ASAS

28-JAN-2022

Kenali Floating Stocks dan Kepentingannya


 


Apabila syarikat mengeluarkan saham, kebiasaannya saham tersebut akan dibahagikan terlebih dahulu. Syarikat akan menentukan saham mana yang akan dihadkan dan yang dibenarkan untuk didagangkan dalam pasaran terbuka.

Floating stocks

Untuk artikel kali ini, kami akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang floating stocks, iaitu saham yang dimiliki syarikat untuk didagangkan dalam pasaran terbuka.

Maksud floating stocks

Floating stocks atau saham terapung merupakan saham yang boleh didagangkan dalam pasaran secara terbuka. Floating stocks diperolehi dari jumlah outstanding shares tolak closely-held stocks (saham yang dipegang rapat) dan restricted stocks (saham terhad). Secara dasarnya, pengiraannya adalah seperti berikut:

Outstanding shares - (closely-held stocks + restricted stocks)
= Floating stocks

Outstanding shares atau saham tertunggak adalah jumlah bilangan saham yang diterbitkan dan dipegang secara aktif oleh kesemua pemegang saham, iaitu termasuk orang dalaman syarikat serta pelabur-pelabur luar. Kebiasaannya, outstanding shares juga dikenali sebagai jumlah saham.

Closely-held stocks adalah saham yang dipegang oleh orang dalaman, pemegang saham utama dan pekerja syarikat. Manakala restricted stocks pula ialah saham dalaman yang tidak boleh didagangkan kerana terdapat halangan-halangan sementara seperti selepas penyenaraian tawaran awam awal (IPO).

Jumlah floating stocks boleh bertambah dan berkurang dengan aktiviti seperti bonus issues dan share consolidation.

Kepentingan floating stocks

Floating stocks adalah penting untuk diketahui oleh pelabur kerana ia dapat memberitahu berapa banyak jumlah saham yang ada untuk didagangkan oleh orang awam. Floating stocks dengan peratusan yang kecil mempunyai votality yang tinggi, namun mempunyai kadar liquidity yang rendah akibat volume jual beli yang kecil.

Kebanyakan pelabur besar mungkin kurang gemar untuk menjual beli saham yang mempunyai jumlah floating stocks yang rendah dan akan lebih bertumpu kepada syarikat yang mempunyai floating stocks dengan peratusan yang besar.

Contoh floating stocks

Berikut merupakan contoh-contoh syarikat dan info saham yang di ambil dari iSaham Stock Screener. Informasi ini boleh didapati di bahagian 'Profile' syarikat tersebut.

1. FGV

Saham FGV
Info saham syarikat FGV di iSaham.

Floating stocks bagi saham FGV adalah hampir separuh dari keseluruhan jumlah outstanding shares. Kesannya, saham ini boleh dikatakan bergerak dengan stabil dan mempunyai volume jual beli yang tinggi.

2. SCIPACK

Saham SCIPACK
Info saham syarikat SCIPACK di iSaham.

Jumlah floating stocks bagi SCIPACK pula hanyalah 13.3%, iaitu agak sedikit berbanding jumlah closely-held stocks dan restricted stocks syarikat tersebut. Oleh itu, kita dapat melihat bahawa pergerakannya adalah lebih volatile, namun terdapat kekurangan volume dagangan.

Nota: Saham serta nilai yang dinyatakan adalah sebagai rujukan sahaja. Jumlah floating stocks dan outstanding shares boleh berubah dari semasa ke semasa.

Kesimpulan

Floating stocks adalah antara perkara penting yang boleh pelabur kaji sebelum membuat pelaburan kerana jumlah floating stocks boleh memberi impak terhadap tahap votality sesuatu saham.

Selain itu, memahami floating stocks juga membolehkan pelabur untuk memahami struktur pegangan saham dalam syarikat. Justeru, dapat memberikan gambaran tentang kawalan yang dimiliki oleh pemegang-pemegang saham tertentu, dan kesannya apabila mereka melakukan pembelian atau penjualan saham.


< kembali ke laman blog utama