UMUM

21-MAY-2021

7 Pelabuhan Tersibuk di Dunia


 


Perkembangan pesat ekonomi di dunia telah menyebabkan kepesatan perdagangan melibatkan perkhidmatan pelabuhan di sesebuah negara. Kemudahan di pelabuhan merupakan komponen penting dalam meningkatkan nadi pembangunan yang melibatkan aktiviti ekonomi seperti eksport dan import barangan.

Setiap kontena yang berlabuh di pelabuhan menggunakan sistem kiraan TEU yang bermaksud (twenty-foot equivalent unit) bersamaan dua puluh kaki. Dalam post kali ni, kita akan melihat beberapa buah negara yang mempunyai pelabuhan tersibuk di dunia.

kontena pelabuhan
Sebuah kontena bersaiz ISO 40 kaki bersamaan 2 TEU. Gambar: shiptechnology.com

1. Pelabuhan Shanghai

Pelabuhan Shanghai telah memegang rekod sebagai pelabuhan terbesar dan tersibuk di dunia semenjak tahun 2010 sehingga kini. Ia telah berjaya memintas kedudukan Pelabuhan Singapura. Pelabuhan ini telah dibuka pada tahun 1842 dan diuruskan oleh Shanghai International Port Company Ltd. Ia beroperasi dikawasan seluas 3,619 km2 di muara Sungai Yangtze.

Pelabuhan ini mempunyai 3 terminal pelabuhan kontena utama iaitu Wusongko, Wagaoqiao dan Yangshan. Jika dihitung secara keseluruhannya, 1/4 aktiviti perdagangan antarabangsa di negara China melalui Pelabuhan Shanghai. Setiap bulan purata sebanyak 2,000 kapal kontena berlabuhan di pelabuhan ini dan berupaya menerima muatan kargo sekitar 744 juta tan.

Negara China juga mempunyai beberapa pelabuhan utama seperti:

2. Pelabuhan Singapura

Pelabuhan Singapura terletak di hujung selatan Semenanjung Malaysia yang jarak sebanyak 30 km dari barat daya Pelabuhan Johor, Malaysia. Pelabuhan ini menguruskan 37.2 juta TEU kontena dan 626.2 juta tan kargo pada tahun 2019. Pelabuhan Singapura mempunyai beberapa terminal seperti di Brani, Keppel, Tanjung Pagar, Pasir Panjang, Jurong dan Sembawang.

Kini, Singapura giat mengembangkan Pelabuhan Tuas yang bakal menjadi pelabuhan terbesar di dunia dengan anggaran sebanyak 65 juta TEU. Pelabuhan ini dijangka menjadi terminal automatik terbesar di dunia dan siap sepenuhnya pada tahun 2040. Secara ringkasnya pelabuhan ini akan menggunakan konsep teknologi inovatif yang melibatkan penggunaan sepenuhnya tenaga elektrik dalam kenderaan pengangkut automatik, AGV.

pelabuhan singapura
Gambar: maritimeinfo.org

3. Pelabuhan Busan

Pelabuhan Busan terletak di sebuah muara yang bernama Sungai Napake dan pelabuhan terbesar di negara Korea Selatan. Pada asalnya, pelabuhan ini dikenali sebagai Busan-po yang dibuka semenjak 1407. Peningkatan arus teknologi saban tahun menyebabkan pelabuhan ini semakin berkembang luas dan mengalami pembangunan infrastruktur semenjak tahun 1906 sehingga kini.

Pada masa ini, Pelabuhan Busan merupakan pelabuhan kontena tersibuk kelima di dunia dan kesepuluh dari segi kesibukan trafik laluan maritim di Asia Timur Laut. Pada tahun 2019 sebanyak 468,761 tan kargo yang berlabuh di pelabuhan ini. Pelabuhan Busan mempunyai beberapa pelabuhan dan setiapnya mempunyai fungsi tersendiri.

pelabuhan busan
Gambar: portstrategy.com

4. Pelabuhan Hong Kong

Pelabuhan Hong Kong terletak di Semenanjung Kowloon di perairan Laut China Selatan berhampiran dengan Victoria Harbour. Pelabuhan ini merupakan hab utama di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur. Salah satu pelabuhan kontena yang paling sibuk di dunia ini telah mengendalikan 89% daripada jumlah keseluruhan kargo di Hong Kong. Pelabuhan ini dikendalikan oleh sektor swasta yang meliputi lima syarikat:

