UMUM

26-JAN-2021

Kesan Bonus Issue Kepada Saham


 


Bonus Issue atau terbitan bonus saham adalah pemberian saham oleh syarikat kepada pelabur sedia ada dengan tujuan untuk memberikan pulangan dalam bentuk saham tambahan. Tindakan korporat terbitan bonus ini boleh dikatakan alternatif kepada pemberian dividen. Tanpa menggunakan tunai, syarikat boleh berikan ganjaran kepada pelabur dengan Bonus Issue.

Bonus Issue tidak mengubah saiz syarikat sebagaimana kita boleh lihat pada Market Cap. Apabila berkuatkuasa, bilangan saham akan bertambah dalam pasaran. Maka penyelarasan yang dibuat ialah dengan menurunkan harga saham.

Pengumuman Syarikat

Syarikat yang ingin menerbitkan Bonus Issue akan mengumumkan terlebih dahulu cadangan untuk tindakan ini. Apabila dipersetujui dan sebuah tarikh telah ditentukan, pengumuman rasmi Bonus Issue akan dikeluarkan. Dari platform M+ Online, saham akan diikuti dengan simbol C yang bermaksud sebuah tindakan korporat akan berkuatkuasa.

bonus issue symbol mplus

Memahami Ratio Split

Dalam pengumuman Bonus Issue ini, syarikat akan mengumumkan bagaimana Bonus Issue ini akan diberikan. Satu nisbah akan ditentukan di mana dengan setiap pegangan saham, berapa saham lagi yang syarikat akan berikan sebagai tambahan. Contoh nisbah ini adalah seperti 1:1, 2:1, 3:2 iaitu kadar pegangan Baru : Sedia Ada. Sekiranya kita lihat pada contoh nisbah 2:1, kita boleh fahami dengan setiap 1 pegangan sedia ada, 2 pegangan baru akan diberikan.

Contoh pengumuman adalah seperti di bawah, dengan pengumuman dari Greatech bertajuk Bonus Issue. Terbitan yang dibuat ialah 1 saham baru bagi 1 sedia ada.

bonus issue greatec announcement

Adakalanya, syarikat akan sekalikan terbitan waran dalam Bonus Issue ini. Ia juga akan diberikan mengikut nisbah bagi setiap pegangan.

Harga berubah pada Ex-Date

Pemberian terbitan bonus ini berlaku dalam mekanisme tertentu. Pada hari Ex-Date, anda akan lihat portfolio saham dengan pegangan unit yang sama dengan bilangan sebelum Ex-Date, tapi pada harga yang lebih rendah. Jangan panik, anda bukan kerugian. Sebenarnya saham terbitan bonus belum masuk dalam pegangan anda.

Contohnya di bawah, di mana saham dibeli pada RM 9,999, namun dinilai pada RM 5,324 pada hari Ex-Date. Portfolio kelihatan dalam keadaan rugi. Namun, ianya disebabkan 1,100 unit lagi belum masuk dalam pegangan.

Untuk kira berapa harga average price (dan juga harga semasa) nanti, kira sahaja average price dibahagikan dengan jumlah bahagian nisbah, darab bahagian nisbah unit sedia ada. Kalau 1:1, maknanya average price bahagi 2. Kalau 3:2, bahagi 5, darab 2. Kalau 4:3, bahagi 7, darab 3 dan begitulah juga untuk apa-apa nisbah lain.

Kemasukan saham tambahan

Saham terbitan bonus hanya akan masuk ke dalam pasaran sehari selepas Ex-Date. Namun, pada waktu ini pun ia belum masuk ke dalam portfolio. Ia hanya bertambah di dalam pasaran. Saham hanya akan masuk ke dalam portfolio sehari sebelum ia boleh didagangkan. Dari pengumuman Bonus Issue, anda boleh lihat butiran ini dalam bahagian Securities Entitlement, Available/Listing Date.

bonus issue greatec announcement listing date

Sekiranya contoh Greatech ini, Ex-Date adalah pada 7 Januari, saham bonus masuk dan boleh didagangkan pada 11 Januari, iaitu 2 hari bekerja. Anda perlu baca pengumuman untuk mengetahui tarikh Available/Listing Date ini.

Screener yang boleh diperhatikan

Sekiranya anda ingin mendapatkan bonus issue ini, anda boleh perhatikan pada screener Upcoming Entitlements di bahagian Bonus Issue.

iSaham Upcoming Bonus Issue
Screener iSaham: Upcoming Entitlements

< kembali ke laman blog utama