UMUM

12-JAN-2026

Kos Terlibat Dalam Jual Beli Saham Bermula Januari 2026


AA    


 

Selain keuntungan atau kerugian akibat pergerakan harga saham, pelabur juga perlu mengambil kira kos transaksi setiap kali urus niaga beli atau jual dilakukan di Bursa Malaysia.

Kos ini dikenakan kepada pembeli dan penjual. Walaupun jumlahnya mungkin nampak kecil, kesannya boleh menjadi signifikan terutama bagi pelabur yang aktif berdagang atau melibatkan nilai transaksi yang besar.

Bermula Januari 2026, berikut ialah struktur kos semasa yang wajib anda fahami sebelum membuat sebarang transaksi jual atau beli. 

 

Kos-kos Terlibat

 

Kos transaksi merujuk kepada perbelanjaan yang perlu dibayar setiap kali saham dibeli atau dijual. Secara umum, ia terdiri daripada empat komponen utama:

  1. Caj Broker

  2. Clearing Fee

  3. Cukai Jualan dan Perkhidmatan: SST

  4. Duti Setem 

Setiap komponen ini memainkan peranan tersendiri dalam menentukan jumlah kos sebenar sesuatu transaksi.

 

1. Caj Broker

 

Caj broker ialah caj perkhidmatan yang dikenakan oleh syarikat broker bagi setiap urus niaga. Kadar ini berbeza mengikut jenis broker dan nilai transaksi.

Bagi pengguna Mplus Global (Malacca Securities), terdapat dua kategori kadar utama:

 

A. Internet Rate (Kadar Biasa / Overnight)

 

Kadar ini dikenakan sekiranya anda membeli saham dan memegangnya melepasi hari dagangan (jual pada hari yang berbeza).

 

B. Intraday Rate (Kadar Harian)

 

Kadar istimewa ini dikenakan sekiranya anda membeli dan menjual saham yang sama pada hari yang sama.

 

Bagaimana Intraday Rate Dikira?

 

Sistem akan menilai matching quantity antara belian dan jualan pada hari yang sama:

Contoh:
Anda membeli 200 lot, kemudian menjual 100 lot pada hari yang sama.

Nota: Anda boleh memohon menyahaktifkan fungsi Intraday melalui remisier. Namun, anda tidak lagi layak menikmati kadar 0.05% bagi transaksi hari yang sama.

 

Rujukan lanjut:

i. Pengiraan Kadar Broker Untuk Dagangan Intraday 

ii. Mplus Intraday Rate

 

2. Clearing Fee

 

 

Caj ini dikenakan oleh Bursa Malaysia bagi tujuan penyelesaian transaksi.

 

3. Cukai Jualan dan Perkhidmatan: SST

 

SST sebanyak 8% dikenakan ke atas fi perkhidmatan kewangan. Dalam konteks jual beli saham, SST dikenakan ke atas:

 

Pengecualian SST

Untuk kategori sekuriti berikut dikecualikan dari bayaran SST:


Sekuriti lain yang tidak termasuk dalam senarai pengecualian, seperti ETF dan Waran, akan dikenakan SST 8%.

 

Rujukan: Mplus SST FAQ 

 

4. Duti Setem

 

Duti setem ialah caj kerajaan yang dikenakan ke atas kontrak jual beli sekuriti dan dibayar oleh pembeli dan penjual.

Bagi transaksi saham atau stok:

Perbezaan kadar maksimum duti setem mengikut jenis saham yang didagangkan. Kadar maksima duti setem dan jenis saham dibahagikan seperti berikut:

1. Kadar maksima RM 1,000, bersamaan 0.1%

2. Kadar maksima RM 200, bersamaan 0.1%

 

Pengecualian Khas (Sehingga 31 Disember 2028)

 

Kerajaan memberikan pengecualian duti setem bagi instrumen berikut:

Rujukan: Jenis-jenis warran di Bursa

 

Contoh Pengiraan Kos Jual Beli Saham

 

Berikut ialah simulasi pengiraan kos menggunakan kadar broker Mplus serta SST 8% yang dikenakan ke atas Brokerage Fee dan Clearing Fee. 

 

Contoh 1: Saham ABC (Overnight)

Nilai Transaksi: RM8,000

Caj Terlibat:

Jumlah Kos Transaksi: RM18.40

Jumlah Transaksi keseluruhan = RM8,018.40

*SST 8% dikecualikan disebabkan transaksi melibatkan saham biasa yang mendapat pengecualian.

 

Contoh 2: Saham ABC (Nilai >RM50,000)

Nilai Transaksi: RM80,000

Oleh kerana nilai transaksi melebihi RM50,000, kadar broker 0.05% dikenakan secara automatik. SST 8% turut dikecualikan untuk transaksi ini

Caj Terlibat:

Jumlah Kos Transaksi: RM144.00

Jumlah Perlu Dibayar: RM80,144.00

 

Contoh 3: Warrat Syarikat X (Intraday)

Nilai Transaksi: RM10,000

Caj Terlibat:

Jumlah Kos Transaksi: RM18.64 

Jumlah Perlu Dibayar: RM10,018.64

 

Contoh 4: Structured Warrant (Pengecualian Duti Setem)

Nilai Transaksi: RM15,000 (Overnight)

Status: Pembelian Structured Warrant (SW)

Caj Terlibat:

Jumlah Kos Transaksi: RM17.82

Jumlah Perlu Dibayar: RM15,017.82

 

Rumusan

 

Melalui contoh pengiraan di atas, jelas bahawa kos transaksi akan memberi kesan yang lebih ketara apabila nilai dagangan semakin besar atau apabila pelabur kerap melakukan transaksi.

Walaupun setiap caj kelihatan kecil, ia tetap perlu diambil kira sebelum membuat keputusan beli atau jual. Dengan memahami struktur kos ini, pelabur dapat menilai keuntungan sebenar dan mengurus strategi pelaburan.

Untuk lebih mudah anda boleh menggunakan Net Cost Calculator di laman iSaham. Kalkulator ini menggunakan kadar broker yang ditetapkan oleh Malacca Securities (M+).

 

 


< kembali ke laman blog utama