UMUM

26-NOV-2021

Saham Terkini Patuh Syariah Bagi November 2021


 


Setiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.

Untuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam sector list kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah dan tidak patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham-saham ini.

Senarai penuh saham yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-shariah

Senarai penuh saham yang baru dikeluarkan daripada senarai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-non-shariah

Rujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: https://www.sc.com.my/development/icm/shariah-compliant-securities/shariah-compliant-securities-screening-methodology

Garis panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak syariah: https://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah

IPO baru tersenarai patuh syariah

saham baru patuh syariah

Antara IPO yang baru disenaraikan sejak Mei 2021 adalah:

  1. Pekat Group Bhd
  2. Nestcon Bhd
  3. CTOS Digital Bhd
  4. Haily Group Bhd
  5. CEKD Bhd
  6. Ecomate Holdings Bhd

Nestcon dan Haily masing-masing berada dalam sektor pembinaan. Ia sebenarnya dah dikelaskan sebagai patuh syariah sebelum disenaraikan lagi. Ini termasuk CTOS yang terlibat dalam perniagaan pelaporan kredit, CEKD yang berada di dalam industri pembuatan die-cutting mould serta Ecomate iaitu sebuah syarikat pengeluaran dan pengedaran produk perabot sedia untuk dipasang.

Hanya satu sahaja saham yang tidak dinilai kepatuhan syariahnya sebelum disenaraikan tetapi kini secara rasminya dinilai sebagai patuh syariah, iaitu Pekat. Syarikat ini terlibat dalam sektor green technology dengan perekaan, pembekalan dan pemasangan solar photovoltaic (PV) serta loji kuasa (kemudahan solar PV).

IJM Plantations, Pensonic, NTPM, Tan Chong Motor kini patuh syariah

 

iSaham new shariah November 2021

Ada 33 keseluruhan syarikat dalam senarai saham patuh syariah yang baru. Antaranya juga ada disebutkan beberapa saham dalam pasaran LEAP. Selain itu, kita boleh lihat IJM Plantations telah memasuki senarai patuh syariah. Syarikat ini terlibat dalam penanaman dan perdagangan kelapa sawit terutamanya di Malaysia dan Indonesia.

NTPM terlibat dalam pembuatan dan perdagangan kertas dan produk penjagaan diri di dalam dan luar negara. Pensonic yang menumpukan kepada pembuatan, pemasangan dan pengedaran produk elektronik dan peralatan rumah elektrik juga kini dinilai patuh syariah. Tan Chong Motor yang terlibat dalam pemasangan, pengedaran dan penjualan kenderaan penumpang dan komersial turut dinilai sebagai patuh syariah.

HLT, Rubberex dan Key Asic memasuki senarai tak patuh syariah

 

new non shariah stock November 2021

Sejumlah 25 saham telah bertukar status dari syariah kepada tak patuh syariah. Antara highlight yang kami boleh tuliskan ialah HLT, Rubberex, Luster, Parlo, AppAsia dan Key Asic. Mungkin ada yang giat mendagangkan saham ini dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Kini anda tidak lagi boleh berbuat demikian. Sekiranya anda memegang saham ini, boleh ikut panduan kami untuk lupuskan saham yang bertukar status ini.


< kembali ke laman blog utama