Pendaftaran Akaun CDS CGSI iTrade (iCash)



Terima kasih kerana berminat membuka akaun CDS CGSI bersama team iSaham .

Syarat untuk mendapatkan akses iSaham Pro secara percuma bagi CDS CGSI:
1. Pilih akaun jenis Islamic dan isikan Remisier Reference PR1M440.
2. Lakukan transaksi menggunakan akaun CDS CGSI sebanyak 1 kali dalam tempoh 30 hari.


Langkah 1 - Baca panduan pendaftaran CDS CGSI iTrade (iCash) terlebih dahulu. Sila masukkan nama penuh (seperti di dalam IC), emel & nombor telefon terkini anda di bawah dan klik butang "Hantar"

Anda perlu log masuk iSaham sebelum meneruskan proses pendaftaran CDS.
* Wajib diisi

Soalan Yang Kerap Ditanya (CGS International)


Soalan Yang Kerap Ditanya (iSaham)


Untuk membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia, kita perlu membuka akaun CDS di bawah broker berlesen di Malaysia. CDS atau nama panjangnya Central Depository System merupakan sebuah sistem di bawah Bursa Malaysia yang membolehkan saham dimiliki dan didagangkan.

Dengan memiliki akaun CDS, anda boleh membeli mana-mana saham berpotensi di Bursa Malaysia dan mendapat keuntungan daripada kenaikan harga saham dan hasil jualan saham.



Brokerage fee adalah sebanyak RM 8 (minima) atau 0.08% untuk setiap transaksi online, iaitu antara brokerage fee termurah. Anda boleh baca kupasan di blog kami di sini untuk mengetahui lebih lanjut kos-kos lain yang terlibat dalam jual beli saham.

Anda juga boleh gunakan kalkulator saham kami di sini untuk memudahkan pengiraan untung rugi bersih anda.



Visi kami di iSaham adalah untuk membantu pelabur-pelabur melabur dengan lebih baik. iSaham adalah syarikat yang membuat analisis data pada syarikat-syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia. Kami paparkan analisis saham dalam laman web kami untuk memudahkan pelabur membuat keputusan dalam masa yang cepat. Analisis yang kami sediakan bukan biasa-biasa sahaja. Maklumat IPO yang kami paparkan menerima sambutan yang sangat baik dari pengguna yang berkunjung ke laman web iSaham.

Sebagai perkhidmatan, kami menyediakan lebih daripada 150 screener percuma dan premium untuk menapis saham-saham mengikut strategi pelabur. Screener ini bercirikan pelbagai strategi seperti chart pattern, breakout, dividen, moving average, Bollinger Band dan sebagainya. Selain itu, kami juga menganjurkan kelas-kelas saham dan personal coaching pada harga yang tak masuk di akal jika dibandingkan dengan ilmu yang boleh dicedok.

Bagi yang membuka akaun CDS CGSI bersama team iSaham, anda boleh dapatkan akses kepada screener-screener premium secara percuma dengan minimum trade (jual atau beli) 1 kali setiap 1 bulan (kami hanya menerima akaun CDS islamic & cash upfront sahaja).



Daftar iTrade online trading account. Baca panduan di sini.



Akses percuma iSaham Pro hanya diberikan kepada yang membuka akaun CDS bersama remisier yang bekerjasama dengan iSaham sahaja. Anda boleh menghubungi iSaham Support bagi soalan lanjut.



Tidak kira anda buka akaun dengan dealer atau remisier, anda boleh membuat jual beli saham secara online tanpa memberitahu remisier anda.