TUTORIAL

13-NOV-2019

Macam Mana nak Guna M+?


 


M+ (ataupun mplusonline) ni adalah antara broker berlesen yang menjadi platform untuk urusan jual beli saham. Ada banyak lagi broker di luar sana selain M+ yang anda boleh gunakan sebagai platform jual beli saham. Kebiasaannya, platform ini akan memaparkan segala transaksi yang berlaku dalam pasaran Bursa, dan akan menunjukkan volume saham yang sedang beratur untuk urusan jual atau beli.

Mata akan berpinar kalau nak gunakan platform trading ni untuk pilih saham kerana sangatlah banyak saham dalam senarai, dan nombor sentiasa berkelip-kelip sebab banyaknya update yang berlaku dalam real-time. Jadi, macam mana nak guna M+ ni?

Gunakan iSaham dulu untuk pilih saham


Sebenarnya, sebelum pergi ke M+, step pertama yang anda kena buat adalah pilih saham dulu. Gunakan saja iSaham semasa nak pilih saham yang nak dibeli (atau nak dijual). Dalam iSaham, kami ada pelbagai screener yang anda boleh jadikan sebagai kriteria untuk memilih saham.

isaham stock financial ratio

Setiap page saham akan paparkan skor saham, trend dari segi teknikal dan fundamental, kedudukan support dan resistance, dan juga buy signal pada setiap saham yang berada dalam pasaran Bursa. Dari sini, anda boleh nilai sama ada saham pilihan itu bagus, kemudian cari harga entri anda, dan move on ke M+ untuk membeli.

Dah pilih saham, barulah guna M+


mplus front page

Selepas anda puas hati dengan kajian yang dibuat; nampak skor ok, chart pun ok, trading plan pun ada, maka log in lah platform trading anda iaitu M+. Dalam M+ ataupun trading platform anda, cari saham pilihan dalam ruang carian saham atau Search Stocks.

Senarai akan dipaparkan untuk carian yang sepadan dengan nama yang anda tulis tadi. Dari senarai hasil carian, double click pada saham yang berkaitan dan anda akan dibawa ke page aktiviti saham yang dipilih tadi.

Interface trading platform


mplus stock page

Di ruangan kiri, anda dapat lihat kesemua transaksi yang berlaku untuk kaunter saham anda berserta info seperti masa, harga transaksi dan volume. Di ruangan kanan, anda boleh lihat nama saham, harga semasa, harga queue untuk jual dan beli, panjang queue dan juga chart yang menunjukkan pergerakan harga saham dari pagi ke petang. Info ini sedikit sebanyak boleh membantu anda buat keputusan terakhir sekiranya anda ingin beli saham tersebut.

Cara Beli atau Jual


mplus screen capture

Sekiranya anda nak beli, boleh tekan butang Buy berwarna hijau ataupun kalau nak jual, butang Sell yang terletak di bahagian atas ruangan trading platform. Masukkan kuantiti saham yang ingin dibeli atau dijual, harga pilihan, dan kemudian tekan Send Now untuk teruskan. Anda akan diminta untuk masukkan kata laluan trading platform untuk sahkan transaksi.

Status transaksi jual beli


Untuk melihat status transaksi tadi, boleh tekan butang Order Status. Maksud status yang dipaparkan adalah seperti berikut:

Status Maksud
Confirmed Input jual beli tadi dah dimasukkan dalam sistem, tetapi transaksi belum berlaku. Caj broker belum dikenakan. Pesanan boleh dibatalkan atau diubah.
All Matched Input tadi sudah berjaya diniagakan. Caj broker akan dikenakan. Pesanan tak boleh dibatalkan.
Partially Matched Sebahagian jumlah saham berjaya diniagakan. Caj broker akan dikenakan. Baki pesanan boleh dibatalkan.
Order Expired Pesanan tidak terpadan sehingga habis hari dagangan pada pukul 5 petang. Tiada caj broker dikenakan.
Order Removed from queue Pesanan berjaya dibatalkan. Tiada caj broker dikenakan.

< kembali ke laman blog utama