UMUM

19-MAY-2020

Capex Petronas dan Perkhidmatan Sokongan Minyak dan Gas


 


Berikutan pandemik COVID-19, populasi dunia digalakkan untuk duduk rumah, atau stay at home untuk menahan penularan wabak ini. Maka baru-baru ni kita dapat melihat penurunan harga minyak yang mendadak. Keadaan ini menjejaskan pendapatan Petronas yang merupakan syarikat minyak dan gas milik negara. Apabila pendapatan terjejas, maka timbullah persoalan sama ada Petronas akan kekalkan perbelanjaan modal (Capex) untuk operasi.

Perancangan aktiviti Petronas

petronas activity outlook

Bermula tahun 2017, Petronas telah pun mula mengeluarkan laporan sekilas aktiviti Petronas atau Petronas Activity Outlook untuk perancangan selama 3 tahun. Laporan ini memberikan maklumat dari segi bidang kerja apa dan sebanyak mana yang diperlukan oleh Petronas untuk projek mereka. Ia bertujuan untuk memberi syarikat penyedia perkhidmatan kesediaan rapi untuk membida kontrak yang akan ditawarkan Petronas.

Perbelanjaan Modal Petronas

Perbelanjaan modal dari Petronas ini membawa jumlah yang besar dan ianya memberi manfaat kepada pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan sektor minyak dan gas. Perkhidmatan yang diperlukan adalah berbentuk khidmat sokongan minyak dan gas dari bahagian upstream, downstream, gas dan tenaga baru.

petronas activity outlook - quick reference Keratan dari keluaran Petronas Activity Outlook

Setakat 11 Mac 2020, capex sebanyak RM 50 bilion akan dikekalkan untuk dibelanjakan ke atas projek di bawah Petronas. Daripada jumlah ini, RM 26 bilion hingga RM 28 bilion akan dibelanjakan untuk projek dalam negara. Banyak di antara projek ini telah pun berjalan, dan perlu diteruskan. Projek dalam negara ini kebanyakannya akan dibelanjakan untuk aktiviti upstream.

Antara syarikat yang menerima manfaat ini adalah penyedia perkhidmatan sokongan untuk pembikinan, penyelenggaraan, EPCIC, bekalan dan lain-lain.

Pembikinan (fabrication):

Offshore

Offshore Support Vessel

*Senarai ini boleh jadi lebih panjang daripada di atas.

Adakah perbelanjaan modal Petronas dikekalkan?

Persoalan ini menjadi tanda tanya terutamanya kepada pemain-pemain sektor minyak dan gas. Namun kita perlu tahu bahawa kerja-kerja yang telah dirancang antaranya untuk memastikan kecekapan pengeluaran (production efficiency). Maka, sama ada harga minyak jatuh atau tidak, kerja ini masih perlu berjalan terutamanya untuk brownfield (telaga minyak yang telah diteroka).

petronas banner

Setakat ini, kita boleh jangkakan tiada pengurangan terhadap capex Petronas untuk jangka masa pendek. Buat masa ini juga, syarikat penyedia perkhidmatan ini masih berjalan seperti biasa. Pendapatan mereka datang dari perkhidmatan kejuruteraan dan sokongan untuk minyak dan gas. Maka harga minyak tidak memberi impak secara langsung kepada pendapatan mereka.

Walau bagaimanapun, sekiranya harga minyak kekal rendah untuk lebih dari 6 bulan, kita mungkin akan lihat perubahan pada perancangan Petronas. Dan sekiranya senario ini berlaku, maka syarikat penyedia perkhidmatan sokongan untuk minyak dan gas akan turut terdedah kepada pendapatan yang berkurang. Maka dalam senario ini, anda perlu berjaga-jaga dengan saham dalam sektor minyak dan gas.


< kembali ke laman blog utama