UMUM

05-MAR-2021

Ladang Solar Terbesar di Dunia


 


Perkembangan tenaga suria semakin mendapat permintaan di setiap negara. Sumber tenaga ini mudah didapati, berterusan tanpa mencemarkan alam sekitar. Tenaga suria bukan sahaja berguna kepada tumbuh-tumbuhan melalui proses fotosintesis, malah berguna untuk menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga suria diperolehi melalui sinaran matahari yang mengandungi cahaya dan haba untuk kegunaan kehidupan di Bumi. Dalam post kali ni, kita dapat melihat ladang solar terbesar di dunia dalam beberapa buah negara.

Bhadla Solar Park, India - 2,245 MW

Bhadla Solar Park telah memegang rekod sebagai ladang solar terbesar di dunia dan menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 2,245 MW. Ia dihasilkan dengan keluasan 5,700 hektar (14,000 ekar) disebuah kawasan bernama Phalodi Tehsil, Rajasthan, India.

Negara India juga mempunyai beberapa ladang solar terbesar seperti:

Gambar: nsenergybusiness.com

Tengger Desert Solar Park, China - 1,547 MW

Tengger Desert Solar Park terletak di sebuah kawasan bernama Zhongwei, Ningxia di negara China. Kawasan ini dikenali sebagai 'Great Wall of Solar' kerana solar panel dipasang seluas 1,200 km di Gurun Tengger sepanjang 36,700 km meliputi 3.2% kawasan gurun. Kos pembinaan menelan belanja sebanyak AS$2.2 bilion.

Tenaga solar ini mampu menghasilkan 1,547 MW yang diuruskan oleh China National Grid dan Zhongwei Power Supply Company. Pembinaan ini dimulakan pada tahun 2012 dan loji janakuasa mula beroperasi pada tahun 2017. Tenaga solar ini berupaya membekalkan tenaga elektrik sekitar 600,000 rumah.

Negara China juga mempunyai beberapa ladang solar terbesar seperti:

Sweihan, UAE - 1,177 MW

Projek kuasa Sweihan merupakan projek tenaga bebas (IPP) photovoltaic solar (PV) di Abu Dhabi, UAE. Pembinaan loji solar PV bermula sekitar Mei 2017 dan mula beroperasi pada April 2019. Kos pembinaan ini menelan belanja sebanyak AS$870 juta. Loji ini dapat menghasilkan tenaga elektrik yang mencukupi untuk memenuhi keperluan sekitar 195,000 rumah. Penghasilan solar ini mampu mengurangkan tujuh juta tan pelepasan karbon setahun.

Pembinaan solar ini seluas 780 hektar terletak di bahagian timur Abu Dhabi dan 120 km dari bandar Abu Dhabi. Tenaga suria ini dihasilkan melalui modul PV monokristalin dengan kecekapan tinggi yang dibekalkan syarikat JinkoSolar. Modul dipasang pada struktur tetap menggunakan reka bentuk susun atur model inventif.

Gambar : power-technology.com

Enel Villanueva PV Plant, Mexico - 828 MW

Loji PV Villanueva mula beroperasi dan menghasilkan tenaga suria pada bulan Mac 2018. Ladang ini berupaya menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 828 MW serta menggunakan 2.5 juta panel solar. Ia terletak disebuah kawasan Viesca, Bagian Coahuila berkeluasan 2,400 hektar dan berupaya membekalkan tenaga kepada 1.3 juta rumah. Loji dapat mengurangkan 783,683 tan karbon dioksida memasuki atmosfera.

Projek ini sekaligus mencapai sasaran 50% elektrik dari sumber tenaga bersih menjelang tahun 2050 oleh negara Mexico. Kos ini mencecah sekitar AS$650 juta. Apa yang menariknya, loji Villanueva merupakan ladang solar terbesar di benua Amerika.

Gambar: nesenergybusiness.com

Ouarzazate Solar Power Station, Morocco - 580 MW

Ladang solar ini juga dikenali sebagai Noor Complex Solar Power yang dimiliki oleh Agensi Tenaga Suria Maghribi. Kawasan ini berkeluasan 6,178 ekar dan menghasilkan 580 MW. Lokasinya terletak di padang pasir Maghribi dan berhampiran dengan bandar Ouarzazate. Pembinaan menelan belanja sebanyak AS$9 bilion dan mula beroperasi pada tahun 2016.

Apa yang menariknya, tenaga solar ini menggunakan teknologi garam cair yang dipanaskan bertujuan untuk menyimpan tenaga suria. Kesannya, ia dapat menghasilkan elektrik pada waktu malam. Penggunaan 2 juta cermin membolehkan kilang ini menghasilkan tenaga sebanyak 6% sebagai bekalan elektrik negara. Fasa pertama loji ni telah berjaya mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 280,000 tan bersamaan 1% pelepasan CO2 di Maghribi.

Gambar: engineerlive.com

Malaysia

Cuaca panas di Malaysia telah memberi peluang teknologi tenaga suria berkembang dengan pesat. Faktor inilah menyebabkan beberapa ladang solar dibina beberapa buah negeri. Negeri Johor juga berhasrat membina ladang solar. Pelaksanaan projek ini akan menjadikan Taman Solar Sultan Ibrahim di Pengerang sebagai ladang solar terbesar di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara. Kos pembinaannya dijangka bernilai RM1.4 bilion dan berkapasiti 450 MW.

Beberapa ladang solar beroperasi di Malaysia seperti:

Kesedaran semakin tinggi terhadap kelestarian alam mendorong Malaysia untuk mewujudkan garis panduan mengurangkan karbon dioksida dan meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Kesannya syarikat yang terlibat dalam industri tenaga suria semakin mendapat permintaan. Antara syarikat yang terlibat sebagai kontraktor dan pembinaan janakuasa solar adalah Samaiden, Cypark, Solarvest dan lain-lain. Sektor berkait dengan tenaga hijau yang boleh diperhatikan juga adalah:


< kembali ke laman blog utama