UMUM

25-JUL-2022

Memahami Polisi Dividen Syarikat


 


Dividen ialah pembahagian keuntungan syarikat kepada pemegang sahamnya. Apabila syarikat memperoleh keuntungan, mereka mampu membayar sebahagian daripada keuntungan sebagai dividen kepada pemegang saham. Dividen ini adalah salah satu cara syarikat menghargai pemegang saham yang melabur ke dalam syarikat mereka.

Pembayaran dividen bergantung kepada keuntungan syarikat dan dividend policy yang ditetapkan. Dalam post kali ini, kita akan mendalami beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang dividend policy.

Polisi dividen

Apa itu dividend policy?

Dividend policy boleh ditakrifkan sebagai garis panduan pengagihan dividen yang disediakan oleh lembaga pengarah atau board of director syarikat itu sendiri.

Apabila syarikat membuat keuntungan, mereka perlu membuat keputusan tentang apa yang boleh dilakukan dengan keuntungan tersebut. Lembaga pengarah syarikat boleh tentukan sama ada ingin mengekalkan keuntungan dalam syarikat (retained earnings), atau mengagihkan wang kepada pemegang saham dalam bentuk dividen.

Jenis dividend policy

Para pengarah perlu mengambil kira banyak faktor semasa membuat keputusan ini, seperti prospek pertumbuhan syarikat dan projek masa depan. Terdapat pelbagai polisi dividen, seperti:

1. Regular dividend policy

Di dasar dividen tetap atau regular dividend policy ini, syarikat membayar dividen kepada pemegang sahamnya setiap tahun.

Jika syarikat ini membuat keuntungan luar biasa atau sangat tinggi, lebihan keuntungan tidak akan diagihkan kepada pemegang saham tetapi dikekalkan oleh syarikat sebagai retained earnings. Sekiranya syarikat mengalami kerugian, pemegang saham masih akan dibayar dividen di bawah polisi tersebut.

2. Stable dividend policy

Dalam polisi ini, syarikat memutuskan jumlah dividen tetap untuk para pemegang saham, yang dibayar secara berkala. Tiada perubahan dalam dividen yang dibenarkan walaupun syarikat mengalami kerugian atau menjana keuntungan yang tinggi.

3. Irregular dividend policy

Di bawah dasar dividen yang tidak teratur atau irregular dividend policy, syarikat mungkin membayar atau mungkin tidak membayar dividen kepada para pemegang sahamnya. Ia bergantung kepada lembaga pengarah syarikat untuk tentukan apa yang akan dilakukan dengan keuntungan tersebut.

Jika syarikat membuat keuntungan yang tidak normal atau sangat tinggi, mereka boleh mengagihkan dividen atau tidak membayar sebarang dividen langsung. Boleh jadi mereka membuat keputusan untuk menyimpan keuntungan tersebut bagi tujuan pengembangan perniagaan dan projek masa depan syarikat.

4. No dividend policy

Di bawah dasar ini, syarikat tidak mengagihkan dividen kepada pemegang saham. Ini kerana sebarang keuntungan yang diperolehi oleh syarikat akan dikekalkan dan dilaburkan semula ke dalam perniagaan mereka untuk pertumbuhan masa hadapan.

Semak dividen syarikat

Dividen boleh diberikan secara sekali setahun atau berkala mengikut separa tahunan atau suku tahunan. Pengagihan dividen ini bergantung kepada keputusan dari board of directors syarikat.

Anda boleh gunakan screener Upcoming Dividends Screener untuk dapatkan senarai saham yang akan memberikan dividen dalam masa terdekat. Dari sini juga boleh lihat jenis dividen yang diberikan serta tarikh-tarikh penting bagi penerimaan dividen tersebut.

Screener upcoming dividend
Upcoming Dividends Screener

Jika kurang familiar dengan istilah seperti Final dividend, Interim dividend dan sebagainya, anda boleh baca post ini untuk memahami lebih lanjut tentang istilah tersebut.

Rumusan

Dividen dan dasar dividen syarikat adalah faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh pelabur semasa ingin membuat keputusan pelaburan sesebuah saham. Selain capital gain atau keuntungan daripada jual beli saham, dividen dapat membantu pelabur memperoleh pulangan yang tinggi daripada pelaburan mereka, dan dasar pembayaran dividen syarikat mencerminkan prestasi kewangannya.


< kembali ke laman blog utama