UMUM

29-DEC-2020

Strategi 2021 Menurut Kajian UOB


 


UOB Kay Hian telah membuat kajian dan strategi pelaburan saham untuk tahun 2021. Dari sini, kami mengolah dan ringkaskan sektor apa yang anda boleh pantau untuk tahun 2021 nanti.

uob 2021

Apa yang berlaku 2020

Tahun 2020 menyaksikan krisis ekonomi yang tak pernah diduga. Semua pasti cakna bagaimana krisis wabak Covid-19 ini mengganggu aktiviti perniagaan fizikal. Banyak sektor ekonomi terjejas yang menyebabkan penurunan pendapatan, kehidupan manusia pula berubah dibayangi wabak ini.

Dunia kini berada di satu episod di mana semua mata melihat vaksin yang kini telah dikeluarkan, dan sekiranya ia mampu mengembalikan semula gaya kehidupan yang selama ini kita jalani.

Peluang 2021

Dengan bermulanya episod pemerhatian vaksin, kita dibawa dengan sentimen positif untuk pembukaan semula ekonomi.

Sekiranya vaksin berjaya mengembalikan keadaan dunia seperti sedia kala, perniagaan tidak lagi dijejaskan oleh pergerakan kawalan.

Bank bakal melihat lebih banyak perbelanjaan yang boleh diterjemah kepada pinjaman yang lebih banyak.

Lebih banyak barangan jualan dapat dijual apabila had pelanggan dalam premis tidak lagi dikenakan.

Tema Pembukaan semula ekonomi

Pembukaan semula ekonomi mungkin akan menjadi tema utama pasaran pada 1Q2021. Tema ini boleh dipecahkan kepada beberapa aspek. Di bawah aspek ini, kami sertakan dengan sektor yang berkaitan. Jadi, anda boleh perhatikan sektor di bawah ini apabila aspek pembukaan ekonomi ini dilihat menjadi tema semasa.

airasia malaysia airline

Pembukaan sempadan

Boleh dilihat di sektor Travel, Leisure and Hospitality

Barangan pengguna

Pemulihan berkitaran

Pengeluaran vaksin

Terdedah kepada profit-taking

Tinjauan sektor

Secara ringkas, UOB menilai sektor-sektor di bawah sebagai Overweight (dijangka akan outperform indeks).

Sektor di bawah ini pula dinilai sebagai Market Weight

Saham utama untuk dipantau


< kembali ke laman blog utama