UMUM

11-NOV-2025

Apa Nak Buat: Saham Bertukar Status kepada Tak Syariah (Panduan 2025)


FN    


Setiap penghujung bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah (MPS) di bawah Securities Commission (SC) akan keluarkan senarai baru Saham Patuh Syariah. Daripada senarai ini, kita dapat lihat ada saham yang sebelum ini patuh Syariah bertukar kepada tidak patuh Syariah. Maka, timbullah persoalan, 

"Apa jadi kalau saham yang saya pegang tiba-tiba bertukar jadi tidak patuh Syariah?"

Dalam situasi ini, anda perlu lupuskan pegangan saham ini mengikut garis panduan di bawah.

 

Apa maksud saham bertukar status Syariah?

Saham sesebuah syarikat boleh berubah status apabila aktiviti atau sumber pendapatannya tidak lagi menepati kriteria Syariah yang ditetapkan oleh MPS SC. 

Antara sebab utama penukaran status termasuk:

Apabila ini berlaku, saham tersebut akan dikeluarkan daripada Senarai Sekuriti Patuh Syariah yang diumumkan oleh SC.

 

Garis panduan melupuskan pegangan saham tak Syariah

Secara umumnya, terdapat dua situasi pelupusan saham yang anda perlu tahu. Garis panduan ini disediakan oleh Majlis Penasihat Syariah dari Securities Commission Malaysia.

 

Situasi 1 - Saham belum menjana keuntungan

Sekiranya modal yang dilabur belum mendatangkan keuntungan, saham masih boleh dipegang sehingga dapat memberi pulangan modal.

 

Situasi 2 - Saham telah menjana keuntungan

Keuntungan yang disebut di sini bermaksud harga saham sudah pun melebihi pelaburan modal. Dalam kes ini, anda mempunyai hak ke atas segala keuntungan itu. Ini adalah termasuk dividen dan right issue yang telah diumumkan.

Namun, keuntungan yang dijana selepas tarikh status Syariah baru berkuatkuasa perlu disalurkan kepada baitulmal atau badan-badan kebajikan. Baitulmal ni biasanya berkaitan dengan Pejabat Agama Islam negeri. Jadi kalau anda perlukan maklumat lebih lanjut, boleh berhubung dengan Pejabat Agama negeri masing-masing.

Contohnya di Malaysia, MAIS menerima wang tidak patuh Syariah bagi tujuan kebajikan.

 

Apa Jadi Dengan Dividen Yang Diterima?

Jika anda menerima dividen selepas tarikh status berubah, dividen itu tidak lagi patuh Syariah. Jadi, ia perlu disalurkan kepada Baitul Mal sebagai proses pembersihan (purification).

Contoh:

Maka dividen itu perlu disalurkan kepada Baitul Mal kerana diterima selepas tarikh penukaran status.

 

Apakah aktiviti tak patuh Syariah dalam pendapatan syarikat?

Status patuh Syariah untuk saham-saham atau lebih umum, sekuriti, dipantau oleh badan berkanun Securities Commission (SC) melalui Majlis Penasihat Syariah (MPS) mereka.

Ada beberapa panduan yang digariskan oleh MPS dalam mengenal pasti sekiranya sekuriti tersebut patuh Syariah atau tidak. Antara kaedah yang digunakan adalah perbandingan atau sumbangan aktiviti tak patuh Syariah ke dalam pendapatan syarikat secara keseluruhan. Sumbangan pendapatan aktiviti di bawah mestilah kurang daripada tanda aras yang ditetapkan.

Tanda aras 5%

Tanda aras 20%

Sekiranya pendapatan daripada aktiviti-aktiviti di atas ini melebihi tanda aras, maka ia akan menyebabkan sekuriti tersebut termasuk dalam kategori tak patuh Syariah. Sekiranya anda menggunakan akaun CDS jenis Syariah, secara automatiknya anda tak boleh membeli saham tak patuh Syariah.

 

Kesimpulan: Pelabur Bijak, Pelabur Beretika

Menjadi pelabur Muslim bukan sekadar mengejar keuntungan, tapi juga menjaga keberkatan rezeki. Kalau status Syariah saham bertukar, jangan panik. Fahami garis panduan, ambil tindakan segera, dan pastikan pelaburan anda kekal bersih daripada unsur syubhah.


< kembali ke laman blog utama