UMUM

27-MAY-2022

Saham Terkini Patuh Syariah Mei 2022


 


Setiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.

Untuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam sector list kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah dan tidak patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham-saham ini.

Senarai penuh saham yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-shariah

Senarai penuh saham yang baru dikeluarkan daripada senarai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-non-shariah

Rujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: https://www.sc.com.my/development/icm/shariah-compliant-securities/shariah-compliant-securities-screening-methodology

Garis panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak syariah: https://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah

IPO baru tersenarai patuh syariah

IPO baru tersenarai patuh syariah

Antara IPO yang baru dan patuh syariah disenaraikan sejak Disember 2021 adalah:

  1. Aurelius Technologies Bhd
  2. Swift Haulage Bhd
  3. Coraza Integrated Technology Bhd
  4. Senheng New Retail Bhd
  5. Siab Holdings Bhd
  6. Farm Fresh Bhd
  7. Cengild Medical Bhd
  8. MN Holdings Bhd

Sejak Disember 2021, ada 9 IPO baru yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia, 8 daripadanya telah pun dikelaskan sebagai patuh syariah sebelum disenaraikan lagi. Saham tersebut adalah Aurelius, Swift, Coraza, Senheng, Siab, Farm Fresh, Cengild dan MN Holdings.

Hanya satu sahaja saham yang tidak dinilaikan sebagai patuh syariah sebelum disenaraikan di Bursa, iaitu Pappajack Bhd. Syarikat ini terlibat terutamanya dalam perkhidmatan pajak gadai di Malaysia.

Texchem, Poh Huat, MTAG, Guocoland kini patuh syariah

Saham patuh syariah baru

Ada 24 keseluruhan syarikat dalam senarai saham patuh syariah yang baru. Antara saham tersebut ada disebutkan dalam pasaran LEAP. Selain itu, kita boleh lihat saham syarikat Texchem yang telah membuat kenaikan yang banyak sepanjang 5 bulan lepas, baru sahaja memasuki senarai saham patuh syariah. Syarikat ini terlibat dalam perdagangan bahan kimia industri dan produk lain.

Pada Mei 2021, syarikat Poh Huat dan MTAG dikelaskan sebagai saham tidak patuh shariah, tetapi kali ini masuk semula dalam senarai saham patuh syariah. Sementara itu, GuocoLand yang terlibat dalam pelaburan dan pembangunan hartanah, operasi hotel dan resort juga telah dikelaskan sebagai saham patuh syariah. Antara saham lain yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah boleh rujuk di sini.

JFTECH, Revenue, Cheetah memasuki senarai tidak patuh syariah

Saham tidak patuh syariah baru

Sejumlah 19 saham telah bertukar status dari syariah kepada tak patuh syariah. Antara highlight yang kami boleh tuliskan ialah JFTECH, Revenue, Cheetah, MAG, Vsolar, Econframe dan selebihnya. Mungkin ada yang giat mendagangkan saham ini dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Kini anda tidak lagi boleh berbuat demikian. Sekiranya anda memegang saham ini, boleh ikut panduan kami untuk lupuskan saham yang bertukar status ini.


< kembali ke laman blog utama