UMUM

23-MAY-2020

Cara Menyertai AGM Secara Online dengan TIIH Online


 


Wabak Covid-19 telah mengubah cara syarikat mengadakan AGM. Kini, atas saranan Bursa Malaysia juga, semakin banyak syarikat yang menjalankan AGM atau Mesyuarat Agung Tahunan mereka secara online untuk mengelakkan kontak antara peserta mesyuarat. Dalam Bursa Malaysia, penyertaan atas talian ini disebut sebagai Remote Participation and Voting Facilities (RPV). Kali ini kita lihat RPV melalui platform TIIH Online.

tiih online

Platform mesyuarat secara RPV

Adakah semua syarikat menggunakan TIIH Online sebagai platform untuk mengadakan AGM secara RPV? Tak juga. Antara platform yang ada ialah:

Platform yang digunakan untuk diadakan mesyuarat secara RPV akan diberitahu oleh syarikat melalui Bursa dengan pengumuman berkategori “Notice of Meeting”. Itulah rujukan utama anda untuk mengetahui platform mana yang akan digunakan untuk AGM secara RPV. Ataupun cara lainnya, anda boleh pergi ke laman saham yang dicari dalam iSaham. Pergi ke bahagian bawah untuk cari link ke pengumuman syarikat di Bursa Malaysia.

iSaham link shortcut TM

Menggunakan TIIH Online

1. Daftar akaun TIIH Online

tiih online front page

Pertama sekali, untuk menggunakan TIIH Online, anda perlu daftarkan akaun. Proses ini boleh mengambil masa hingga sehari. Maka kami sarankan supaya anda terus daftar sahaja supaya boleh digunakan di masa-masa akan datang.

Isikan sahaja maklumat yang diminta dan disertakan dengan gambar IC.

2. Login

tiih online dashboard events list

Bila akaun selesai, anda boleh log masuk ke platform TIIH Online. Anda akan terus dibawa ke senarai event yang akan diadakan, disusun mengikut masa yang terdekat.

3. Daftar kehadiran AGM

Untuk menghadiri AGM, anda perlu mempunyai pegangan saham syarikat terlebih dahulu. Pegangan saham pula akan dicatat pada sebuah tarikh yang ditentukan. Dalam iSaham, anda boleh lihat pada screener Upcoming AGM dan lihat pada column “Last Day to Buy”. Ini adalah tarikh yang paling lewat anda sepatutnya beli saham syarikat untuk menghadiri AGM.

Dalam TIIH Online pula, ada kemungkinan anda akan terjumpa beberapa event dengan syarikat yang sama dalam senarai tadi. Event tersebut boleh merujuk kepada perkara-perkara yang berlainan sama ada penghantaran borang proksi, pendaftaran EGM ataupun AGM.

Apa yang anda perlu buat adalah pilih event untuk AGM syarikat. Caranya adalah dengan pilih event AGM yang ditulis perkataan (REGISTRATION). Dah jumpa event AGM syarikat, tekan Next pada column bahagian kanan.

Dari sini, anda akan dibawa ke proses pendaftaran. Salah satu bahagian akan memerlukan anda mengisi nombor CDS sebagai peserta untuk AGM syarikat nanti. Akhir sekali, sahkan pendaftaran anda.

tiih online register cds

4. Tunggu hari mesyuarat

Sekiranya anda sudah berjaya lengkapkan pendaftaran, pendaftaran tadi akan disimpan dalam Application History di sidebar sebelah kiri. Boleh tekan Review Details untuk lihat semula rekod pendaftaran dan juga butiran mesyuarat. Namun, link untuk ke siaran AGM bukan dipaparkan di Application History. Ia akan dipaparkan pada dashboard anda di senarai event tadi.

tiih online streaming available

Bila dah sampai hari mesyuarat, barulah siaran boleh didapati dari platform TIIH Online ni. Masa tu lah siaran akan berlangsung dan anda boleh dengar apa-apa perutusan yang nak disampaikan oleh lembaga pengarah syarikat, bertanya soalan dan juga mengundi resolusi yang dicadangkan secara online.

tiih online livestream video

< kembali ke laman blog utama