Intraday Rate vs Internet Rate


Apabila anda membuka akaun yang ada INTRADAY RATE seperti Mplus, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu:


1. INTRADAY RATE ialah lebih murah untuk transaksi besar iaitu hanya 0.05% sahaja. Rate ini ialah default rate untuk mereka yang membuka akaun dengan Mplus.

2. INTERNET RATE atau overnight rate ialah rate brokerage biasa iaitu 0.08%.

3. Sekiranya anda membeli dan menjual saham yang sama pada hari yang berlainan, anda akan dikenakan INTERNET RATE (No 2) iaitu 0.08%.

4. Sekiranya anda membeli dan menjual saham yang sama pada hari yang sama, boleh jadi dua perkara:


(a) Sekiranya jumlah kuantiti beli sama seperti kuantiti jual, anda akan dikenakan INTRADAY RATE sahaja.

(b) Namun, jika kuantiti beli dan jual berbeza, anda akan dikenakan INTRADAY RATE dan INTERNET RATE. Kuantiti yang lebih sedikit samada beli / jual akan disamakan menjadi INTRADAY RATE manakala selebihnya akan dikira sebagai INTERNET RATE.


5. Contoh untuk (a), sekiranya anda membeli 100 lot dan menjual 100 lot saham. Anda hanya dikenakan sekali caj membeli dan sekali caj menjual. Contoh untuk (b), sekiranya anda membeli 200 lot, kemudian menjual 100 lot sahaja, anda akan dikira seperti berikut:


Beli 100 lot INTRADAY RATE

Jual 100 lot INTRADAY RATE

Beli 100 lot INTERNET RATE


6. Anda boleh deactivate INTRADAY RATE jika anda tidak berminat untuk gunakan, namun anda tidak lagi dapat menikmati brokerage fee 0.05% untuk transaksi intraday. Hubungi sahaja remisier anda untuk minta deactivate.

7. Selepeas anda deactivate INTRADAY RATE seperti No 6, sekiranya anda membeli 200 lot dan menjual 100 lot saham yang sama pada hari yang sama, anda akan dikira seperti berikut:


Beli 200 lot INTERNET RATE

Jual 100 lot INTERNET RATE


Boleh gunakan kalkulator / simulasi di bawah untuk memahami cara pengiraan INTERNET RATE vs INTRADAY RATE.




Intraday Rate vs Internet Rate Calculator


Nota: Transaksi saham yang sama, pada hari yang sama, dan INTRADAY RATE aktif.

Pengiraan:


Beli lot INTRADAY RATE

Jual lot INTRADAY RATE

Pengiraan:


Beli lot INTRADAY RATE

Jual lot INTRADAY RATE

lot INTERNET RATE