FUNDAMENTAL

19-JUN-2018

Mencari Saham yang Stabil


 


Kestabilan syarikat merupakan satu perkara yang penting untuk kebanyakan pelabur. Mengapa? Sebab kebanyakan pelabur jangka masa panjang tidak mahu mengambil risiko yang tinggi untuk syarikat yang belum pasti boleh berkembang pada masa akan datang. Ada beberapa cara yang biasa digunakan untuk memilih syarikat yang stabil:

1. Syarikat-syarikat yang terbesar di bursa malaysia.

Dengan memilih syarikat-syarikat terbesar seperti Petronas Chemicals Group Berhad (PCHEM), Nestle (M) Berhad (NESTLE), dan Sime Darby Plantation Berhad (SIMEPLT), anda akan lebih tenang sebab syarikat-syarikat ini merupakan gergasi-gergasi yang established dan mempunyai kelebihan dari segi branding, aset, monopoli, dan pengalaman. Kebanyakan saham dalam kategori ini lebih kearah dividend-based, di mana mereka lebih fokus kearah memberi dividen daripada menjadi syarikat high-growth.

2. Syarikat yang memberi dividend secara konsisten & berkembang dalam keadaan baik

Seperti no. 1, banyak juga syarikat dalam kategori sederhana yang memberikan dividen secara konsisten dan dalam masa sama berkembang dengan baik. Apabila sesuatu syarikat memberikan dividen, syarikat tersebut akan menggunakan sebahagian daripada duit mereka untuk diberikan kepada pelabur, bermakna kalau syarikat terus berkembang dengan baik syarikat akan terus dapat memberikan pulangan kepada pelabur. Pulangan tersebut boleh meningkat mengikut perkembangan syarikat. Salah satu screener yang sesuai digunakan ialah Dividend Growth Model.

3. Syarikat dalam industri yang stabil atau recession proof (kalis kemelesatan ekonomi)

Kebanyakan syarikat mempunyai industry cycle masing-masing dan bila-bila masa boleh naik dan turun berdasarkan keaaan semasa seperti harga minyak dunia, harga komoditi, kadar tukaran matawang, polisi kerajaan dan polisi negara asing. Ada yang disangka terus naik, tiba-tiba jatuh tersungkur. Ada yang disangka jatuh sebentar, tetapi jatuh yang agak lama dan tak naik-naik dah. Akan tetapi, ada sesetengah industri yang stabil seperti Real Estate Investment Trust (REITs) (stabil disebabkan bisnes hanya kutip sewa setiap bulan) dan sektor Makanan/Minuman (stabil disebabkan tak kira apa berlaku, kita makan & minum tiap-tiap hari).

4. Syarikat yang melaporkan rekod keuntungan yang meningkat secara konsisten

Kebanyakan pelabur didedahkan dengan no 1-3 tetapi walapun syarikat-syarikat diatas stabil, tetapi kebanyakannya memberikan pulangan yang tidak terlalu tinggi (low risk, medium reward). Kaedah keempat ini bukan sahaja mencari syarikat yang stabil, tetapi syarikat yang high growth. Apabila sesuatu syarikat dapat berkembang dengan kuat, sudah tentu pengurus syarikat tersebut sedang dalam mood aggresif dan tidak akan membiarkan perkembangan syarikat berhenti atau bergerak kearah lawan. Syarikat seperti ini yang kita nak cari dan melabur. Dalam iSaham, anda boleh cari syarikat yang mempunyai Fundamental Consistency (FCON) yang tinggi, yang terbaik ialah atas 0.60.

Nak tambah power lagi? Cari juga saham yang mempunyai kestabilan dari segi kenaikan harga saham (menggunakan formula sharpe ratio yang biasa digunakan oleh pengurus dana besar), dan dengan gabungan ini kita dapat saham yang mempunyai Long Term Stability yang tinggi. Boleh rujuk screener Long Term Stability (LTS) ini untuk hasilnya.


< kembali ke laman blog utama