UMUM

29-JAN-2020

Share Consolidation - Patutkah Anda Pegang Saham Syarikat?


 


Penggabungan saham, juga disebut sebagai share consolidation atau reverse share split adalah salah satu tindakan korporat yang menggabungkan beberapa unit saham kepada satu unit. Dengan tindakan ini, jumlah saham dalam syarikat akan menjadi lebih kecil, tetapi diselaraskan dengan perkadaran harga saham yang lebih tinggi.

consolidation card deck by iSaham

Sebagai contoh, ICON mengumumkan share consolidation dengan pembahagian 1:50 iaitu setiap 50 unit saham akan digabungkan menjadi satu unit. Maka harga saham daripada RM 0.03 akan diselaraskan dengan gandaan 50 kali, menjadikan harga baru berada pada RM 1.50. Sebagai contoh, pegangan sebanyak 5,000 unit akan mengecil kepada 100 unit, tetapi nilai pegangan masih sama.

ICONHarga seunitJumlah peganganNilai pegangan
SebelumRM 0.035,000 unitRM 150
SelepasRM 1.50100 unitRM 150

Apa jadi selepas Ex-date?

Ex-date adalah tarikh di mana tindakan korporat ini dilaksanakan. Dalam situasi sebenar, perkara yang pertama terjadi di Bursa apabila berlakunya consolidation adalah penyelarasan harga saham mengikut nisbah penggabungan. Walau bagaimanapun, saham-saham yang dipegang akan mengambil masa 2 hari selepas Ex-date untuk digabungkan mengikut nisbah tadi.

Dalam masa 2 hari ini, porfolio anda akan kelihatan bagus kerana unit pegangan masih banyak, dan harga saham pula lebih tinggi.

ICONHarga seunitJumlah peganganNilai pegangan
PortfolioRM 1.505,000 unitRM 7,500

Sudah menjadi kebiasaan, selepas rasa seronok melihat portfolio ini, ada kemungkinan besar anda ingin jual semuanya. Namun anda perlu tahu bahawa sebenarnya, consolidation telah pun berlaku. Walaupun portfolio menunjukkan sebanyak 5,000 unit saham ICON, tindakan penggabungan ini akan menjadikan saham milikan sebenar anda menjadi 100 unit sahaja.

ICONHarga seunitJumlah peganganNilai pegangan
PortfolioRM 1.505,000 unitRM 7,500
SebenarRM 1.50100 unitRM 150

Bursa juga ada keluarkan pengumuman sebanyak mana saham yang dibenarkan untuk dijual dalam tempoh dua hari selepas Ex-date. Dalam kes ini, jumlah saham yang dibenarkan untuk dijual adalah 1/50 daripada pegangan atau dalam contoh ini, 100 unit sahaja iaitu sebanyak mana yang anda miliki selepas consolidation.

Bolehkah jual beli saham ini selepas Ex-date?

Dari perspektif pelabur yang tidak memegang saham ini sebelum Ex-date, tiada apa-apa kesan yang akan berlaku, dan mereka boleh beli, kemudian jual semula saham ini seperti biasa. Bagi pelabur yang memegang saham ini sebelum Ex-date pula, mereka perlu kenalpasti jumlah unit pegangan selepas penggabungan seperti yang disebut di perenggan sebelum ini.

Sekiranya anda terlebih jual, ia merupakan satu situasi yang tak sepatutnya berlaku, dan Bursa mempunyai sebuah mekanisme untuk pembetulan. Namun, ianya boleh menyebabkan kerugian untuk anda.

Apa jadi kalau jual lebih?

Bermula daripada tajuk ini, anda akan baca perkara yang anda tak patut lalui. Sekiranya tajuk ini relevan kepada anda, diharap dapat fahamkan betul-betul.

Sekiranya anda ingin jual, anda perlu tahu sebanyak mana yang boleh dijual bagi mengelakkan terlebih jual dari jumlah pegangan sebenar.

Jika anda terjual unit saham melebihi jumlah sebenar yang dimiliki, lebihan jualan akan dianggap seperti short-selling. Short-selling adalah strategi pelaburan yang menggunakan cara jual dahulu, beli kemudian. Lebihan jualan ini perlu dibeli semula untuk cukupkan bilangan saham yang sepatutnya ada di dalam pasaran.

