Pendaftaran Akaun M+


DVBJ

Terima kasih kerana berminat membuka akaun M+ Global bersama team iSaham. Berikut merupakan langkah-langkah yang anda perlu lengkapkan:
Langkah 1 - Sila baca FAQ terlebih dahulu dan jawab kuiz pendaftaran.
Langkah 2 - Isi maklumat diri di iSaham.
Langkah 3 - Isi borang pembukaan akaun di laman web M+ Global.

Syarat untuk mendapatkan akses iSaham Pro Global ialah dengan mengisikan Invitation Code DVBJ pada borang M+ Global.

Manakala syarat untuk mendapatkan akses iSaham Pro ialah dengan memilih jenis akaun Islamic Cash Account dan isikan Invitation Code DVBJ.

Sekiranya anda tidak memilih jenis akaun Islamic Cash Account dan mengisi Invitation Code DVBJ, anda tidak akan mendapat manfaat akses iSaham Pro dan Pro Global dan akaun anda tidak akan dibuka di bawah rakan kongsi remisier iSaham.


Kuiz ini mempunyai empat soalan dan semua soalan haruslah dijawab dengan tepat untuk meneruskan permohonan akaun isaham.my.

Panduan Kuiz:

  • Sila jawab semua soalan dengan betul.
  • Soalan adalah untuk memastikan anda tahu tentang iSaham dan Malacca Securities (Mplus).
  • Sila tekan "Hantar Jawapan" untuk menjawab soalan seterusnya.
  • Tekan "Mula" untuk mula menjawab soalan.
Anda perlu log masuk iSaham sebelum meneruskan proses pendaftaran akaun M+ Global.

Soalan Yang Kerap Ditanya

A) M+ Online (Bursa Malaysia)

Anda boleh hubungi iSaham Support di Telegram jika anda perlukan sebarang bantuan.



Untuk membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia, kita perlu membuka akaun CDS di bawah broker berlesen di Malaysia. CDS atau nama panjangnya Central Depository System merupakan sebuah sistem di bawah Bursa Malaysia yang membolehkan saham dimiliki dan didagangkan.

Dengan memiliki akaun CDS, anda boleh membeli mana-mana saham berpotensi di Bursa Malaysia dan mendapat keuntungan daripada kenaikan harga saham dan hasil jualan saham.



Brokerage fee adalah sebanyak RM 8 (minima) atau 0.08% untuk setiap transaksi, iaitu antara brokerage fee termurah. Anda boleh baca kupasan di blog kami di sini untuk mengetahui lebih lanjut kos-kos lain yang terlibat dalam jual beli saham.

Anda juga boleh gunakan kalkulator saham kami di sini untuk memudahkan pengiraan untung rugi bersih anda.



Visi kami di iSaham adalah untuk membantu pelabur-pelabur melabur dengan lebih baik. iSaham adalah syarikat yang membuat analisis data pada syarikat-syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia. Kami paparkan analisis saham dalam laman web kami untuk memudahkan pelabur membuat keputusan dalam masa yang cepat. Analisis yang kami sediakan bukan biasa-biasa sahaja. Maklumat IPO yang kami paparkan menerima sambutan yang sangat baik dari pengguna yang berkunjung ke laman web iSaham.

Sebagai perkhidmatan, kami menyediakan lebih daripada 150 screener percuma dan premium untuk menapis saham-saham mengikut strategi pelabur. Screener ini bercirikan pelbagai strategi seperti chart pattern, breakout, dividen, moving average, Bollinger Band dan sebagainya. Selain itu, kami juga menganjurkan kelas-kelas saham dan personal coaching pada harga yang tak masuk di akal jika dibandingkan dengan ilmu yang boleh dicedok.

Bagi yang membuka akaun CDS Malacca Securities bersama kami, anda boleh dapatkan akses kepada screener-screener premium secara percuma dengan minimum trade (jual atau beli) 1 kali setiap 1 bulan (kami hanya menerima akaun CDS Islamic & cash upfront sahaja).



Anggaran tempoh masa selama 2 hingga 4 minggu jika tiada masalah pada borang yang anda isi



Anda boleh hubungi iSaham Support di Telegram jika anda persoalan tentang iSaham Pro.



Setelah akaun CDS Malacca Securities anda siap,

Langkah 1 - Link kan akaun Mplus dan iSaham anda di sini. Clientcode adalah 7 digit yang boleh dapati melalui emel yang diberi Mplus atau dalam akaun Mplus masing-masing (contoh clientcode ABC123J)

Langkah 2 - Lakukan minima 1 transaksi jual atau beli menggunakan akaun CDS Mplus anda.

