UMUM

05-AUG-2021

Perkara Perlu Tahu Kalau Nak Convert Rights Issue


 


Rights issue kebiasaannya dikaitkan dengan sentimen negatif sebab syarikat ingin membangunkan dana dari pelabur awam untuk meneruskan perniagaan. Dalam erti kata lain, pendapatan syarikat ketika ini tidak cukup mantap, kedudukan kewangan juga tidak berada dalam keadaan baik. Namun, pembangunan dana ini juga bertujuan untuk membuat turnaround atau kembali dalam keadaan baik. Saham rights issue ini juga kebiasaannya ditawarkan pada kadar diskaun antara 10% hingga 40% dan mungkin lebih.

Sekiranya anda merasakan terdapatnya peluang di sebalik rights issue ini untuk membuat keuntungan, anda mungkin ingin melanggan saham rights issue ini. Dalam post kali ni, kita akan lihat perkara yang penting untuk melaksanakan proses penukaran rights issue. Post ini adalah sesuai untuk pelabur yang memahami keadaan syarikat yang kemukakan pelaksanaan rights issue, memahami risiko yang terlibat pada syarikat ini dan ingin menambahkan pegangan ke dalam syarikat yang membuat rights issue.

1. Pengumuman syarikat

Pertama sekali, anda perlu lihat pada pengumuman syarikat sekiranya terdapat pelaksanaan rights issue. Anda juga boleh lihat pada screener upcoming entitlements ini untuk melihat syarikat mana yang akan melaksanakan rights issue. Senarai ini boleh dilihat dalam bentuk jadual di bawah kategori Rights Issues. Di bahagian kanan jadual, terdapat ruangan bertajuk Value yang menyatakan nisbah pemberian saham hak (rights share) mengikut nisbah saham baru kepada saham sedia ada.

upcoming entitlements screener rights issues list
Gambar: Screener Upcoming Entitlements di bawah Rights Issues, iSaham

Pelbagai pengumuman penting dikeluarkan di laman web pengumuman syarikat di Bursa Malaysia.Link ini juga boleh dicapai melalui link shortcut pada bahagian bawah laman saham di iSaham. Ada dua pengumuman yang anda perlu lihat sebagai rujukan utama. Pengumuman ini bertajuk:

Tajuk-tajuk pengumuman ini akan dibincangkan dalam poin nombor 2 dan 3 selanjutnya. Antara yang kita akan bincangkan juga ialah prospektus ringkas, sambutan rights issue dan perbincangan sama ada berbaloi ataupun tidak.

2. Pengumuman Rights Issue

pengumuman rights issue oib
Pengumuman rights issue dari OIB di Bursa Malaysia

Apabila anda membuka pengumuman ini, anda akan lihat beberapa perkara. Kami simpulkan beberapa perkara penting dari pengumuman ini seperti di bawah:

Perkara Maksud
Ex-Date Tarikh pelaksanaan rights issue
Rights Issue/Offer Price Harga unit yang akan diberi (yang juga harga penukaran)
Entitlement Jenis saham yang akan diberi
Ratio Nisbah pemberian
Rights Crediting Date Tarikh saham rights issue dimasukkan ke akaun

Dalam pengumuman rights issue, syarikat akan memberitahu sekiranya mereka akan memberikan saham hak dalam bentuk ordinary rights (OR), preference rights (PR), loan stock rights (LR), atau warrant rights (WR). Maksud untuk saham hak ini diringkaskan dalam jadual di bawah:

Jenis saham hak Hak untuk Contoh
OR Saham biasa ABC
PR Saham keutamaan ABC-PA
LR Saham pinjaman ABC-LA
WR Waran ABC-WA

Untuk memahami jenis-jenis saham ini, anda boleh baca di link di bawah:

3. Pengumuman tarikh penting

pengumuman tarikh penting rights issue oib

Selepas anda menerima saham hak, anda boleh jual atau beli saham tersebut bermula tarikh Date for commencement hingga cessation of trading of rights. Prospektus ringkas akan dikeluarkan melalui pos pada Despatch Date, namun ia juga boleh didapati lebih awal di laman pengumuman syarikat di Bursa Malaysia.

