FUNDAMENTAL

2-JUL-2018

Adakah Jerung Antarabangsa Bakal Membuat Comeback?


 


Sejak pilihan raya paling bersejarah baru-baru ini (PRU 14), kita menyaksikan jerung antarabangsa atau lebih dikenali sebagai "foreign funds" membuat jualan tanpa heti (selling spree). Dari pertengahan Mei sehingga hujung Jun, lebih kurang 9.6 billion ringgit nilai saham dikeluarkan dari Bursa Malaysia.

Foreign Funds Money Flow Chart Jul 2018

Antara faktor terbesar ialah ketidakpastian pada hala tuju ekonomi selepas perubahan kerajaan dan juga ketidakpastian kemelut global yang menyaksikan kebanyakan market dunia turut sama jatuh.

Setelah 1 bulan setengah atau 32 hari berturut-turut market mengalami keluaran wang dari jualan saham, kita menyaksikan pada hari jumaat (29 Jun 2018), jerung antarabangsa (foreign funds) sudah mulai memasuki pasaran semula dengan kemasukan sebanyak 259.4 juta.

Foreign Funds Flow 29 Jun 2018

Kemasukan ini merupakan satu sinar comeback yang perlu diberi perhatian oleh para pelabur kerana kemasukan foreign fund boleh meningkatkan demand pada harga saham dan seterusnya terus memberikan sokongan kuat pada harga saham. Kemasukan foreign fund juga sekiranya dibandingkan dengan indeks FBMKLCI, mempunyai korelasi yang sangat tinggi.

Adakah foreign fund akan terus masuk ke bursa malaysia? Masih terlalu awal untuk memberitahu sebab keadaan semasa global & tempatan masih penuh dengan ketidakpastian. Kemasukan pada jumaat lepas juga mungkin disebabkan aktiviti "window dressing" untuk mencantikkan portfolio fund masing2.

Namun begitu, sinar ini boleh digunakan sebagai persiapan kepada sebarang pergerakan positif kemasukan-kemasukan akan datang. Antara satu strategi yang kami sarankan ialah melihat kepada pegangan foreign funds berdasarkan laporan tahunan syarikat yang terkini, dan memberi fokus kepada saham-saham tersebut.

Saham-saham ini mungkin telah dijual disebabkan ketidakpastian global & tempatan, dan sekiranya isu global & tempatan ini bersifat sementara, sudah pasti mereka akan memasuki semula saham-saham yang mereka telah kaji sebelum ini. Gambar dibawah menunjukkan gabungan saham dan nilai yang dipegang oleh Citibank New York, UOB Kay Hian, Dimensional, Credit Suisse, DBS Bank, State Street, Vanguard dan lain-lain (rujuk Other Shareholders untuk senarai penuh).

Foreign Funds Holdings

Antara saham yang mempunyai iSaham Score tinggi ialah KOSSAN, PPB, VITROX, PETDAG dan TENAGA. Sekiranya anda lebih berminat dengan saham yang telah jatuh, saham yang boleh dipantau ialah TM, VITROX, MAXIS, TIMECOM dan UMW.


< kembali ke laman blog utama