UMUM

05-FEB-2026

Fungsi Menu Trade di Aplikasi M+ Global Bursa Malaysia


AA    


Pada 19 Disember tahun lalu, aplikasi M+ Online telah ditamatkan secara rasmi. Sehubungan itu, semua pengguna M+ kini perlu beralih sepenuhnya ke aplikasi M+ Global sebagai salah satu platform untuk urusan dagangan saham.

Peralihan ini bukan sekadar pertukaran aplikasi, tetapi juga melibatkan interface, susun atur menu dan aliran penggunaan yang berbeza berbanding M+ Online sebelum ini. Tidak hairanlah jika masih ramai pengguna yang belum biasa dengan fungsi yang tersedia dalam M+ Global, khususnya di bahagian Trade. Jadi dalam blog kali ini kita akan terangkan apa yang ada di bahagian Trade ini.

 

Menu Trade

 

 

Menu Trade dalam aplikasi M+ Global merupakan laman utama untuk pelabur menguruskan keseluruhan aktiviti pelaburan, daripada semakan portfolio, beli dan jual saham, sehinggalah urusan deposit dan pengeluaran dana. Jom kita tengok satu persatu.

 

1. Paparan Utama

 

 

Apabila membuka menu Trade, pengguna akan melihat ringkasan portfolio dan akaun yang berfungsi sebagai dashboard kewangan pelabur. Maklumat utama yang dipaparkan termasuk:

 

Rujukan:

Perkara yang anda perlu tahu tentang account summary

 

2.  Trade: Urusan Beli & Jual Saham

 

 

 

Menu Trade digunakan untuk membuat transaksi jual atau beli saham di Bursa Malaysia.

Melalui bahagian ini, anda boleh:

Rujukan:

Cara Jual Beli Saham Bursa di M+ Global


 

3. IPO: Memohon Saham Syarikat yang Bakal Disenarai

 

 

Fungsi utama:

Rujukan: 

i. Cara Permohonan IPO Melalui M+ Global

ii. IPO Financing M+ Global
 

4. Deposit: Menambah Dana ke Akaun Dagangan

 

 

Menu Deposit digunakan untuk memasukkan dana ke dalam akaun M+ Global sebelum membuat sebarang transaksi.

Melalui bahagian ini, anda boleh:

Rujukan: 

Cara Deposit ke Akaun M+ Global
 

 

5. Inter Transfer: Pemindahan Dana Antara Akaun 

 

 

Menu Inter Transfer membolehkan pemindahan dana antara akaun berkaitan dalam M+ Global tanpa perlu membuat pengeluaran.

Rujukan: 

Cara Inter Transfer Modal Melalui M+ Global

 

6. Statements: Rekod & Sejarah Transaksi

 

 

Menu Statements menyediakan rekod lengkap aktiviti dagangan anda.

Antara maklumat yang boleh diakses:

Bahagian ini penting untuk semakan prestasi, dokumentasi kewangan dan sebagai catatan peribadi

Rujukan: 

Cara Menyemak Trade History bagi Pelanggan M+ Global
 

7. Withdraw: Pengeluaran Dana 

 

 

Menu Withdraw digunakan untuk mengeluarkan dana daripada akaun dagangan ke akaun bank anda.

Pastikan tiada dana terikat pada posisi order yang masih belum matched sebelum membuat pengeluaran (withdraw), supaya proses pengeluaran dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang isu.

Rujukan: 

Cara Withdraw Duit dari Akaun M+ Global

 

8. Realised Profit

 

Bahagian Realised Profit memaparkan keuntungan dan kerugian sebenar yang telah direalisasikan hasil daripada transaksi beli dan jual saham yang telah lengkap (matched & settled) dalam tempoh setahun yang lepas.

Berbeza dengan unrealised profit/loss yang masih berubah mengikut pergerakan harga pasaran, realised profit hanya dikira apabila saham dijual. Ini bermaksud angka yang dipaparkan adalah keuntungan atau kerugian sebenar selepas penolakan segala kos yang terlibat. 

 

Kesimpulan 

 

Menu Trade dalam aplikasi M+ Global bukan sekadar tempat untuk membeli dan menjual saham, tetapi berfungsi sebagai dashboard kewangan pelabur. Dengan memahami setiap paparan dan menu yang tersedia, pelabur dapat mengurus pelaburan dengan lebih tersusun, dan berinformasi.

Bagi pelabur yang belum mempunyai akaun M+ Global, anda boleh merujuk panduan berikut: Cara Mendaftar Akaun M+ Global


< kembali ke laman blog utama