Acceptance and Payment adalah tarikh akhir untuk penerimaan dan pembayaran saham hak. Prosedur ini boleh dibuat melalui Bursa Anywhere. Selepas pembayaran, saham hak tadi akan tersenarai pada Available/Listing Date sebagai apa-apa jenis saham yang syarikat ingin berikan seperti di butiran Entitlement di atas tadi.

4. Prospektus ringkas

Penggunaan dana, kadar diskaun dan pelbagai lagi sebab dana ini dibangunkan akan diterangkan dalam prospektus ringkas atau abridged prospectus.

oib rights issue utilisation of proceeds
Keratan bahagian penggunaan dana dari prospektus ringkas

Dokumen ini perlu dijadikan rujukan utama kepada keputusan anda sekiranya anda ingin menambahkan pegangan ke dalam syarikat. Pada pemerhatian kami, ia dikeluarkan pada tarikh yang sama dengan Entitlement Date di laman pengumuman syarikat di Bursa Malaysia.

oib rights issue utilisation of proceeds
Prospektus ringkas disertakan dengan borang peruntukan saham

Pengumuman ini juga akan disertakan dengan borang NPA (Notice of Provision Allotments) dan RSF (Rights Subscription Form) untuk tujuan pembayaran penukaran saham. Namun, anda tidak perlu menggunakan borang ini sekiranya anda melanggan rights issue ini melalui eRights di Bursa Anywhere, ATM atau melalui bank secara online.

5. Sambutan langganan Rights Issue

Selepas proses pembayaran rights issue selesai, syarikat akan membuat pengiraan keputusan langganan rights issue. Hari keputusan ini boleh dirujuk pada jadual tarikh penting tadi dengan butiran Date for announcement of final subscription result.

oib rights issue subscription result
Contoh keputusan rights issue OIB

Dari keputusan ini, anda boleh lihat sama ada rights issue yang ditawarkan ini mendapat sambutan atau tidak. Ini dapat berikan anda sebuah gambaran bagaimana penerimaan pelabur terhadap cadangan rights issue ini. Dalam kes OIB di atas, sambutan rights issue ini agak memberangsangkan dengan over-subscription sebanyak 20%.

Sesebuah rights issue hanya boleh dipenuhi sebanyak 100% maksimum mengikut berapa saham baru yang dicadangkan. Dalam proses penukaran, pelabur boleh mengisi Excess Applications untuk mendapatkan baki saham yang tidak dilanggan. Namun, permohonan ini tertakluk kepada pemilihan oleh syarikat di mana asas kebiasaannya adalah untuk mengurangkan kebarangkalian odd lot. Asas pemilihan ini juga akan disebut sekali dengan pengumuman keputusan.

Selepas keputusan dikeluarkan, anda cuma perlu tunggu untuk saham baru ini disenaraikan. Tarikh penyenaraian ini boleh dirujuk pada jadual tarikh di atas tadi pada butiran Available/Listing Date.

pengumuman pelaksanaan rights issue dilengkapkan
Pengumuman pelaksanaan rights issue dilengkapkan

6. Berbaloi atau tidak?

Walaupun saham rights issue ini ditawarkan pada kadar diskaun, saham masih boleh menurun lebih rendah dari harga diskaun tadi. Dalam kes kebiasaan, saham akan berlegar di sekitar issue price. Oleh itu, diskaun ini tidak semestinya bermakna anda boleh membuat untung mudah. Di sini, kita akan lihat pergerakan saham Saudee yang telah pun melengkapkan pelaksanaan rights issue baru-baru ni.

rights issue saudee

Beberapa perkara yang berkaitan dalam pelaksanaan rights issue untuk Saudee dilabelkan seperti dalam gambar. Ketika syarikat mengeluarkan pekeliling untuk rights issue pada 11 Mac, saham mengalami kenaikan luar biasa. Memandangkan sifat saham ini yang agak spekulatif pada masa tersebut, kenaikan ini boleh jadi berkait atau tidak dengan rights issue.

