TUTORIAL

12-SEP-2019

Bagaimana nak Membeli atau Menjual Saham Odd Lot?


 


Anda mungkin biasa beli saham dalam bentuk lot. Sama ada 1 lot, 10 lot, 33 lot mengikut strategi anda. Anda tentu sudah tahu bahawa 1 lot mempunyai 100 unit saham. Persoalannya bolehkan anda beli saham dalam jumlah ganjil? Contohnya 1 unit, 52 unit, 99 unit dan sebagainya.

Jawapannya boleh.

Tapi, mungkin anda akan tertanya; kenapa perlu beli (atau jual) lot saham dengan bilangan ganjil ni? Nak buat satu transaksi pun dah dikenakan broker fee.

Sebenarnya ada beberapa sebab untuk anda beli atau jual lot ganjil (odd lot) ni. Antara sebabnya adalah apabila anda tiba-tiba sedar ada saham odd lot dalam portfolio anda selepas saham buat corporate action seperti bonus issue, right issue, split share dan lain-lain.

Selain itu, dengan 1 unit sahaja anda sudah layak untuk menyertai AGM, jadi mungkin anda nak belajar-belajar pasal syarikat di AGM cukup dengan membeli 1 unit (juga boleh dapat doorgift ya). Maka dengan itu anda beli odd lot kerana pembelian adalah dalam bentuk unit.

Jadi, bagaimana caranya untuk beli (atau jual) odd lot?

Senang je. Langkah pertama yang anda perlu buat ialah login platform trading anda (MPlusonline, RHB, Maybank, UOB etc.) menggunakan desktop. Cari saham yang ingin dibeli dengan masukkan nama saham dalam kotak search.

Sekiranya anda ingin beli odd lot untuk AGM dan tak tahu saham apa untuk dibeli, boleh pergi ke link iSaham upcoming AGM. Di sini kami ada senaraikan saham yang akan mengadakan AGM dalam masa terdekat. Kami juga catatkan lokasi dan tarikh mesyuarat supaya anda boleh buat keputusan sama ada bersesuaian atau tidak dengan perancangan anda.

Berbalik kepada carian saham, right-click pada row saham pilihan, dan pilih Odd Lot Info.

menu odd lot

Anda akan dibawa ke laman info odd lot seperti gambar di bawah. Dari kiri, info queue boleh dijumpai di kotak merah. Di tengahnya info transaksi saham yang dipilih. Dari contoh ni nampaknya belum ada lagi transaksi jual beli dalam lot ganjil. Bahagian kanan atas (dalam kotak kuning), ada butang Buy. Klik pada arrow kecil di sebelah butang buy, pilih c. Normal Order (Odd Lots).

odd lot info page

Popup akan keluar pada page yang sama untuk bertanyakan kuantiti saham yang anda ingin beli. Qty: x1 di sini bermakna anda membeli dalam bentuk unit. Isikan ruangan ini dengan amaun yang berkenan di hati. Kemudian di kotak seterusnya isikan harga pilihan hati. Boleh rujuk Odd Lots Queue atau kotak yang akan muncul setelah klik pada ruangan Price: MYR. Setelah puas hati dengan kuantiti dan harga, klik Send Now. Anda boleh lihat pada Order Status sekiranya transaksi anda berjaya, ataupun di ruangan tengah iaitu info transaksi saham.

odd lot buy queue

Untuk menjual lot, prosedurnya sama sahaja. Anda cuma perlu klik pada arrow kecil di sebelah butang Sell dan pilih Normal Order (Odd Lots). Popup yang sama akan muncul untuk proses jualan.

Anda juga boleh gunakan fungsi Validity yang membolehkan anda mengurus berapa lama anda sanggup queue. Fungsi ini akan dibincangkan pada masa akan datang.


< kembali ke laman blog utama