UMUM

20-MAY-2021

Pengenalan dan Cara Menyertai AGM


 


Saham merupakan satu struktur di mana syarikat boleh mendapatkan dana dari masyarakat awam untuk perniagaan. Dalam masa yang sama, masyarakat awam juga boleh memilih syarikat mana yang dipercayai boleh membuat keuntungan di masa akan datang untuk dilaburkan.

Maka, syarikat-syarikat tersenarai perlulah mengeluarkan sebahagian maklumat penting yang boleh diakses oleh orang awam untuk memberitahu pelabur apa yang syarikat mampu hasilkan. Satu saluran yang paling terus atau direct untuk mendapatkan maklumat ini adalah melalui Mesuarat Agung Tahunan syarikat.

timecom agm board of directors

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan ataupun AGM, pelabur berpeluang untuk berjumpa dengan pihak pengurusan syarikat sendiri. Ketika mesyuarat, pelabur boleh dengar apa-apa perbincangan, berita dan perkembangan terbaru mengenai syarikat. Pelabur juga boleh berbincang dengan pihak pengurusan berkaitan dengan pelbagai isu dan pertanyaan tentang syarikat.

Menyertai AGM

Untuk menyertai AGM, ada beberapa perkara yang anda perlu ada.

  1. Pegangan saham
    • Anda perlu memegang sekurang-kurangnya 1 unit saham untuk turut serta dalam AGM. Dari pengumuman AGM, syarikat akan tetapkan satu tarikh catatan untuk merekod pemegang saham yang layak hadir ke AGM. Anda perlu memegang saham ketika tarikh catatan untuk layak hadir.
  2. Kad Pengenalan (IC)
    • Bagi pihak syarikat, mereka menggunakan maklumat IC sebagai senarai semak individu yang layak menyertai AGM syarikat. Anda perlu tunjukkan IC ketika hadir ke AGM nanti.

“Musim” mesyuarat

Tak semua syarikat mengadakan mesyuarat ini pada waktu yang sama. Namun secara umumnya, kita boleh lihat lebih banyak mesyuarat diadakan pada pertengahan tahun dan penghujung tahun. Sesebuah syarikat pula kebiasaannya memilih waktu yang hampir sama setiap tahun untuk mengadakan mesyuarat ini.

Butiran mesyuarat

Sumber utama yang anda boleh rujuk untuk lihat bila AGM akan diadakan adalah pada laman saham di laman web Bursa Malaysia di bawah kategori General Meetings, dengan sub-kategori Notice of Meetings untuk pengumuman butiran AGM sahaja. Dari sini, tapis pula syarikat apa yang anda ingin hadiri, atau biarkan kosong untuk lihat senarai syarikat yang akan adakan mesyuarat. Selain itu, boleh juga lihat pada screener iSaham untuk AGM yang akan datang.

bursa company announcement

Dalam pengumuman notice of meetings ni, anda akan lihat beberapa butiran. Pertamanya, anda boleh lihat jenis mesyuarat sama ada General untuk AGM atau Extraordinary untuk EGM. EGM kebiasaannya adalah untuk urusan di luar rutin tahunan seperti corporate exercise, perubahan struktur syarikat dan sebagainya. Perbincangan syarikat yang lebih umum seperti laporan tahunan, projek baru dan sebagainya akan dibincangkan dalam AGM atau Annual General Meeting.

bursa malaysia notice of meeting announcement

Butiran mesyuarat akan diberitahu dengan tarikh, waktu dan tempat diadakan. Sejak Covid-19, kebanyakan syarikat mula membawa mesyuarat secara atas talian, dan butiran ini juga akan diberitahu di sini sama ada dibuat secara fizikal atau broadcast. Satu lagi butiran yang penting ialah Date of General Meeting Record.

Tarikh catatan kelayakan

Date of General Meeting Record adalah tarikh di mana syarikat akan tentukan siapa yang layak hadir ke AGM. Penentuan ini dibuat berdasarkan siapa yang memegang saham syarikat dan ada dalam penyata CDS pada tarikh tersebut. Untuk memastikan tiada masalah dalam catatan kelayakan, beli saham syarikat 2 hari sebelum Date of Record.

Senarai AGM

Sekiranya anda nak sertai mana-mana AGM yang bakal diadakan, kami juga ada senarai AGM yang telah diumumkan. Anda cuma perlu cari saham apa yang diminati untuk disertai dan beli selewat-lewatnya dua hari sebelum Date of Record iaitu pada column Last Day to Buy.

iSaham screener upcoming agm

Menyertai AGM

Apabila anda ikut panduan di atas tadi, anda kini boleh sertai AGM yang akan diadakan. Sebagai menghargai kedatangan pemegang saham, ada syarikat yang menawarkan Door Gift dengan kehadiran dalam AGM. Namun apabila Covid-19, door gift ini semakin kurang diberikan. Pun begitu, ada juga syarikat yang menawarkan pemberian e-voucher dan sebagainya.

Kehadiran AGM kini boleh dibuat sama ada secara fizikal atau atas talian, tertakluk kepada ketetapan syarikat. Sekiranya fizikal, anda perlulah hadir AGM ini pada masa dan waktu yang ditetapkan. Untuk atas talian pula, boleh lihat pada butiran Venue sekiranya dibuat secara fizikal atau disebut dengan kata kunci "Broadcast". Kebiasaannya, anda perlu daftar dalam platform yang ditetapkan untuk menghadiri AGM ini.

bursa malaysia admin notes uem edgenta

Untuk butiran lebih lanjut, skrol ke bawah dari butiran mesyuarat tadi untuk temukan sebuah lampiran pengumuman AGM seperti di atas. Dalam pengumuman atau admin notes ini akan disebut dengan lebih terperinci panduan penyertaan mesyuarat, contohnya platform mana yang perlu didaftar untuk turut serta. Antara platform yang syarikat akan gunakan untuk perkhidmatan siaran AGM ini ialah:


< kembali ke laman blog utama