentang Account Summary

Trading pin sama dengan password login akaun CDS. Kalau kena block, perlu contact Mplus untuk reset semula. Rujuk di sini

Tiada. Brokerage fee caj hanya selepas order matched.

Boleh kira menggunakan kalkulator iSaham di Calculators. Boleh rujuk Daily Business Done/Contract Note di akaun CDS anda (My Account).

Caj lain yg dikenakan dalam jual beli saham boleh rujuk di sini.

Lepas trade 1 kali boleh mesej iSaham CDS (Telegram). Syarat minima group ialah 1 kali trade setiap 1 bulan.

Rujuk di sini untuk dapatkan kemudahan 5MD selepas lakukan 1 transaksi jual/beli.

Kemudahan fungsi ini diberikan oleh Mplus secara percuma. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.