UMUM

01-DEC-2020

Beza Pasaran Utama, ACE dan LEAP


 


Saham-saham yang boleh didagangkan dalam Bursa Malaysia terbahagi kepada tiga pasaran. Pasaran ini dinamakan Pasaran atau Papan Utama, ACE dan LEAP. Dua pasaran iaitu Utama dan ACE boleh didagang oleh pelabur awam, manakala hanya pelabur sofistikated sahaja yang boleh melabur dalam pasaran LEAP.

bursa market stairs styled isaham

Syarat penyenaraian untuk pasaran-pasaran ini juga berbeza. Dari syarat penyenaraian ini juga anda boleh dapatkan sedikit gambaran berkenaan saiz syarikat dalam pasaran ini. Perbezaan pasaran ini kita akan kupas dengan lebih lanjut dalam tulisan ini.

Pasaran Utama

Ini adalah pasaran yang terbesar di Bursa dengan penyenaraian sebanyak hampir 800 buah syarikat. Syarat penyenaraian untuk Pasaran Utama adalah lebih ketat berbanding pasaran lain. Pasaran utama adalah pasaran untuk syarikat yang telah berdiri kukuh dan mencapai piawai dari aspek kualiti, saiz dan operasi.

Untuk Pasaran Utama, syarikat akan dinilai dari kriteria kualitatif dan kuantitatif. Dalam tulisan ini, kita akan membincangkan aspek kriteria kuantitatif untuk mendapatkan gambaran saiz syarikat. Aspek kuantitatif menggariskan beberapa syarat dari aspek keuntungan, market capitalization dan projek infrastruktur. Syarikat yang ingin tersenarai dalam pasaran utama perlu memenuhi mana-mana keperluan di bawah.

Profit Test
  • Keuntungan syarikat tak terganggu untuk 3 ke 5 tahun kewangan, dan agregat keuntungan selepas cukai dicatatkan tidak kurang RM 20 juta;
  • Keuntungan selepas cukai melebihi RM 6 juta untuk tahun kewangan terbaru; dan
  • Menjalankan operasi dalam teras perniagaan yang sama untuk prestasi kewangan yang dinilai
Market Capitalisation Test
  • Market Capitalisation sebanyak RM 500 juta ketika penyenaraian; dan
  • Diperbadankan dan menjana pendapatan operasi untuk sekurang-kurangnya satu tahun kewangan penuh
Infrastructure Project Corporation Test
  • Mestilah memiliki hak untuk bina dan laksanakan projek infrastruktur dalam atau luar Malaysia, dengan kos projek tidak kurang dari RM 500 juta; dan
  • Konsesi atau lesen projek infrastruktur dianugerahkan oleh badan kerajaan atau agensi negeri, dalam atau luar Malaysia, dengan baki tempoh konsesi atau lesen sekurang-kurangnya 15 tahun

Antara contoh syarikat-syarikat yang tersenarai dalam pasaran utama adalah:

Kalau dalam platform dagangan M+ Online, anda boleh lihat saham-saham ini dengan teks berwarna cyan (hijau cair).

pasaran utama mplus online

Pasaran ACE

Sebelum dikenali sebagai pasaran ACE, ia dikenali sebagai pasaran MESDAQ. Pasaran ACE ialah pasaran yang didorong oleh penaja atau sponsor untuk syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan yang baik. Bermakna, syarikat yang ingin tersenarai akan mencari penaja yang akan menilai prospek bisnes mereka. Terdapat lebih 100 buah syarikat yang tersenarai dalam pasaran ini.

Dari aspek kuantitatif, tiada kriteria yang ditetapkan untuk penyenaraian. Namun, syarikat ini perlu mendapatkan nasihat dari penaja sekiranya penyenaraian adalah langkah yang sesuai untuk mereka.

Antara contoh syarikat-syarikat yang tersenarai dalam pasaran ACE adalah:

Saham-saham dalam pasaran ACE pula ditanda dengan teks berwarna ungu.

pasaran ace mplus online

Pasaran LEAP

Pasaran LEAP adalah pasaran yang didorong oleh penasihat yang disahkan untuk menyediakan akses pembangunan dana untuk syarikat-syarikat Perusahaan Kecil & Sederhana.

Akses jual beli saham syarikat dalam pasaran LEAP ini diberikan kepada pelabur sofistikated yang boleh dikenali sama ada sebagai individu, entiti atau pelabur yang diiktiraf. Pelabur-pelabur ini mempunyai nilai bersih atau net-worth yang tinggi. Kriteria individu yang tergolong sebagai pelabur sofistikated ini adalah seperti berikut:

Saham-saham ini tak banyak dalam Bursa, ia ditanda dengan teks berwarna kuning.

pasaran ace mplus online

< kembali ke laman blog utama