UMUM

4-SEP-2020

Analisis Pegangan Terbaru Warren Buffett dalam Saham


 


Warren Buffett adalah antara figura yang tersohor dalam dunia pelaburan. Untuk sesiapa pun yang sedang melabur dalam pasaran saham, kita boleh gunakan pegangan saham Warren Buffett sebagai panduan pelaburan. Dalam penulisan ini, kita akan lihat pegangan terbaru Warren Buffett di kala dunia kini berubah disebabkan pandemik Covid-19. Di iSaham, anda boleh guna screener Warren Buffett untuk lihat saham yang bersamaan dengan portfolio beliau di Bursa Malaysia. Saham-saham ini bukan saham yang dibeli oleh Warren Buffett, tetapi saham yang mirip menggunakan correlation analysis yang kami bangunkan di iSaham.

book warren buffett

A. Tambahan terbaru

Antara pegangan terbaru yang ditambah oleh Warren Buffett ialah saham dalam sektor:

1. Emas

Dalam 3 bulan terbaru, Warren Buffett telah menambah pegangan saham yang banyak dalam syarikat berkaitan emas, iaitu Barrick Gold Corporation. Dari sini, kita boleh kata bahawa syarikat berkaitan emas adalah saham yang boleh diperhatikan.

Namun, kita masih perlu perhalusi jenis perniagaan emas apa yang berkaitan untuk syarikat tersebut. Walaupun harga emas semakin naik, bukan semua syarikat mendapat kelebihan yang sama. Barrick Gold adalah syarikat yang menjalankan perlombongan emas. Emas yang dijumpai boleh disimpan ataupun dijual pada harga yang semakin tinggi mengikut harga emas semasa. Oleh itu, syarikat perlombongan emas mempunyai kelebihan berbanding syarikat yang berdagang emas.

Syarikat yang dagangkan emas boleh mendapat untung dengan jualan emas atau barang kemas pada harga semasa. Namun apabila stok jualan berkurang, mereka masih perlu beli stok emas baru pada harga yang semakin tinggi seperti yang kita boleh lihat berlaku sekarang ini. Jadi, syarikat yang berdagang emas tidak mendapat kelebihan yang sama yang dirasai syarikat melombong emas.

isaham gold sector

Antara saham di Bursa yang boleh diperhatikan ialah:

2. Oil & Gas

Warren Buffett ada membuat beberapa pelarasan dalam portfolio beliau untuk sektor Oil & Gas. Beliau tidak membuang pegangan oil & gas secara keseluruhan. Namun, beliau lepaskan pegangan saham oil & gas yang kurang bagus, dan membuat belian dalam saham oil & gas dalam syarikat yang lebih berkualiti.

Di sini kita boleh lihat bahawa Warren Buffett masih meletakkan harapan pada oil & gas. Mungkin apabila dunia kembali seperti biasa nanti, maka ramailah yang berbondong-bondong membeli saham minyak dan gas.

iSaham oil and gas

Di Bursa, anda boleh perhatikan saham-saham seperti:

3. Lain-lain pegangan

Antara pegangan baru yang lain dibeli oleh Warren Buffett ialah saham-saham dalam sektor:

Syarikat media yang dibeli oleh Warren Buffett ialah Liberty Media. Di bawah Liberty terdapat beberapa syarikat seperti Formula One Group, Manga Entertainment dan juga Film Roman.

Dalam sektor REITs, beliau membeli Store Capital. Keunikan Store Capital ini adalah strategi pegangan Real Estate yang tertumpu terhadap premis yang menyediakan perkhidmatan. Contohnya ialah restoran, tadika, gimnasium, klinik veterinar dan klinik penjagaan.

Saham terbaru dalam sektor retail yang dipilih oleh Warren Buffett adalah Kroger yang merupakan pasar raya terbesar di Amerika berdasarkan pendapatan (revenue).

B. Pengurangan terbaru

Warren Buffett telah membuang atau mengurangkan pegangan dalam beberapa sektor ini:

1. Penerbangan

Syarikat penerbangan mengalami kesan terbesar akibat Covid-19 dan tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan seperti sedia kala. Di kala angka pesakit Covid-19 semakin meningkat di serata dunia, banyak negara yang mengamalkan polisi untuk menutup pintu masuk ke negara masing-masing. Oleh itu, kita dapat lihat pengurangan aktiviti penerbangan dari mana-mana operator sekalipun.

Saham terlibat yang boleh dijauhkan:

2. Perbankan

Warren Buffett telah melepaskan semua pegangannya dalan Goldman Sachs, sebuah syarikat perbankan. Selain itu, beliau juga melepaskan pegangan yang banyak dalam syarikat perbankan yang lain seperti JPMorgan Chase, Wells Fargo dan PNC.

iSaham banking sector

Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu ini, hakikatnya ramai yang lebih berhati-hati untuk membuat hutang-hutang baru. Maka ini boleh mengurangkan pendapatan bank.

Anda mungkin ingin menjauhi sektor perbankan, dan satu-satunya saham bank yang boleh didagang dengan mematuhi syariah adalah Bank Islam.

3. Restoran besar

Dengan ketakutan orang ramai terhadap jangkitan wabak Covid-19 ini, ramai yang lebih suka untuk makan di rumah. Kapasiti tempat duduk di restoran juga dikurangkan untuk mengekang penularan wabak ini. Maka kita boleh jangka penurunan pendapatan dalam sektor francais restoran. Antara saham yang anda boleh elakkan ialah:


< kembali ke laman blog utama