UMUM

10-NOV-2020

Belanjawan 2021 - Belanjawan Melawan Covid-19


 


Sepanjang tahun kita pasti akan disajikan dengan pembentangan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia. Belanjawan kali ni menyediakan peruntukan sebanyak RM322.5 bilion, merupakan jumlah terbesar dalam sejarah negara. Angka sebesar ini telah disusun dengan teliti bagi mengimbangi kewajiban melindungi rakyat dan menyokong petugas barisan hadapan serta menjamin kelangsungan ekonomi ketika pandemik Covid-19.

Matlamat induk belanjawan 2021

pelan pemulihan ekonomi bersasar 6r

Belanjawan 2021 merupakan peringkat ke-5 strategi 6R iaitu Revitalize atau memperkasa, dirangka berdasarkan Tiga Matlamat Induk:

Peruntukan Belanjawan 2021

jumlah peruntukan belanjawan Malaysia 2021 iSaham

Keseluruhan : RM322.5 bilion diperuntukan secara keseluruhan (20.6% daripada GDP).

Penerima tertinggi:

pendapatan garis kemiskinan 2019 iSaham

Untuk memelihara kebajikan golongan rentan, bancian Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Bancian ini mendapati Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) telah meningkat ke RM 2208 berbanding RM 980 pada tahun 2015. Ini bermakna sebanyak lebih 400 ribu isi rumah dikategorikan sebagai miskin. Kenaikan PGK ini menyebabkan lebih ramai golongan layak menerima bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam belanjawan kewangan 2021.

Dana Covid-19 diperkenalkan

keperluan barisan hadapan

Kerajaan telah meperuntukkan 1 billion ringgit bagi perlaksanaan kawalan pergerakan serta keperluan perkhidmatan kesihatan awam berkaitan untuk membendung gelombang ketiga Covid-19.

Pasaran industri dan pelaburan

bajet 2021 galakan pelaburan

Dalam menghadapi pandemik Covid-19, kita dapat lihat pelbagai strategi dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu syarikat-syarikat tempatan mendepani cabaran masa hadapan. Kerajaan juga berusaha untuk meningkatkan semula ekonomi dengan mewujudkan peluang pelaburan syarikat asing.

Antaranya adalah melonggarkan galakan cukai untuk Hab Prinsipal dan melanjutkannya sehingga 31 Disember 2022. Selain itu, melalui Penjana, kerajaan menawarkan kadar cukai istimewa kepada syarikat pengilang yang terpilih dengan memidahkan lokasi perniagaan ke Malaysia dan menjalankan pelaburan.

bajet 2021 infrastruktur baru

Infrastruktur logistik juga diperkukuhkan dengan pembinaan projek baharu meliputi kos sekitar RM3.8 bilion seperti Projek Fasa 2 pembinaan Jambatan Klang ke-3 di Selangor dan lain lain bertujuan pemangkin pertumbuhan positif bagi industri sektor pembinaan. Selain itu, beberapa projek yang melibatkan pembangunan Kwasa Damansara dengan nilai pembangunan kasar sebanyak 50 bilion ringgit. Merangkumi pembangunan kawasan komersial, kediaman, infrstruktur sosial, hab inovasi dan perubatan. Lebih 100 ribu peluang pekerjaan bakal dijana.

Bagi tahun 2021 Sabah dan Sarawak telah menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak 5.1 bilion ringgit dan 4.5 bilion ringgit. Peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan.

Saham yang anda boleh pantau

Melalui cadangan belanjawan yang dibentangkan, ada beberapa saham yang ada boleh pantau dan perhati berdasarkan inisiatif yang dicadangkan.

Peruntukan Vaksin Covid-19

bajet 2021 cukai farmaseutikal

Kerajaan telah komited untuk mendapatkan sumber vaksin Covid-19 dengan melibatkan kos sebanyak RM3 bilion untuk memenuhi keperluan rakyat. Bagi menggalakkan rakyat mendapatkan vaksinasi mencegah penularan penyakit, kerajaan telah meluaskan skop pelepasan cukai untuk mendapatkan rawatan.

Sektor terlibat: Pharmaseutikal

Antara saham yang boleh diperhati :

Skim Pembangunan Nasional

bajet 2021 skim penbangunan nasional

Skim ini diperkenalkan untuk menyokong pelaksanaan pembangunan rantaian bekalan domestik dan meningkatkan penghasilan produk tempatan seperti peralatan perubatan.

Sektor terlibat : Health care equipment & services

Antara saham yang boleh diperhati:

Merapatkan jurang digital rakyat

bajet 2021 perluasan jalur lebar

Program Jaringan Prihatin dan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah diperkenalkan untuk merapatkan jurang digital dan menyediakan infrastruktur telekomunikasi. Kerajaan telah memperuntukkan jumlah keseluruhan sebanyak RM 9.4 bilion untuk menjadikan internet sebagai utiliti ketiga sepeti kemudahan air dan elektrik. Antaranya, sebanyak RM7.4 bilion diperuntukan untuk perluasan perkhidmatan jalur lebar. Fasa ini telah dijalankan secara berperingkat dan berterusan sehingga akhir tahun 2022. Sistem rangkaian 5G akan diperkenalkan dengan memantapkan dahulu rangkaian 4G dan menamatkan rangkain 3G.

Sektor terlibat: Kelengkapan telekomunikasi, Penyedia perkhidmatan telekomunikasi

Antara saham yang boleh diperhati:

Kemudahan Pengangkutan

bajet 2021 pengusaha bas

Sektor terlibat : Pengangkutan

Antara saham yang boleh diperhati:

Pelaburan berteknologi dan nilai tambah tinggi

bajet 2021 skim pendigitalan industri

Sektor terlibat: Semikonduktor, Kelengkapan Perindustrian

Antara saham yang boleh diperhatikan:

Semikonduktor

Kelengkapan Perindustrian

Pembangunan Infrastruktur Pengangkutan

bajet 2021 koridor wilayah

Sektor terlibat: Pembinaan

Antara saham yang boleh diperhati:

Secara umumnya, belanjawan yang dibentangkan diharapkan jadi penawar dan memulihkan semula ekonomi disebalik cabaran ketidaktentuan pasaran luar, kejatuhan harga komoditi dan ancaman pandemik Covid-19.


< kembali ke laman blog utama