Dalam portfolio (Unit)Pegangan sebenar / Boleh dijual (Unit)Jualan (Unit)Tak dimiliki / Perlu dibeli semula (Unit)
500010050004900
50001001000900

Menggunakan contoh di atas, kalau dalam portfolio ada 5000 unit, jumlah pegangan sebenar ialah 100 unit sahaja yang boleh dijual. Sekiranya anda membuat kesilapan dengan menjual lebih daripada jumlah ini, maka anda perlu cukupkan baki yang anda tak miliki. Katakan anda jual semuanya iaitu 5000 unit, anda perlu beli semula 4900 unit. Kalau anda jual 1000 unit, anda perlu beli semula 900 unit yang tak dimiliki untuk mengelakkan buying-in.

Apa jadi kalau tak beli semula?

Seperti yang dinyatakan tadi, unit tak dimiliki yang dijual perlu dibeli semula. Sebagaimana short-selling dibuat, anda perlu membuat belian selepas jual saham yang tak dimiliki. Jika tidak, terdapat kelopongan dari segi jumlah saham dalam pasaran, dan Bursa akan menggunakan mekanisme buying-in untuk membetulkan kelopongan ini.

Dalam proses buying-in, Bursa akan membeli unit saham tadi dengan harga 10 bid di atas harga terakhir atau harga tutup hari sebelum, mana-mana yang lebih tinggi. Anda pula seolah-olah perlu membiayai kos pembelian ini supaya dijual kepada Bursa.

Harga selepas ex-dateHarga jualHarga tutup/terakhirHarga buying-in
RM 1.50RM 1.60RM 1.70RM 1.80
Jualan sahamTiada buying-inDikenakan buying-inHarga buying-in
5000 unit100 unit4900 unit4900 x 1.80 = RM 8,820

Menggunakan contoh di atas, katakan saham ICON selepas Ex-date dibuka pada RM 1.50. Saham naik macam pisang goreng panas, maka anda pun jual sebab rasa macam dah buat untung. Andai kata saham semakin naik, ini adalah situasi paling teruk yang boleh terjadi (sebab anda bagaikan short-selling saham yang sedang naik).

Sekiranya anda jual pada RM 1.60 seunit sebanyak 5000 unit, maka anda dapat jual RM 160 milikan anda dan RM 7,840 yang anda tak miliki. Saham 4900 unit sejumlah RM 7,840 ni anda tak sepatutnya jual. Tapi kalau dah jual, anda perlu beli sebaik sahaja ada peluang membeli. Kalau gagal membeli, buying-in berasaskan harga tutup pada RM 1.70 akan memaksa anda membeli pada harga yang lebih tinggi iaitu RM 1.80 seunit bersamaan 10 bid atas harga tutup. Nilai yang anda perlu beli untuk 4900 unit meningkat daripada RM 7,840 kepada RM 8,820.

Jadi pendek cerita, sekiranya anda tak beli semula, Bursa akan beli dengan 10 bid lebih tinggi, dan kos belian itu akan dikenakan pada nama anda. Bukan situasi yang bagus.

Patutkah anda beli saham consolidation?

Baik atau buruk, bergantung juga dengan matlamat syarikat melaksanakan consolidation. Dari segi kesan kepada pelabur, boleh jadi perkara buruk kalau anda terlebih jual saham yang tak dimiliki. Dari segi saham, ia akan kelihatan lebih mahal dan pelabur tidak lagi sebut sebagai saham sekupang, dua kupang dan lain-lain. Dari segi market capitalization, tiada apa yang berubah.

Macam mana nak tahu kalau saham diperhatikan ada consolidation?

Kebiasaannya, anda perlu semak pada platform dan lihat pada simbol sama ada C atau X. Namun, anda masih perlu menapis pengumuman jenis "Entitlement" untuk mengetahui pengumuman apa yang akan berkuat kuasa. Di iSaham, kami mempunyai cara untuk memudahkan urusan ini.

isaham consolidation label

Pada laman saham, kami telah pun meletakkan label sekiranya terdapat tindakan consolidation yang akan berkuat kuasa. Dengan ini, anda bolehlah berjaga-jaga supaya tak terlibat dengan masalah yang mungkin akan timbul disebabkan consolidation ini.

Selain itu, anda juga boleh berawas-awas dengan pengumuman jenis entitlement dengan melawat laman screener entitlement yang akan datang ni. Anda boleh dapatkan maklumat sekiranya pengumuman yang akan berkuat kuasa itu adalah consolidation, bonus issue, share split ataupun rights issue.


< kembali ke laman blog utama