UMUM

26-NOV-2020

Saham Terkini Patuh Syariah Nov 2020


 


New Shariah Nov 2020
New Shariah Nov 2020 Table

Setiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.

Untuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam sector list kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham-saham ini.

Senarai penuh saham yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-shariah

Senarai penuh saham yang baru dikeluarkan daripada senarai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-non-shariah

Rujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: https://www.sc.com.my/development/islamic-capital-market/list-of-shariah-compliant-securities-by-scs-shariah-advisory-council

Garis panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak syariah: https://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah


SOLUTN, IFCAMSC, LSTEEL, CCB dan MPAY dah patuh syariah


New Shariah Solution Engineering

Antara saham yang telah bertukar status kepada syariah ialah SOLUTN, IFCAMSC, LSTEEL, CCB dan MPAY. SOLUTN, melalui anak syarikat Solution Biologics Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama dengan CanSino Biologistics Inc daripada China untuk mengedar vaksin koronavirus (Covid-19). Syarikat IFCAMSC pula pernah digelar "stock of the year" apabila membuat pecutan 2000% dalam masa 1 tahun daripada petengahan 2014 sehingga pertengahan 2015.

New Shariah IFCAMSC

LSTEEL merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan, perdagangan dan penjualan besi di Bursa Malaysia. Saham ni mempunyai skor yang agak baik jika dibandingkan dengan rakan-rakan besi yang lain. Saham CCB pula merupakan pengedar kereta jenama Mercedes Benz, di mana dengan membeli saham ini, bila masuk show house Mercedes, kita boleh rasa semua kereta di situ milik kita. Satu lagi saham yang boleh dikaji ialah MPAY, saham penny stock berharga kurang 20 sen yang terlibat dalam sektor payment terminal, sektor yang menjadi perhatian ramai atas faktor pertumbuhan masa depan.

New Shariah CCB Mercedes Benz
New Shariah MPAY

Jom melabur syariah


Selamat melabur dalam saham patuh syariah. Seperti tagline Bursa Malaysia-i, "Live responsibly, invest responsibly, invest shariah" - hidup bertanggungjawab, melabur secara bertanggungjawab, dan melabur dalam syariah.


< kembali ke laman blog utama