TUTORIAL

12-JUL-2023

Cara Mendaftar Akaun Mplus Global


 


Mplus telah melancarkan M+ Global yang membolehkan para pelabur untuk terlibat dalam pelaburan pasaran luar negara iaitu pasaran US dan HK.

Untuk melabur di M+ Global ini, pelabur perlu membuka akaun M+ Global walaupun telah mempunyai akaun CDS M+. Bagi anda yang belum mempunyai akaun CDS M+, anda boleh mendaftar akaun CDS M+ dan akaun M+ Global secara atas talian melalui pautan pendaftaran yang sama. 

Blog ini akan menerangkan cara mendaftar akaun Global M+ bagi anda yang telah mempunyai akaun CDS M+. Sekiranya anda belum mempunyai akaun CDS M+, sila rujuk panduan Cara Baharu Mendaftar Akaun CDS Mplus

Secara ringkas: 

  1. Untuk membuka akaun M+ Global, pergi ke pautan http://isaham.my/cds dan ikuti panduan yang dinyatakan dalam halaman ini.
  2. WAJIB isi Invitation Code DVBJ pada borang M+ Global untuk mendapatkan akses iSaham Pro Global secara percuma (T&S).
  3. Rujuk blog ini untuk langkah pendaftaran akaun secara terperinci.

Pendaftaran akaun M+ Global di bawah rakan kongsi remisier iSaham akan membolehkan anda mendapatkan manfaat akses iSaham Pro Global.

Jika anda telah mempunyai akaun CDS M+ di bawah remisier lain, anda masih boleh membuka akaun M+ Global di bawah rakan kongsi remisier iSaham untuk mendapatkan manfaat akses ini.

Untuk berdaftar dengan iSaham, anda boleh mengikuti langkah yang dinyatakan dalam laman pendaftaran CDS kami. 

Garis Mula: Laman CDS iSaham

Pada laman pendaftaran CDS iSaham, anda perlu mengisi beberapa maklumat seperti berikut:

Borang ini akan memudahkan kami untuk melakukan rujukan proses pendaftaran anda dengan iSaham. Untuk ruangan referral, tuliskan nama ejen atau wakil yang memperkenalkan anda kepada iSaham. Jika tiada, boleh kosongkan dan tekan butang Hantar

Anda akan dibawa ke laman seterusnya sebagai persediaan dan pengesahan sebelum ke laman pendaftaran M+ Global. Sila baca dan ikuti langkah yang digariskan untuk berjaya mendaftar dengan iSaham. Setelah anda bersetuju dengan terma dan syarat, tekan butang Buka Akaun. Anda akan dibawa ke laman pendaftaran atas talian M+ Global. 

Bahagian 1: Sign Up

Pada laman ini, anda perlu memasukkan emel, ID pengguna atau nombor telefon untuk log masuk ke laman pendaftaran.

Pilih Email/User ID: Sila masukkan User ID akaun CDS M+ anda. Tekan Log in or Sign Up untuk langkah seterusnya.

Nota: Proses pendaftaran akaun M+ Global adalah berbeza bagi pelanggan yang telah mempunyai akaun CDS M+ dan belum mempunyai akaun CDS M+ walaupun menggunakan pautan pendaftaran yang sama.

Selepas itu, anda akan diminta untuk memilih sama ada ingin mendapatkan kod pengesahan melalui nombor telefon atau emel. 

Jika anda tidak berjaya masuk, anda boleh mendaftar menggunakan kod pelanggan (client code).

Kemudian, masukkan 6 digit kod pengesahan yang diterima. Seterusnya, anda perlu mencipta kata laluan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan tekan Sign up.

Pastikan anda menanda pada kotak US Market dan HK Market dan tidak menanda pada kotak Share Margin Financing Account. Kemudian, tekan Next.

Bahagian 2: Tax Residency

Isikan maklumat yang diperlukan mengikut kriteria yang menepati diri anda.

Bagi soalan pertama, pilih Yes sekiranya anda membayar cukai negara lain atau No jika sebaliknya.

Bagi soalan Tax Identification Number (TIN) pula, pilih Yes sekiranya anda ada berdaftar dengan LHDN dan masukkan Tax ID atau pilih No sekiranya anda tidak mempunyai akaun LHDN.

Jika anda memilih No pada ruangan soalan TIN, anda perlu memilih sebab yang berkaitan. Untuk pilihan ini, anda boleh memilih pilihan C.

FEA bermaksud Foreign Exchange Administration. Anda boleh merujuk pautan di BNM ini untuk maklumat lanjut. Secara ringkasnya, jika anda mempunyai pinjaman peribadi melebihi RM 1 juta, boleh pilih pilihan kedua (I have domestic ringgit borrowings ... ). Jika tiada, boleh pilih pilihan pertama (I do not have domestic ringgit borrowings ...).

Tekan Next dan anda akan dibawa ke halaman Agreement dan Disclosure.

Bahagian 3: Agreement and Disclosure

Pada ruangan Invitation Code, pastikan anda mengisi kod DVBJ. Kod ini wajib diisi kerana ia merupakan syarat untuk anda mendapatkan akses iSaham Pro Global secara percuma (T&S).

Selepas itu, tandakan pada kedua-dua kotak dan tekan Sign and Submit.

Bahagian 4: Sign

Turunkan tanda tangan anda pada ruangan yang disediakan dan tekan Confirm.

Proses pembukaan akaun M+ Global telah selesai. Proses kelulusan akaun M+ Global biasanya mengambil masa sehingga 3 hari. Anda akan menerima emel dan mesej daripada pihak Mplus apabila akaun anda telah berjaya diluluskan.

Sekiranya anda mengalami kesulitan dalam mendaftar akaun M+ Global, sila hubungi team iSaham Support untuk bantuan.


< kembali ke laman blog utama