UMUM

12-FEB-2020

Perkara yang Anda Perlu Tahu Tentang Account Summary


 


Ini adalah soalan yang agak popular kepada pelabur-pelabur baru yang menggunakan M+ Online. Artikel ini akan terangkan kepada anda perkara yang anda perlu tahu tentang Account Summary ni. Secara umumnya, Account Summary akan memberi tahu berapa banyak duit yang anda boleh keluarkan dan berapa banyak yang anda boleh trade.

account summary full

Dalam Account Summary, ada banyak butiran yang dinyatakan. Namun, ada 2 butiran sahaja yang penting dan bermakna kepada anda dalam summary ni. Dua butiran tadi ialah:

1. Trust account

Jumlah duit yang anda boleh keluarkan daripada akaun. Nilai sebenar akan dicerminkan selepas kesemua butiran T+1 dan T+2 sudah menjadi 0 yang bermakna urusan tertunggak sudah selesai.

2. Available Trading Limit

Butiran yang paling penting yang anda perlu lihat untuk melabur. Ini adalah modal yang anda boleh gunakan untuk beli saham. Nilai ini akan sentiasa dikemas kini selepas setiap transaksi jual beli.

✴✴✴

Kalau anda menggunakan akaun jenis Cash Upfront (seperti kebiasaan untuk client iSaham), anda tak perlu peningkan kepala dengan butiran-butiran yang lain. Penyataan butiran yang lain ini adalah lebih kepada urusan antara broker dan Bursa.

Sekiranya anda menggunakan akaun jenis kontra (jual beli saham secara hutang), barulah butiran lain dalam penyata tadi bermakna kepada anda. Namun, bagi anda yang menggunakan cash upfront, boleh lah lihat pergerakan tunai ke dalam Trust Account. Untuk membantu penjelasan, penyata ni boleh dipecahkan kepada bahagian belian, jualan, dan urusan lain.


Penyata belian

account summary remaining purchase

Remaining Purchase Contracts (T+1)

Sehari selepas anda buat belian saham (T+1), nilai belian akan dimasukkan dalam butiran ini. Maksud remaining purchase contract ini ialah berapa nilai yang broker perlu bayar kepada Bursa untuk lengkapkan urusan belian. Kalau nilai ini kembali menjadi 0, bermakna urusan tertunggak sudah selesai, dan nilai asal akan bergerak kepada proses yang seterusnya.

Due for Settlement (T+2)

Dua hari selepas anda buat belian saham (T+2), nilai dari Remaining Purchase Contract akan dimasukkan dalam butiran ini. Ia adalah sama seperti butiran tadi, cuma selepas membuat penyata, broker akan bersedia untuk membuat bayaran kepada Bursa.


Penyata jualan

account summary remaining sales

Remaining Sales Contracts (T+1)

Sehari selepas anda buat jualan saham (T+1), nilai jualan akan dimasukkan dalam butiran ini. Sama juga seperti Remaining Purchase Contracts di atas, cuma kali ni ia adalah nilai yang Bursa perlu bayar kepada broker untuk lengkapkan urusan jualan.

Sales Proceeds Due (T+2)

Dua hari selepas anda buat jualan saham (T+2), nilai dari Remaining Sales Contract akan dimasukkan dalam butiran ini. Sama seperti di atas, cuma selepas membuat penyata, Bursa akan membuat bayaran kepada broker.


Urusan Lain

account summary contra gains

Due to Forced Selling (>T+2)

Sekiranya anda menggunakan akaun jenis cash upfront, bahagian ini akan sentiasa menunjukkan angka 0. Bahagian ini cuma akan digunakan oleh pengguna akaun kontra/margin.

Contra Gains / Losses (net amount)

Sekiranya anda menjalankan urusniaga jual dan beli pada hari sama, hasil pulangan ini akan dikira dalam butiran ini pada hari berikutnya. Namun, ianya mungkin lebih tepat sekiranya jual dan beli melibatkan saham yang sama pada jumlah saham yang sama.


< kembali ke laman blog utama