UMUM

25-FEB-2021

Sumber Kuasa Bateri Kenderaan Elektrik


 


Segmen kenderaan elektrik semakin rancak dalam industri automotif terutamanya dalam pasaran Eropah. Tidak juga ketinggalan jenama gergasi daripada pasaran asia seperti Toyota, Hyundai, BYD, Nissan dan Honda mula mempergiat pengeluaran kenderaan elektrik. Tidak mustahil pada masa hadapan penggunaan sepenuhnya kenderaan elektrik berbanding kenderaan konvensional dalam pasaran industri automotif dapat dilihat di setiap negara. Tahukah anda, apakah jenis-jenis sumber kuasa bateri yang terdapat dalam kenderaan elektrik?

bateri ev

Sumber Kuasa Bateri

Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV)

HEV merupakan penggabungan dua sumber kuasa enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik. Ia menggunakan petrol dan elektrik. Motor elektrik dan pek bateri berkapasiti rendah dalam kereta hibrid sekadar sokongan dan mampu menggerakkan kereta lebih kurang 1-2 km perjalanan. Kelebihan hibrid ia mampu menawarkan penjimatan semasa berlaku kesesakan lalu lintas termasuk kesenyapan enjin.

Contoh kenderaan HEV:

Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (PHEV)

PHEV adalah revolusi atau penambahbaikan daripada PHV. Ia membenarkan bateri akan dicas melalui soket rumah atau kenderaan tersebut boleh dipandu menggunakan petrol. Penggunaan PHEV agak efisien dan praktikal dalam famili hibrid yang boleh beroperasi sebagai EV dengan menawarkan penjimatan bahan api. Kebanyakan PHEV boleh dipandu sejauh 100 km menggunakan kuasa bateri.

Contohnya kenderaan PHEV:

Gambar: Penggunaan PHV pada Toyota Prius (pandulaju.com)

Kenderaan Elektrik (EV)

EV menggunakan sumber tenaga elektrik daripada motor elektrik dan bateri berkepadatan tinggi yang boleh dicas semula. EV tidak mengurangkan pelepasan asap karbon berbahaya disebabkan tidak menggunakan langsung bahan petrol sebagai sumber kuasa. Pengecas (EV) dikelaskan mengikut kelajuan tahap pengecasan semula bateri EV. Antaranya, Tahap 1, Tahap2, dan Tahap 3 atau pengecasan pantas DC.

Misalnya kenderaan yang berada pada tahap pengecasan pantas DC:

FCEV

FCEV merupakan singkatan nama bagi fuel cell electric vehicle yang menggabungkan sistem hidrogen dan oksigen atom dalam kebuk bahan api. FCEV memampatkan hidrogen di bawah tekanan tinggi dan menghasilkan kuasa tenaga elektrik dengan pelepasan zero emisi asap.

Gambar : afdc.energy

Kelebihan pada pengeluar semikonduktor

Jika dilihat secara keseluruhannya selama 5 tahun ini, jualan kenderaan elektrik di peringkat global telah meningkat sebanyak 24 kali ganda. Walaupun mengalami krisis pandemik Covid-19, jualan pengeluaran telah meningkat terutamanya pada tahun 2020. Angka jualan EV di Eropah telah mengatasi penjualan EV di China.

Peningkatan pengeluaran kenderaan elektrik secara tidak langsung memberi tempias kepada permintaan sektor dalam teknologi terutamanya semikonduktor dalam automotif. Selalunya semikonduktor dijumpai dalam unit kawalan kuasa atau power control units (PCU) bertujuan untuk mengawal kuasa motor dalam sistem hibrid serta kenderaan dengan sistem pacuan elektrik. PCU juga berfungsi untuk mengawal proses pengecasan semula bateri.

Selain itu, pengenalan teknologi autonomi dalam kenderaan EV juga telah memberi peningkatan kepada permintaan semikonduktor. Teknologi autonomi merupakan kenderaan yang bergerak sendiri tanpa kawalan pemandu yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) melibatkan teknologi sensor dan kamera. Kesannya syarikat yang terlibat dengan teknologi automatif kenderaan elektrik mendapat permintaan yang lebih banyak misalnya MPI, Penta, D&O, Unisem, Frontkn, Greatec, JHM, KESM dan lain-lain.

Secara keseluruhannya, pemain semikonduktor yang kebanyakannya selama ini terlibat dalam telefon pintar kini mempunyai prospek yang lebih luas iaitu kenderaan EV. Antara sektor yang boleh diperhatikan juga adalah:

Di samping permintaan semikonduktor, sistem pengecasan bateri EV juga akan mendapat permintaan yang semakin banyak. Untuk segmen ini, boleh lihat pada sektor EV Charger.

Dari segi segmen pasaran, Tesla menguasai sebanyak 23 buah negara berbanding pesaing terdekat. Tesla juga menguasai jualan kenderaan elektrik pada tahun 2019 sebanyak 300,075 unit bagi Model 3 juga mengatasi model BAIC EU-Series (111,047 unit), Nissan Leaf (69,873 unit).

Gambar: ev-volumes.com

< kembali ke laman blog utama