UMUM

28-MAY-2020

Saham Terkini Patuh Syariah Mei 2020


 


New Shariah Mei 2020

Setiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.

Untuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam sector list kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham-saham ini.

Senarai penuh saham yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-shariah

Senarai penuh saham yang baru dikeluarkan daripada senarai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-non-shariah

Rujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: https://www.sc.com.my/development/islamic-capital-market/list-of-shariah-compliant-securities-by-scs-shariah-advisory-council

Garis panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak syariah: https://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah


Saham BJFOOD dah patuh syariah, boleh la merasa jadi owner Starbucks kat Malaysia


New Shariah May 2020

Selama ni bila nak lepas, pergi Starbucks, tak dapat nak jadi owner Starbucks. Sekarang ni, dah boleh sebab BJFOOD dah patuh syariah. Bisnes retail memang mencabar, lagi-lagi dengan musim Covid-19 ni, kurang orang lepak dan berbisnes di Starbucks, tapi sekarang dah boleh monitor rapat-rapat apa pelan dan perancangan mereka untuk terus menjadi kedai kopi terkemuka di dunia. Selain Starbucks Malaysia, BJFOOD juga memiliki restoran jenama Kenny Rogers di Malaysia.

New Shariah May 2020

Jom melabur syariah


Selamat melabur dalam saham patuh syariah. Seperti tagline Bursa Malaysia-i, "Live responsibly, invest responsibly, invest shariah" - hidup bertanggungjawab, melabur secara bertanggungjawab, dan melabur dalam syariah.


< kembali ke laman blog utama