UMUM

19-MAY-2021

Cara Menyertai AGM Secara Online Dengan Boardroom Limited


 


Sejak Covid-19 melanda dunia, banyak inisiatif yang dibuat untuk mengurangkan pergerakan dan kontak sosial. Aktiviti AGM yang selama ini duibuat secara fizikal tak terkecuali mengalami perubahan ini. Terdapat banyak platform yang menyediakan perkhidmatan AGM secara online atau juga disebut Remote Participation and Voting (RPV). Dalam post kali ini, kita akan lihat cara-cara mendaftar dan menggunakan Boardroom Limited untuk penyertaan AGM.

Panduan ini terbahagi kepada 2, iaitu pendaftaran akaun dan penyertaan AGM. Boleh tekan di link di bawah ini untuk langkau ke mana-mana bahagian.

  1. Pendaftaran
  2. Penyertaan AGM

Harus diingati bahawa untuk menyertai AGM, anda perlulah memiliki sekurang-kurangnya 1 unit (odd lot) dalam akaun anda sebelum tarikh semak kelayakan.

Bahagian 1 - Pendaftaran

1. Pergi ke Boardroom Limited

Pergi ke laman web BoardRoom Limited di https://boardroomlimited.my/.

boardroom limited frontpage

2. Log masuk

Sekiranya anda ingin log masuk atau membuka akaun, tekan butang Login berwarna ungu di bawah tulisan Investor Portal dalam gambar. Anda akan dibawa ke laman log masuk.

Sekiranya anda sudah ada akaun, teruskan sahaja masukkan butiran akaun untuk login. Sekiranya anda ingin membuka akaun baru, tekan Register di bawah butang Login seperti gambar di atas. Anda akan dibawa ke borang pendaftaran akaun seperti di bawah.

boardroom register form

3. Isi borang pendaftaran

Isikan borang pendaftaran akaun tadi dengan butiran peribadi anda dengan lengkap. Gambar IC perlu dimasukkan secara berasingan untuk bahagian depan dan belakang. Selebihnya, cara pendaftaran ini adalah agak ringkas, lurus dan mudah difahami.

Bila dah isi semua, hantar dengan tekan butang Register. Anda kemudian akan menerima email untuk pengesahan alamat email untuk akaun anda. Selepas pengesahan, anda perlu tunggu sehingga akaun anda diluluskan.

Bahagian 2 - Menyertai AGM

Bila akaun dah siap, anda boleh log masuk untuk lihat syarikat apa yang akan adakan AGM melalui BoardRoom. Sebagai persediaan, anda boleh juga lihat terlebih dahulu sekiranya AGM syarikat akan berlangsung tak lama lagi. Anda boleh perhatikan di screener iSaham atau fungsi tapisan pengumuman syarikat di Bursa.

1. Log Masuk

Pertama sekali, log masuk ke dalam BoardRoom. Anda akan dibawa ke dashboard utama. Pilih menu Virtual Meeting untuk mendaftar penyertaan AGM secara online.

boardroom dashboard

2. Mohon serta AGM

Dalam Virtual Meeting ini, anda akan jumpa sebuah senarai penuh syarikat yang akan menggunakan platform ini untuk mengadakan AGM. Boleh gunakan fungsi Search dalam kotak bahagian atas kanan atau cari sahaja nama syarikat dari senarai.

boardroom apply agm

Apabila jumpa AGM yang anda ingin sertai, tekan butang Apply di sebelah paling kanan untuk syarikat tersebut. Pastikan anda memiliki saham syarikat sehingga tarikh catatan dan mohon sebelum tarikh tutup penyertaan. Anda kemudiannya akan dibawa ke laman terma dan syarat seperti di bawah. Baca dan tekan kotak checkbox dan tekan butang Next.

boardroom terms condition

Seterusnya, masukkan 15 angka nombor CDS. Cara untuk cari nombor CDS kami dah pun tulis dalam post "Mana nak cari nombor CDS".

boardroom insert cds

Lepas dah masukkan nombor CDS, tekan Submit. Anda akan dibawa ke laman pemberitahuan berjaya mendaftar. Sampai di sini, proses yang anda perlu buat adalah selesai. Apa yang anda perlu buat selepas ini ialah tunggu mesyuarat dibuat pada hari AGM. Anda akan terima email untuk butiran penyertaan di mana terpakai.

Ada syarikat akan menyediakan butiran ID dan password untuk penyertaan sesi siaran AGM atas talian melalui platform lain, contohnya Lumi AGM. Maka anda perlu ikut panduan yang diberikan dan masukkan butiran yang diperlukan.

Ada beberapa lagi platform yang dilihat digunakan oleh syarikat untuk mengadakan AGM secara online atau Remote Participation and Voting (RPV) ini. Antaranya ialah:

Untuk lihat panduan penyertaan AGM melalui platform ini, tekan sahaja link di nama platform di atas ini.


< kembali ke laman blog utama