Sepanjang tahun 1974 sehingga 2004 pelabuhan Hong Kong mempunyai sebanyak 9 terminal yang siap dibina. Secara purata sebanyak 205,510 kapal berlabuh dan 386,853 tan jumlah kontena pada tahun 2016.

pelabuhan hong kong
Gambar: container-mag.com

5. Pelabuhan Jebel Ali, Dubai

Pelabuhan ini juga dikenali sebagai Mina Jebel Ali yang merupakan pelabuhan dalam yang terletak di Jebel Ali, Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Mina Jebel Ali dibina pada akhir tahun 1970 untuk menambah fasiliti dan kemudahan di Port Rashid. Pelabuhan ini telah dirasmikan pada tahun 1979 oleh Queen Elizabeth. Pada tahun 2013 dan 2014 terdapat 2 terminal berjaya disiapkan. Pembinaan ini telah menelan belanja sebanyak USD 2.35 bilion. Perluasan terminal ini telah meningkatkan kapasiti pelabuhan sehingga 20 juta TEU.

Jebel Ali terletak 35 km dari barat daya Dubai di Teluk Parsi. Pelabuhan ini merupakan salah satu laluan sutera maritim yang menghubungkan Laut Merah, Terusan Suez, sehingga Laut Mediteranean. Jebel Ali dikategorikan sebagai pelabuhan terbesar di negara Timur Tengah. Menurut London Metal Exchange (LME) pelabuhan ini dianggap sebagai titik pertemuan penghantaran bagi empat logam bukan ferus seperti tembaga, plumbum, nikel dan zink.

pelabuhan mina jebel ali
Gambar: themaritimestandard.com

6. Pelabuhan Rotterdam, Belanda

Pelabuhan Rotterdam dianggap sebagai titik pertemuan perdagangan yang penting dan strategi di Eropah. Ia merupakan pelabuhan laut dalam terbesar di Rantau Eropah. Pelabuhan ini terpenting disebabkan kedudukan strategi yang berdekatan beberapa negara Eropah seperti Ruhr Jerman, Paris dan London. Ia didirikan di sebuah kawasan yang seluas lebih dari 100 kilometer persegi.

Pelabuhan ini juga berupaya menguruskan muatan kargo sehingga 469.4 juta tan. Dianggarkan purata setahun sebanyak 140,000 kapal yang melalui pelabuhan Rotterdam. Separuh daripada aktiviti perdagangan di pelabuhan ini meliputi sektor petrokimia dan minyak. Antara kemudahan yang disediakan adalah:

Apa yang menariknya, pelabuhan Rotterdam telah memegang rekod dan menguasai pentas dunia perdagangan sebagai pelabuhan terbesar di dunia selama 4 dekad dari 1962 dan 2004. Kini pelabuhan ini telah dibayangi oleh peningkatan era pelabuhan di rantau Asia seperti Singapura dan Shanghai. Namun, ia masih lagi mendahului senarai pelabuhan tersibuk di Eropah dan ke-11 di dunia.

pelabuhan rotterdam
Gambar: porttechnology.org

7. Malaysia

Malaysia dikelilingi dengan perairan Selat Melaka yang telah memberi kelebihan kepada laluan kapal perdagangan dari barat ke timur. Laluan strategik ini dan hubungan yang baik telah menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara pilihan untuk memasuki pasaran Asia Tenggara. Faktor inilah telah memberi peluang kepada Malaysia mengembangkan dan meningkatkan aktiviti perdagangan yang melibatkan eksport dan import.

Sepanjang dekad ini, Malaysia mengalami peningkatan yang memberangsangkan melibatkan trafik kemasukan kontena melalui pelabuhan. Tidak hairanlah, Malaysia muncul sebagai negara kelima sebagai pelabuhan utama dunia selepas China, Singapura, Korea Selatan dan Hong Kong. Pada tahun 2019, Malaysia berjaya mencatatkan keseluruhan sebanyak 26.2 juta TEU diseluruh pelabuhan.

Antara beberapa pelabuhan yang beroperasi di Malaysia adalah:

Kesannya, syarikat yang terlibat dalam aktiviti perdagangan di pelabuhan semakin mendapat permintaan. Misalnya, syarikat yang terlibat dalam industri pelabuhan adalah MMCCORP, WPRTS, BIPORT dan lain-lain. Sektor berkait dengan aktiviti pelabuhan dan perkapalan yang boleh diperhatikan:


< kembali ke laman blog utama