Langkah 3 - Tunggu selepas jam 6 petang (trading day). iSaham Pro akan diberikan secara automatik. Pastikan anda telah login ke akaun iSaham melalui FB yang sama.



Akses percuma iSaham Pro hanya diberikan kepada yang membuka akaun CDS Mplus bersama dealer representative/remisier iSaham sahaja. Anda juga boleh membuka akaun CDS CGS-CIMB bersama wakil kami, hubungi team kami jika ada sebarang soalan.



Tidak kira anda buka akaun dengan dealer atau remisier, anda boleh membuat jual beli saham secara online tanpa memberitahu remisier anda.



Tidak ada kecuali perlu bayar RM10 diatas. Anda tidak perlu deposit apa-apa jumlah sebelum akaun anda siap. Selepas akaun siap, risiko ada semasa anda jual beli saham sebab harga saham boleh naik dan boleh turun.



Log masuk ke Mplusonline menggunakan activation link, ID & password yang diberikan oleh Mplus di emel anda (ada 3 emel), jika tak jumpa sila check dalam spam folder. Kalau tiada, sila hubungi Mplus



Untuk deposit modal, anda boleh pilih samada deposit secara manual (upload resit ke dalam Mplusonline) atau secara instant melalui fpx (recommended) pada hari trading day. Baca langkah mudah deposit di sini. Tidak perlu hubungi remisier untuk tujuan deposit.

Bagi yang hendak withdraw, sekiranya anda baru sahaja jual saham, settlement Bursa akan mengambil masa 2 hari maka anda hanya boleh keluarkan duit tersebut pada hari kedua malam. Elakkan membeli saham dalam masa 2 hari untuk mengelakkan masalah jualan tak clear. Untuk langkah-langkah withdraw melalui CDS Malacca Securities boleh rujuk di sini.



Trading pin adalah sama dengan password log masuk ke account CDS Mplus. Jika password anda di block, hubungi Mplus untuk reset semula.



Anda boleh dapatkan 5 market depth menggunakan akaun Malacca Securities secara percuma dengan minima trade sebulan sekali. Klik link ini untuk dapatkan 5 market depth atau boleh hubungi Mplus di isaham.my/mplus


B) M+ Global

  1. Bagi pelanggan yang belum mempunyai akaun CDS Mplus
    1. Klik pautan di atas dan daftar menggunakan alamat emel.
    2. Pastikan anda mengisi kod DVBJ pada ruangan Invitation Code.
    3. Kemudian isi maklumat yang diperlukan.
  2. Bagi pelanggan yang mempunyai akaun CDS Mplus.
    1. Klik pautan di atas dan daftar menggunakan user ID akaun Mplus atau nombor telefon.
    2. Pastikan anda mengisi kod DVBJ pada ruangan Invitation Code.
    3. Kemudian isi maklumat yang diperlukan.


  1. Bagi pelanggan yang belum mempunyai akaun CDS Mplus
    • Yuran sebanyak RM11 dikenakan bagi pendaftaran akaun CDS Mplus.
  2. Bagi pelanggan yang mempunyai akaun CDS Mplus.
    • Tiada sebarang yuran dikenakan bagi pendaftaran akaun M+ Global.


  1. Bagi pelanggan yang belum mempunyai akaun CDS Mplus
    • Akaun M+ Global akan berjaya diluluskan dalam masa 24 jam sekiranya tiada sebarang penolakan atau kemaskini yang perlu dilakukan.
    • Manakala, akaun CDS Mplus biasanya mengambil masa sehingga seminggu untuk diluluskan.
  2. Bagi pelanggan yang mempunyai akaun CDS Mplus.
    • Akaun M+ Global akan berjaya diluluskan dalam masa 24 jam sekiranya tiada sebarang penolakan atau kemaskini yang perlu dilakukan.


Anda boleh mendeposit melalui FPX. Anda juga tidak perlu menukar jumlah tunai kepada mata wang asing dan tiada yuran transaksi dikenakan.

Minimum deposit adalah sebanyak RM1,000.



Anda boleh melakukan pengeluaran kepada bank yang didaftarkan di bawah nama anda.

Jika pengeluaran wang kurang daripada RM100, caj sebanyak RM1 akan dikenakan.



Caj broker berbeza mengikut cawangan Mplus semasa akaun didaftarkan. Pendaftaran akaun melalui iSaham adalah di bawah cawangan Mplus Wangsa Maju.

Bagi cawangan Mplus Wangsa Maju, Mplus telah menetapkan caj broker untuk akaun M+ Global seperti berikut:

  • Pasaran US (US Market) - 0.1% atau min 3 USD
  • Pasaran HK (HK Market) - 0.1% atau min 18 HKD