Selepas ex-date, saham hak akan diberikan kepada pemegang saham, diikuti dengan keluaran prospektus ringkas atau abridged prospectus pada 21 Mei. Di sini, pemegang saham boleh pilih sekiranya ingin menambahkan pegangan ke dalam saham ini sebelum membuat komitmen bayaran pada 9 Jun 2021. Pada 23 Jun, saham baru yang ditukarkan dari saham hak mula ditambah ke dalam pasaran.

Dalam kes ini, pelabur mencatatkan keuntungan ketika saham baru ini ditambah ke dalam pasaran kerana membeli saham melalui rights issue ini pada harga RM 0.15 dan harga menaik ke RM 0.16 pada 23 Jun. Terdapat beberapa lagi kes yang kita boleh kaji, antaranya boleh dilihat di bawah:

Saham Issue Price Harga apabila tersenarai (Open) Tarikh Tersenarai
SCOPE RM 0.175 RM 0.240 27 Julai 2021
PASUKGB RM 0.100 RM 0.095 21 Julai 2021
SAUDEE RM 0.150 RM 0.145 23 Jun 2021
TAFI RM 0.580 RM 0.800 15 Jun 2021
MTOUCHE [NS] RM 0.100 RM 0.085 10 Jun 2021
OIB RM 0.680 RM 0.750 2 Jun 2021
HHGROUP RM 0.200 RM 0.880 17 Mei 2021

Dari sini mungkin kelihatan seperti banyak syarikat yang mencatatkan kenaikan harga saham selepas pelaksanaan rights issue. Namun, ini cuma sebahagian daripada data yang dapat dikumpul untuk rights issue yang terbaru. Selain itu, pergerakan saham selepas penyenaraian juga perlu diambil kira untuk membuat kesimpulan. Realitinya, terdapat pelbagai cabaran yang mungkin akan dirasai sepanjang proses rights issue ini berjalan.

7. Pertimbangan langganan rights issue

Antara pertimbangan yang perlu dibuat untuk melanggan rights issue, pertamanya adalah untuk memikirkan sebaiknya sebelum membuat keputusan membeli saham sebelum ex-date untuk menerima saham hak. Sudah menjadi kebiasaan, perkara yang kita risau selepas membeli saham ialah sekiranya harganya menurun. Lebih-lebih lagi apabila memegang saham rights issue yang biasanya dilihat sebagai negatif mungkin bukan sesuatu yang memberikan ketenangan.

Sekiranya anda tidak melanggan saham hak melalui pegangan saham sebelum ex-date pula, anda perlu fikirkan sama ada untuk membeli saham hak melalui pasaran. Ini akan menjadikan kos langganan rights issue ini menjadi sedikit tinggi berbanding langganan sebelum ex-date.

Selepas anda membuat bayaran untuk langganan rights issue, ia tidak boleh dibatalkan. Anda perlu tunggu sehingga syarikat menyelesaikan pelaksanaan rights issue ini sehingga saham baru ditambah ke dalam syarikat. Sekiranya saham bergerak dalam keadaan downtrend dan jatuh di bawah harga tawaran saham baru, maka harga 'diskaun' tidak memberi apa-apa makna.

Pun begitu, melihat pada jadual kes terbaru rights issue tadi, mungkin sebenarnya ada juga peluang yang tersembunyi. Anda perlu menilai dengan baik kewajaran syarikat melaksanakan rights issue dan strategi mereka dengan dana baru yang akan digunakan.

Untuk menilai sekiranya rights issue ini bagus atau tidak, kita boleh menilai sambutan atau penerimaan pelabur terhadap rights issue syarikat. Sekiranya banyak sambutan dan over-subscribed, mungkin ia sesuatu yang boleh diberikan perhatian. Namun, sambutan rights issue yang over-subscribed hanya akan dapat kita ketahui selepas keputusan langganan dikeluarkan. Dalam kes ini, mungkin saham induk itu sendiri boleh diperhatikan.

Akhir sekali, rights issue ini juga boleh menjadi pisau bermata dua. Boleh jadi memberikan keuntungan, boleh juga merugikan. Sekiranya anda masih baru dalam pasaran saham, pelaksanaan rights issue ini mungkin tidak sesuai dengan anda. Namun sekiranya anda faham risiko yang bakal dihadapi dengan rights issue ini, ia mungkin suatu peluang yang boleh diterokai.


< kembali ke laman blog utama