TUTORIAL

16-APR-2024

Cara Withdraw Duit dari Akaun Mplus Global


FA    


Selain pasaran Bursa, Platform M+ Global turut membolehkan anda melabur dalam pasaran luar negara iaitu pasaran US dan HK.

Untuk melabur di M+ Global, anda perlu membuka akaun M+ Global terlebih dahulu. Sila rujuk panduan Cara Mendaftar Akaun Mplus Global untuk penerangan lanjut.

Blog ini akan menerangkan cara withdraw duit dari akaun M+ Global.

 

Langkah 1: Log masuk ke akaun M+ Global

 

Langkah 2: Tekan “Trade” di bahagian bawah skrin

 

Langkah 3: Pilih market MY atau US/HK

Terdapat 2 jenis akaun iaitu MY bagi akaun yang memfokuskan dagangan pasaran Malaysia dan US/HK bagi pasaran Global yang setakat ini menawarkan dagangan bagi USA dan Hong Kong. Pilih akaun anda yang ingin withraw.

   

 

Langkah 4:  Skrol ke page kedua bahagian menu dibawah. Untuk MY klik menu "Withdraw" manakala bagi akaun US/HK pula tekan bahagian ni  “More” dan pilih Withdraw.

 

 

 

 

Langkah 5: Masukkan amaun yang hendak dikeluarkan serta maklumat akaun bank.

 

MY

 

Bagi akaun MY, anda dibenarkan untuk memilih untuk Withdraw sama ada dengan cara Direct Transfer atau Cek.

 

 

US/HK

 

Bagi akaun US/HK, Original Currency merupakan paparan nilai wang anda dalam bentuk sama ada MYR, USD atau KHD. Nilai Withdraw masih akan dihantar dalam bentuk MYR berdasarkan Reference Rate semasa yang sentiasa berubah-ubah.

 

Setelah selesai anda masukkan details dan amount kemudian klik "Submit". Permohonan Withdrawal anda selesai. Permohonan akan diluluskan atau ditolak dalam masa 3 hari bekerja. 

 

Nota:

Jika anda ingin mengeluarkan semua duit dari akau M+ Global anda, tekan “All”.

Caj RM1 akan dikenakan sekiranya amaun yang dikeluarkan tidak melebihi RM100.


< kembali ke laman blog utama