UMUM

25-NOV-2022

Saham Terkini Patuh Syariah November 2022


 


Setiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.

Untuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam sector list kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah dan tidak patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham-saham ini.

Senarai penuh saham yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-shariah

Senarai penuh saham yang baru dikeluarkan daripada senarai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-non-shariah

Rujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: https://www.sc.com.my/development/icm/shariah-compliant-securities/shariah-compliant-securities-screening-methodology

Garis panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak syariah: https://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah

IPO baru tersenarai patuh syariah

IPO baru tersenarai patuh syariah

Antara IPO yang baru dan patuh syariah disenaraikan sejak Jun 2022 adalah:

  1. Agmo Holdings Bhd
  2. Betamek Bhd
  3. Cnergenz Bhd
  4. Cosmos Technology International Bhd
  5. Ecoscience International Bhd
  6. Orgabio Holdings Bhd
  7. PT Resources Holdings Bhd
  8. SFP Tech Holdings Bhd
  9. Seng Fong Holdings Bhd
  10. SNS Network Technology Bhd
  11. Sunview Group Bhd
  12. UMediC Group Bhd
  13. Unique Fire Holdings Bhd
  14. Yew Lee Pacific Group Bhd
  15. YX Precious Metals Bhd
  16. LGMS Bhd

Sejak Mei 2022, ada 20 IPO baru yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia, 16 daripadanya telah pun dikelaskan sebagai patuh syariah sebelum disenaraikan lagi. Saham tersebut adalah BETA, CNERGEN, LGMS, SENFONG, SFPTECH, SNS, SUNVIEW, UNIQUE, dan YEWLEE.

Ada beberapa saham yang tidak dinilaikan sebagai patuh syariah atau tidak mempunyai apa-apa status syariah sebelum disenaraikan di Bursa, iaitu AGMO, COSMOS, ORGABIO, UMC dan YXPM.

MBSB, Rubberex, Tomei kini patuh syariah

Saham patuh syariah baru

Ada 57 keseluruhan syarikat dalam senarai saham patuh syariah yang baru. Antara saham tersebut ada disebutkan dalam pasaran LEAP. Selain itu, dua anak syarikat saham HEXTAR, iaitu HEXCARE dan HEXTECH kini telah menjadi patuh syariah.

Pada Mei 2022, syarikat JFTECH dikelaskan sebagai saham tidak patuh shariah, tetapi kali ini masuk semula dalam senarai saham patuh syariah. Sementara itu, syarikat TOMEI yang terlibat dalam reka bentuk, pembuatan dan peruncitan barang kemas juga telah dikelaskan sebagai saham patuh syariah. Antara saham lain yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah boleh rujuk di sini.

ASB, IOI Properties, Tan Chong Motor memasuki senarai tidak patuh syariah

Saham tidak patuh syariah baru

Sejumlah 16 saham telah bertukar status dari syariah kepada tak patuh syariah. Antara highlight yang kami boleh tuliskan ialah IOIPG, OPENSYS, BSTEAD, ASB dan selebihnya. Mungkin ada yang giat mendagangkan saham ini dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Kini anda tidak lagi boleh berbuat demikian. Sekiranya anda memegang saham ini, boleh ikut panduan kami untuk lupuskan saham yang bertukar status ini.


< kembali ke laman blog utama