TEKNIKAL

26-SEP-2018

Apakah Kelebihan Membeli Waran?


 


Pada topik yang lepas, kita sudah bincangkan salah satu cara meningkatkan keuntungan dalam saham ialah dengan membeli saham-saham dalam kategori small & mid cap berpandukan simbol bintang* iSaham. Membeli saham-saham ini dapat mengurangkan kos jual beli kerana tiadanya caj duti setem. Satu lagi cara meningkatkan keuntungan dalam saham ialah dengan berdagang waran.


Apakah itu waran?


Waran ialah instrumen yang memberi hak kepada anda untuk menjadi pemegang saham. Instrumen ini memberi peluang kepada anda yang tidak mempunyai modal yang besar, untuk memiliki hak tersebut terlebih dahulu, kemudian pada masa akan datang ditukarkan kepada saham induk (juga disebut sebagai mother share) dengan bayaran tambahan. Waran boleh dikesan dengan simbol -WA, WB, WC, WD, WE di belakang simbol saham.


Analogi Waran


Sebagai analogi, katakan rakan anda sedang membangunkan Bisnes Cafe dan offer kepada anda untuk menjadi 10% pemegang saham, mungkin anda perlu meletakkan modal 30,000. Tetapi rakan anda boleh offer anda membeli hak terlebih dahulu dengan harga 3,000, dan dalam masa 3 tahun, membayar 27,000 untuk memegang saham induk.

Kelebihan membeli hak ialah sekiranya bisnes tersebut maju dan nilai saham induk tersebut menjadi 100,000 untuk 10%, maka walaupun anda membeli hak dengan harga 3,000, anda masih perlu topup sebanyak 27,000 sahaja, dan anda terus untung sebanyak 70,000 tanpa perlu mengeluarkan modal 30,000 daripada awal lagi.


Apakah kelebihan membeli waran?


Seperti analogi diatas, dengan membeli waran, setiap kali saham induk naik 1 sen, waran juga akan naik 1 sen, tetapi kenaikan 1 sen waran peratusannya lebih tinggi berbanding kenaikan 1 sen saham induk. Sebagai contoh, merujuk kepada gambar, kenaikan 1 sen KNM ialah 2.9% manakala kenaikan 1 sen KNM-WB ialah 8.7%.

Waran Kenaikan

Jadi, kenapa beli waran boleh jadi lebih baik? Sebab tidak kira KGB atau KGB-WA, fundamental saham tersebut adalah sama, kerana kedua-duanya merujuk kepada syarikat KGB. Dengan harga KGB-WA sebanyak RM0.40, anda sebenarnye sedang membeli saham bernilai RM0.950. Jadi KGB-WA RM0.40 adalah lebih baik berbanding saham penny lain yang berharga RM0.40 sebab kebanyakannya memang betul-betul bernilai RM0.40, sedangkan KGB-WA sebenarnye mempunyai fundamental saham berharga dua kali ganda daripada sekarang.


Macam menarik, lepas ni beli waran aje?


Kena faham risiko dulu, kemudian boleh beli. Sebab peratusan kenaikan dan penurunan lebih tinggi, jadi kalau sekali jatuh 8% boleh pening kepala juga. Jadi, kena bersedia juga kalau sesuatu saham itu jatuh, perlu ada pelan trading. Adakalanya kita tidak kaji fundamental dengan mendalam, ada masanya market berhadapan dengan jualan panik, jadi kena sentiasa bersedia.


Dua perkara wajib perhati untuk warrant - Tarikh Luput & Premium %


Elakkan beli waran yang dah nak "expired" dalam masa 6 bulan sehingga 1 tahun. Sebab kalau waran expired dan tidak tukarkan ke saham induk, maka anda akan burn 100% duit waran tersebut. Elakkan juga membeli yang premium terlalu tinggi. Pantau atau beli waran yang dibawah premium 40% sahaja. Premium yang terlalu tinggi boleh membuatkan waran tidak mengikut saham induk sekiranya saham induk naik, dan berpotensi membuatkan harga waran juga lebih mudah jatuh daripada naik.

Maklumat penting berkaitan waran (premium & tarikh luput) ada diletakkan di bawah carta di setiap page saham (sila rujuk gambar dibawah sebagai contoh).

Waran Info

Dah tau kelebihan waran, jom pantau waran-waran berkualiti. Kami sediakan senarai untuk anda dalam pautan berikut Top Warrant Screener.

Waran Screener

< kembali ke laman blog utama