
Pelaburan dalam saham bukan sekadar mencari kenaikan harga (capital gain), ramai pelabur juga mengejar pendapatan pasif melalui dividen. Dividen ialah agihan keuntungan syarikat kepada pemegang saham, biasanya dalam bentuk tunai. Tapi, tidak semua syarikat menawarkan dividen tinggi dan konsisten.
Jenis-jenis Dividen
Terdapat beberapa jenis dividen yang biasa ditawarkan oleh syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, antaranya:
- Dividen Tunai
- Dividen Interim
- Dividen Khas
- Dividend Reinvestment Plan (DRIP)
- Single Tier Dividend
Baca di sini untuk fahami setiap jenis dividen dengan lebih mendalam.
Kriteria Memilih Syarikat Dividen Tinggi
Sebelum senarai nama syarikat, penting untuk anda faham apa yang menjadikan sesebuah saham “dividen tinggi” dan aspek yang perlu diperiksa:
- Dividend Yield (Hasil Dividen): Nisbah dividen per saham dibahagi dengan harga saham.
- Payout Ratio: Peratusan keuntungan syarikat yang dibayar sebagai dividen; terlalu tinggi boleh memberi risiko kepada kesihatan kewangan syarikat.
- Aliran Tunai & Keuntungan Syarikat: Syarikat mesti ada aliran tunai yang kukuh agar boleh mengekalkan atau meningkatkan dividen.
- Prestasi Fundamental & Risiko Sektor: Saham dengan yield tinggi tetapi fundamental lemah boleh menjadi perangkap.
- Kestabilan & Konsistensi Dividen: Syarikat yang telah membayar secara konsisten lebih menarik untuk pelabur jangka panjang.
Senarai Syarikat dengan Dividen Tertinggi (Malaysia)
Berdasarkan data terkini, berikut beberapa syarikat yang dikenal pasti mempunyai hasil dividen yang menarik di Bursa Malaysia:
| No. | Nama Saham | Simbol | Dividend Yield (%) |
| 1 | Country View Bhd | CVIEW | 15.54% |
| 2 | MBM Resources Bhd | MBMR | 9.94% |
| 3 | P.A. Resources Bhd | PA | 9.38% |
| 4 | Homeritz Corporation Bhd | HOMERIZ | 8.04% |
| 5 | Kumpulan FIMA Bhd | KFIMA | 7.92% |
*Ini adalah data berdasarkan data “yield terkini” yang dilaporkan. Semak screener ini untuk mengetahui dividen yield tertinggi semasa: High Dividen Yield Screener
Bila Perlu Beli Untuk Dapatkan Dividen?
Untuk layak menerima dividen, pelabur perlu membeli saham sebelum tarikh “ex-dividend date.”
Contoh:
Jika ex-dividend date ialah 15 Ogos, pelabur mesti membeli saham sebelum tarikh itu (14 Ogos atau lebih awal). Jika beli pada atau selepas 15 Ogos, pelabur tidak akan layak terima dividen untuk pusingan tersebut.
Baca sini untuk fahami apa itu ex-date.
Lihat disini untuk mengetahui ex-date sesuatu saham: Upcoming Dividends Screener
Apa Pelabur Perlu Tahu Sebelum Melabur Untuk Dapatkan Dividen
- Jangan kejar yield semata-mata.
Dividen tinggi tidak semestinya baik, kadang-kadang syarikat beri dividen tinggi kerana harga saham jatuh teruk.
- Pastikan dividen konsisten.
Pilih syarikat yang mempunyai rekod pembayaran dividen stabil setiap tahun, bukan sekali-sekala.
- Periksa kadar payout ratio.
Ini menunjukkan berapa banyak keuntungan diagihkan sebagai dividen. Payout terlalu tinggi (>90%) boleh berisiko jika syarikat tiada simpanan untuk masa depan.
- Lihat aliran tunai syarikat.
Syarikat dengan “free cash flow” positif cenderung mampu terus membayar dividen walaupun dalam ekonomi tidak menentu.
- Ketahui tarikh penting.
- Announcement date – tarikh dividen diumumkan.
- Ex-dividend date – tarikh terakhir untuk layak.
- Entitlement date – tarikh syarikat semak senarai pemegang saham.
- Payment date – tarikh dividen dibayar.
Kesimpulan
Melabur untuk dividen sesuai bagi mereka yang mencari pendapatan pasif jangka panjang. Namun, pelabur perlu menilai kekuatan asas syarikat, kestabilan keuntungan, dan keupayaan menjana tunai sebelum membuat keputusan.
Jika anda ingin tahu saham mana paling konsisten membayar dividen setiap tahun, anda boleh semak terus melalui screener iSaham.