UMUM

18-JUN-2019

Maklumat yang Anda Boleh Dapat dari AGM Gas Malaysia 2019


 


Baru-baru ini kami ada menyertai AGM untuk Gas Malaysia Berhad (GASMSIA) yang diadakan di Hotel Istana, KL. Ada beberapa perkara yang kami rasa berguna untuk dikongsi terutamanya kalau anda berminat nak tahu dan beli saham GASMSIA ni.

GASMSIA

Gas Malaysia ialah pengedar gas asli dan LNG yang membeli gas dari Petronas dan menjualnya kepada pelanggan dari sektor industri, komersial dan perumahan di Semenanjung Malaysia. Pengedaran gas ini dilakukan dengan menggunakan laluan paip (pipeline) gas ke fasiliti pengguna. Gas asli ini digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik atau tenaga haba. Dikatakan 99% daripada revenue mereka datangnya dari sektor industri sahaja. Mereka juga menganggarkan memiliki bahagian pasaran (market share) dalam sektor tenaga untuk jualan gas sebanyak 25%.

Laporan Tahunan 2018

GASMSIA report

Laporan untuk tahun berakhir 31 Disember 2018 menunjukkan revenue, keuntungan dan jumlah aset semakin meningkat dari tahun sebelum ini.

Pengenalan TPA

Buat masa ini, GASMSIA merupakan satu-satunya pemain pasaran dalam bisnes pengedaran gas. Namun, kerajaan mempunyai rancangan untuk meliberalkan dan menggalakkan persaingan dalam pasaran ini dengan memperkenalkan sistem Akses Pihak Ketiga (Third Party Access, TPA). Dengan TPA ini, syarikat boleh mendapatkan akses untuk menggunakan aset laluan paip dan fasiliti yang tersedia untuk mengedar gas.

GASMSIA pula boleh mendapat manfaat dari TPA ini sekiranya ada syarikat yang ingin menggunakan laluan paip yang dibina oleh mereka. GASMSIA boleh mengenakan kadar seperti tol bagi setiap unit isipadu gas yang diedarkan.

Laluan Paip gas asli

Buat masa ini, GASMSIA mempunyai laluan paip sepanjang lebih 2300 km. Mereka mempunyai perancangan untuk menambah 500km lagi dalam masa 3 tahun dengan menelan belanja lebih 20% dari capex tahunan.

GASMSIA report

Perancangan masa depan

Gas Malaysia dengan kerjasama Tokyo Gas Co. Ltd mempunyai perancangan untuk mengembangkan bisnes ke negara Asia Tenggara. Tokyo Gas Co. Ltd adalah anak syarikat Tokyo Gas-Mitsui & Co Holdings Sdn Bhd yang mempunyai pegangan saham dalam GASMSIA sebanyak 18.5 peratus. Mereka juga terlibat dalam perjanjian kerjasama (Collaboration Agreement) dengan GASMSIA sebagai pembekal kepakaran dan latihan.

Doorgift

Doorgift adalah berbentuk baucar KFC bernilai RM 40; sedapnya hingga menjilat jari.


< kembali ke laman blog utama