Panduan bagi pendaftaran akaun iTrade


Sebaik sahaja anda berjaya mendaftar akaun CGS-CIMB iTrade secara atas talian (COB), anda akan menerima emel daripada CGS-CIMB untuk melengkapkan proses pembukaan akaun dagangan anda.

Untuk makluman, panduan ini adalah untuk anda yang tidak pernah mempunyai akaun CGS-CIMB iTrade sedia ada sebelum ini.


A. Sekiranya token anda masih sah (dalam tempoh 48 jam selepas emel dihantar)

  1. Buka emel bertajuk ‘Registration’
  2. Dalam emel ini, cara-cara pendaftaran diterangkan dan pautan pendaftaran disediakan. Klik pautan tersebut dan anda akan dibawa masuk ke laman web CGS-CIMB iTrade.

    sample_email

    Nota: Pastikan syarat keperluan minimum browser seperti di atas sebelum mengakses platform dagangan CGS-CIMB iTrade.

  3. Isi nombor kad pengenalan
  4. Isikan nombor kad pengenalan yang betul untuk tujuan pengesahan. Kemudian, tekan Next.

    enter_email

    Nota: Anda hanya akan dapat meneruskan ke halaman seterusnya setelah memasukkan nombor kad pengenalan yang sah dan melalui pautan yang diberikan dalam emel.

  5. Persetujuan
  6. Pada penyata ini, klik I Agree.

  7. Halaman maklumat pendaftaran
  8. Selepas itu, anda akan dapat melihat maklumat yang telah diisi dan tidak boleh diedit pada bahagian Personal Information. Maklumat ini diambil daripada borang pendaftaran yang diisi sebelum ini.

    Pada halaman ini, isikan maklumat pada bahagian Login Information untuk melengkapkan proses pendaftaran. Kemudian, tekan Submit.

    submit

  9. Pendaftaran lengkap
  10. Selepas menekan butang Submit, satu mesej (rujuk gambar di bawah) akan dipaparkan menandakan pendaftaran sudah berjaya.

    complete

  11. Menerima emel bertajuk Successful Registration
  12. Sebaik sahaja pendaftaran sudah selesai, anda akan menerima emel seperti di bawah.

    complete


B. Sekiranya token anda telah luput (selepas tempoh 48 jam selepas emel dihantar)

Panduan bagi bahagian ini adalah lebih kurang sama dengan panduan pada bahagian A.

Untuk Langkah 1 dan Langkah 2, anda boleh merujuk panduan Langkah 1 dan Langkah 2 pada bahagian A.

  1. Token telah luput
  2. Selepas klik butang Next, satu mesej akan dipaparkan dan menyatakan token anda telah luput. Klik butang Renew Token untuk meneruskan langkah seterusnya.

    step3B

  3. Isi maklumat pada laman sesawang
  4. Pada halaman ini, isikan maklumat yang diperlukan mengikut format yang disediakan. Kemudian, klik butang Next.

    step4B

  5. Pembaharuan token berjaya
  6. Mesej pembaharuan token akan dipaparkan seperti yang ditunjukkan di bawah.

    step5B

  7. Buka emel bertajuk “Request for Token Renewal”
  8. Kandungan emel yang diterima adalah lebih kurang sama dengan emel bertajuk “Registration” yang anda terima sebelum ini.

    Dalam emel ini, anda akan menerima pautan pendaftaran bertoken yang baharu dengan tempoh sah baru iaitu 48 jam.

  9. Rujuk Langkah 2 hingga Langkah 6 dalam Bahagian A
  10. Langkah seterusnya adalah anda hanya perlu merujuk Bahagian A dan melakukan langkah 2 sehingga langkah 6.

    Dalam emel ini, anda akan menerima pautan pendaftaran bertoken yang baharu dengan tempoh sah baru iaitu 48 jam.


C. Penghantaran Semula Emel

Sekiranya anda menerima pautan pendaftaran yang telah tamat tempoh atau tidak menerima emel pendaftaran CGS-CIMB iTrade, anda boleh pergi ke Halaman Log Masuk iTrade CGS-CIMB untuk melakukan penghantaran emel semula atau melalui khidmat pelanggan CGS-CIMB iTrade.

  1. Pergi ke halaman log masuk CGS-CIMB iTrade
  2. Klik pautan di sini untuk masuk ke halaman log masuk CGS-CIMB iTrade. Kemudian, klik “Click Here if you do not receive your iTrade Registration Email (For Client Online Onboarding Client)”.

    resend1

  3. Masukkan emel
  4. Masukkan emel yang didaftarkan sebelum ini untuk pendaftaran akaun pada halaman berikut (rujuk gambar di bawah) dan klik butang Next.

    enter_email

  5. Paparan mesej
  6. Anda akan menerima paparan mesej mengikut 3 jenis scenario yang mungkin anda hadapi selepas anda menekan butang Next.

    Scenario 1: Sekiranya anda merupakan pelanggan sah yang menerima emel secara blast daripada CGS-CIMB iTrade, mesej seperti di bawah akan dipaparkan.

    scenarioA

    Scenario 2: Sekiranya anda tidak termasuk dalam senarai penerima emel secara blast disebabkan beberapa syarat tidak dipenuhi, mesej seperti di bawah akan dipaparkan.

    scenarioB

    Dalam scenario ini, anda perlu melakukan pendaftaran akaun CGS-CIMB iTrade melalui pautan aplikasi dalam laman web CGS-CIMB iTrade di sini.

    Scenario 3: Sekiranya anda mempunyai akaun CGS-CIMB iTrade yang aktif (mempunyai Login ID), mesej seperti di bawah akan dipaparkan.

    scenarioC


D. Pendaftaran Secara Manual

Sekiranya anda menerima emel secara blast daripada CGS-CIMB iTrade, anda tidak boleh meneruskan proses pendaftaran akaun dagangan melalui web CGS-CIMB iTrade.

Mesej ralat berikut (rujuk gambar di bawah) akan diterima sekiranya anda mencuba untuk mendaftar melalui web.

error

Sekiranya anda tidak menerima emel pendaftaran akaun daripada CGS-CIMB iTrade anda boleh rujuk kepada post ini Link


E. Pengaktifan Akaun iTrade

Sila emel kepada customerservice.my@cgs-cimb.com untuk link up account iTrade dan mengaktifkan CDS account anda.


Boleh ikut contoh template emel seperti di bawah:


To: customerservice.my@cgs-cimb.com


Subject : iTrade account activation and link-up

Name: xxxxxx

NRIC:

iTrade Login ID: xxxx

Trading Account No: OL12345



Selepas selesai, anda akan terima emel seperti di bawah, menandakan anda sudah boleh mula berjual beli saham mengunakan platform iTrade CGS-CIMB.


email confirmation