TUTORIAL

24-MAY-2019

Macam Mana Nak Cari Nombor Akaun CDS?


 


Ramai orang yang bertanya macam mana nak cari nombor CDS. Sebenarnya tak susah. Mula-mula sekali anda kena buka akaun CDS lah. Kalau takde akaun CDS, sampai bila pun takde nombor CDS. Anda boleh ade lebih daripada satu akaun CDS, dan akaun tu akan link dengan broker anda. Sekiranya anda perlukan sesebuah transaksi yang melibatkan saham, contohnya IPO atau ESOS, akaun CDS inilah yang menjadi akaun anda.

Nombor CDS ada 9 angka, namun kalau anda diminta nombor akaun CDS, selalunya anda kena masukkan sejumlah 15 angka yang termasuk 9 angka nombor CDS tadi, 3 angka kod broker dan 3 angka cawangan seperti di bawah:

Kod broker: 012 (Contoh menggunakan Mplus)
Kod cawangan: 001 (Contoh menggunakan Mplus)
Nombor CDS: 123456789

Nombor 15 angka akaun CDS anda akan jadi seperti ini:

012-001-123456789

Ada 3 cara untuk dapatkan nombor akaun CDS anda. Kita akan kupas lebih lanjut tiga-tiga cara ini.

1. Profile akaun

Salah satu cara adalah masuk ke laman web broker anda. Kami akan gunakan Mplus sebagai contoh jadi caranya adalah pergi ke website Mplus dan login akaun anda. Lepas login, cari bahagian My Account dan tekan My Profile. Popup akan keluar untuk memaparkan info peribadi anda, termasuk nombor CDS di bahagian Account Details.

Dari account detail Mplus, cari nombor CDS anda dari CDS Account No. Sambungkan mengikut urutan nombor kod broker (012), kod cawangan (001) dan nombor CDS 9 angka seperti nota kaki dalam gambar.

2. Penyata akaun dari Bursa

Setiap bulan Bursa akan hantar penyata untuk akaun CDS anda melalui email. Jadi anda boleh cari email itu dan buka fail yang dilindungi dengan password mengikut format yang telah diberi oleh Bursa (boleh rujuk email).

Buka fail dan anda akan jumpa 15 angka nombor akaun CDS di bahagian kanan atas jadual penyata akaun.

Boleh terus ambil nombor lengkap CDS ni untuk digunakan.

3. Email selepas buka akaun CDS

Selepas anda buka akaun CDS, Mplus akan menghantar anda email untuk menyatakan akaun sudah berjaya dibuka.

Butiran client code akan diberikan yang termasuk nombor akaun CDS, kod broker dan kod cawangan. Gabungkan ketiga-tiga nombor ini mengikut kod broker > kod cawangan > nombor CDS seperti dalam gambar.

4. Client Statement di aplikasi M+

Terdapat juga cara untuk mendapatkan nombor akaun CDS melalui aplikasi telefon mudah alih M+. Anda hanya perlu log masuk seperti biasa ke dalam aplikasi tersebut menggunakan User ID dan Password anda.

Kemudian, pergi kepada Menu dan pilih Client Statement seperti gambar di bawah. Klik pada mana-mana penyata yang ada di dalam akaun anda.

Pilih 'Client Statement' dan klik pada salah satu penyata tersebut.

Seterusnya, lihat pada belah kanan atas penyata tersebut. Anda akan dapat melihat Client Code serta nombor akaun CDS anda di situ. Contoh dapat dilihat dalam gambar di bawah.

Nombor akaun CDS yang dipaparkan dalam Client Statement.

Sambungkan nombor akaun CDS anda mengikut urutan nombor kod broker (012), kod cawangan (001) dan nombor CDS 9 angka seperti yang terdapat di dalam gambar.


< kembali ke laman blog utama