TUTORIAL

17-JUL-2024

Inter Transfer Modal Anda Melalui M+ Global


AA    


 

 

Sekiranya anda merupakan pelanggan dan mempunyai akaun berdaftar dibawah Mplus dan juga M+ Global, anda dibenarkan untuk memindahkan wang anda di antara kedua-dua jenis akaun di bawah nama yang sama. Sebagai contoh, sekiranya modal anda untuk melabur didalam pasaran Hong Kong (HK) tidak mencukupi, dan terdapat lebihan wang di dalam akaun Mplus, jadi anda boleh memindahkan wang tersebut ke akaun M+ Global, begitu juga sebaliknya.

 

 

Tutorial Inter Transfer

Langkah 1

Buka aplikasi M+ Global dan pergi ke menu "Trade". Klik pada bahagian  "Inter Transfer".

 

 

Langkah 2

Di paparan inter transfer, sahkan akaun yang ingin dihantar sama ada dari akaun Mplus ke M+ Global atau sebaliknya. Klik pada anak panah untuk menukar.  Di bahagian ini juga, anda akan dipaparkan jumlah maximum pengeluaran yang dibenarkan. Masukkan jumlah yang ingin dipindahkan dan klik butang "Transfer".

 

 

Langkah 3

Selepas anda menekan butang transfer, masukkan kata laluan anda dan permohonan anda akan diproses.

 

 

Langkah 4

Anda akan menerima notis seperti contoh dibawah dan jika anda ingin menyemak rekod transaksi, klik pada "Transfer Record".

 

 

Maklumat Berkaitan Fungsi Ini

1. Fungsi ini dibenarkan hanya untuk akaun dengan nama pemilik yang sama.

2. Ia adalah percuma dan tiada caj tambahan dikenakan.

3. Pemindahan modal hanya boleh dilakukan pada waktu dagangan pasaran saham Malaysia iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8:30 a.m. hingga 5:30 p.m. kecuali cuti umum.

4. Kebiasaannya, anda akan menerima wang yang dipindahkan dalam masa hanya sekitar 1 - 2 minit.

5. Selepas anda mendeposit wang kedalam akaun M+ Global, anda hanya boleh menggunakan fungsi inter transfer ini pada hari dagangan berikutnya.

6. Untuk waktu sekarang, nilai wang yang digunakan untuk inter transfer adalah dalam bentuk Ringgit Malaysia.

 

Jadi begitulah caranya untuk memindahkan modal anda dari akaun Mplus ke M+ Global atau sebaliknya. Fungsi ini dapat memberikan kemudahan kepada pedagang sekiranya modal di salah satu akaun tidak mencukupi. Sebagai ingatan, untuk memastikan pemindahan berjaya, kedua-dua akaun perlu dimiliki oleh individu yang sama dan pastikan waktu pemindahan dilakukan pada waktu dagangan pasaran saham Malaysia. 

 

 

 

 

 

< kembali ke laman blog utama