UMUM

28-MAY-2021

Saham Terkini Patuh Syariah Mei 2021


 


Setiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.

Untuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam sector list kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham-saham ini.

Senarai penuh saham yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-shariah

Senarai penuh saham yang baru dikeluarkan daripada senarai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-non-shariah

Rujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: https://www.sc.com.my/development/icm/shariah-compliant-securities/shariah-compliant-securities-screening-methodology

Garis panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak syariah: https://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah

IPO baru tersenarai patuh syariah

saham baru patuh syariah

Antara IPO yang baru disenaraikan sejak November 2020 adalah:

  1. Flexidynamic Holdings Bhd
  2. HPP Holdings Bhd
  3. Mobilia Holdings Bhd
  4. Teladan Setia Group Bhd
  5. Tuju Setia Group Bhd
  6. Volcano Bhd

Tuju Setia dan Teladan Setia masing-masing berada dalam sektor pembinaan. Ia sebenarnya dah dikelaskan sebagai patuh syariah sebelum disenarai lagi. Saham lain tidak dinilai kepatuhan syariahnya tapi kini secara rasminya dinilai sebagai patuh syariah. Flexidynamic terlibat dalam khidmat sokongan dalam industri pembuatan dan pengeluaran sarung tangan getah. Mobilia mengeluarkan perabot dan mengeksport ke luar negara. HPP terlibat dalam pembungkusan produk dan Volcano menyediakan komponen dan plat jenama untuk barangan.

CAB, Eco World International, A-Rank, Karex kini patuh syariah

isaham new shariah may 2021

Ada 25 keseluruhan syarikat dalam senarai saham patuh syariah yang baru. Antaranya juga ada disebutkan beberapa saham dalam pasaran LEAP. Selain itu, kita boleh lihat A-Rank telah memasuki senarai patuh syariah. Syarikat ini terlibat dalam jualan produk aluminum di mana harga komoditi ini pernah menunjukkan kenaikan dalam masa 5 bulan yang lepas.

CAB terlibat dalam jualan ayam, telur dan produk makanan laut. Kalau dilihat dalam sektor penternakan ayam, saham ini adalah antara yang besar dalam segmen small cap dalam sektor tersebut. Eco World International yang menumpukan pembinaan di UK dan Australia kini dinilai patuh syariah. Karex yang menyertai senarai patuh syariah ini dikatakan sebagai pengeluar kondom terbesar di dunia.

Poh Huat, MTAG, Khee San memasuki senarai tak patuh syariah

new non shariah stock may 2021

Sejumlah 15 saham telah bertukar status dari syariah kepada tak patuh syariah. Antara highlight yang kami boleh tuliskan ialah DGSB, XOX, Khee San, Mtouche, MTAG dan Poh Huat. Mungkin ada yang giat mendagangkan saham ini dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Kini anda tidak lagi boleh berbuat demikian. Sekiranya anda memegang saham ini, boleh ikut panduan kami untuk lupuskan saham yang bertukar status ini.


< kembali ke laman blog utama