UMUM

10-AUG-2020

Pindaan Sementara Mekanisma Pasaran dalam Ketidaktentuan Ekonomi


FN    


Kebelakangan ini, pasaran saham memang sangat meriah. Beberapa saham juga turut mengalami limit up secara serentak dalam hari yang sama, dan meneruskan pergerakan untuk limit up pada hari kedua. Hakikatnya, keadaan pasaran global menjadi lebih volatile akibat dari Covid-19, kelemahan ekonomi berterusan dan ketegangan geopolitik.

bursa bull and bear

Situasi ini membawa Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk meminda peraturan dagangan di pasaran saham Bursa supaya harga saham lebih terkawal. Pindaan ini memperkenalkan ketetapan untuk limit up/down dan circuit breaker yang baru.

Pindaan baru Limit Down

Dalam peraturan Bursa, Limit Up dan Limit Down diklasifikasikan di bawah Static Limit yang mengambil kira harga tutup hari sebelumnya sebagai harga rujukan. Daripada harga tutup ini, sebuah julat harga ditetapkan sebagai had harga tertinggi dan terendah hari tersebut. Kemaskini terbaru dari Bursa untuk had ini adalah seperti di bawah:

Harga Saham Had Atas Had Bawah
≥ RM 1 +30% -15%
< RM 1 +30 sen -15 sen

Seperti yang kita boleh lihat di atas, Bursa dan SC menetapkan untuk meminda had bawah sesebuah saham ke julat yang lebih kecil.

Had harga asal boleh dilihat pada post ini, dan anda boleh gunakan screener baru iSaham ini untuk melihat saham apa yang menghampiri atau telah pun mencapai harga limit up.

Pergerakan harga saham dalam satu masa pula ditetapkan dengan Dynamic Limit atau Had Dinamik. Dynamic Limit ini berbeza daripada Static Limit dan akan dikemaskini untuk setiap perubahan harga. Untuk setiap harga, pergerakan saham akan dihadkan oleh had dinamik atas dan bawah yang menentukan harga terbesar yang boleh berlaku dalam satu masa. Pindaan baru untuk Dynamic Limit ini pula adalah seperti di bawah:

Harga Saham Had Dinamik Atas Had Dinamik Bawah
≥ RM 1 +8% -5%
< RM 1 +8 sen -5 sen 

Had harga dinamik ini tak begitu penting bagi pelabur. Ia berubah-ubah untuk setiap harga saham, dan tidak akan melangkaui had statik (Static Limit) iaitu harga limit up dan limit down dalam sessuatu hari dagangan.

Pindaan baru Circuit Breaker

Sebelum ini, kita ada 3 tahap cetusan untuk circuit breaker. Tahap ini akan tercetus sekiranya indeks FBMKLCI turun sehingga 10%, 15% dan 20%. Dalam pindaan baru, circuit breaker hanya mempunyai dua tahap sahaja iaitu 10% dan 15%.

Cetusan Circuit Breaker Waktu dan tempoh rehat dagangan saham
Tahap cetusan Penurunan KLCI 9.00 - 11.15 pagi 11.15 - 12.30 tghari 2.30 - 3.30 petang 3.30 - 5.00 petang
1 10%-15%  1 jam Sehingga habis sesi 1 jam Sehingga habis sesi
2 >15% Sehingga habis hari dagangan

Tempoh masa peraturan pindaan berkuat kuasa

Ketetapan baharu ini akan berkuat kuasa selama 6 bulan iaitu dari 20 Julai 2020 sehingga 18 Januari 2021. Adakah kita boleh anggarkan pasaran saham akan menjadi sangat aktif dalam waktu ini? Ya, kemungkinan ini agak tinggi kerana telah banyak akaun baru yang dibuka sejak PKP tempoh hari. Kita sedang melihat kenaikan angka pelabur runcit yang tak pernah dilihat sebelum ini.

Kenaikan harga limit up dua hari berturut-turut

Ini bukanlah peraturan yang dipinda, tapi kita mula dapat lihat kekerapan situasi ini berlaku dalam pasaran Bursa Malaysia di mana harga sebuah saham meningkat ke had atas untuk dua hari berturut-turut. Bursa Malaysia mempunyai sebuah peraturan yang spesifik kepada pergerakan saham seperti ini seperti yang telah tetapkan dalam Rules of Bursa Malaysia Securities, Chapter 8, perenggan 8.13(5).

Dalam pernyataan perenggan ini, saham yang naik dua hari secara berturutan akan diteruskan pada hari seterusnya dengan had harga terakhir. Had harga ini hanya akan digerakkan semula selepas sehari had harga dibekukan. Dalam hari seterusnya, barulah saham akan didagangkan seperti biasa dengan had harga limit up dan limit down yang baru.

Kita boleh lihat contoh pada kaunter HLT dan NOTION yang limit up untuk 2 hari baru-baru ini.

notion hlt limit up 2 days consecutively in a row

< kembali ke laman blog utama