IPO

26-JUN-2019

IPO UWC Berhad Kini Boleh Dibeli


 


UWC Facility

Kalau anda ikuti hebahan Bursa, mungkin anda sudah tahu terdapat IPO baru iaitu UWC Berhad yang dah boleh dibeli dengan harga RM 0.82. Kalau belum, kami nak beritahu butiran tarikh permohonan adalah seperti di bawah:

Permohonan dibuka:
17 Jun 2019, 10.00 pagi
Permohonan ditutup:
28 Jun 2019, 5.00 petang
Cabutan saham:
2 Julai 2019
Agihan saham kepada yang berjaya:
8 Julai 2019
Tentatif penyenaraian:
10 Julai 2019

Latar Belakang UWC Berhad

 

Macam biasa, kita akan kenal dulu ataupun taaruf dengan syarikat baru nak IPO ni. UWC Berhad adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan untuk peralatan teknologi. Perkhidmatan ini kebiasaannya adalah pemprosesan kepingan logam (sheet metal) untuk dijadikan casing untuk peralatan (equipment). Produk ini akan dihantar kepada pelanggan UWC yang kebanyakannya membuat barangan semikonduktor, sains hayat, teknologi perubatan dan peralatan berat.

UWC business activities

 

Maklumat Bisnes

 

Ringkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:

 

UWC shariah reference

Risiko Bisnes

 

UWC menjalankan perkhidmatan kejuruteraan untuk industri sains hayat, teknologi kesihatan dan semikonduktor. Industri ini bersifat technologically demanding iaitu meminta-minta terhadap kemajuan teknologi. Oleh itu, syarikat dalam industri ini atau dalam konteks IPO ini, UWC perlu sentiasa mengikuti atau mendahului teknologi semasa untuk mendapatkan urusniaga yang terbaik dalam bisnes yang dijalankan. Ini juga disebabkan pelanggan mereka yang akan sentiasa menaik taraf teknologi mereka.

 

Sifat bisnes sebagai OEM yang dijalankan juga menyebabkan bolehnya terjadi situasi di mana satu atau dua pelanggan utama menjadi penyumbang sebahagian besar revenue kepada syarikat ini. Dalam prospektus yang dikeluarkan, terdapat dua syarikat iaitu Syarikat A yang tidak dinamakan, dan juga Agilent yang menyumbang sejumlah antara 41.2% hingga 57.5% kepada revenue syarikat sejak 2016 sehingga laporan terbaru 2019.

UWC major customer contribution

Situasi ini menggambarkan seolah-olah UWC terlalu bergantung kepada dua syarikat ini. Ia juga menunjukkan kemungkinan besar revenue akan jatuh sekiranya tidak mendapatkan urusniaga dengan syarikat tersebut. Namun untuk menjadi optimistik, boleh jadi juga mereka telah mendapatkan pelanggan yang betul untuk bisnes mereka.

Pasaran bisnes ini juga adalah sangat bersaing tinggi. Persaingan bukan sahaja wujud dari dalam Malaysia, namun juga disaingi oleh syarikat-syarikat besar dari luar negara. Beberapa pesaing utama yang disebutkan adalah seperti di bawah.

UWC competitor

Untuk perbandingan di atas, kami cuma akan bandingkan Kobay Technology dan UWC sebagai kategori syarikat tersenarai di Bursa. Berdasarkan PE ratio, Kobay Technology dan UWC berada pada nisbah yang lebih kurang sama iaitu 8.2 dan 9.6. Walau bagaimanapun, margin PAT untuk UWC adalah lebih baik sebanyak hampir tiga kali daripada Kobay Technology, menjadikan ia sebagai pilihan yang lebih menarik berdasarkan kedua-dua pilihan tadi.

Prestasi Bisnes

 

Kami dah sebutkan beberapa risiko berkaitan industri ini, ataupun untuk UWC secara khususnya. Tapi bagaimana prestasi UWC dalam bisnes mereka? Laporan kewangan mereka sudah pun memberikan jawapan ini. Menurut penyata kewangan tahunan yang dah diaudit, revenue menunjukkan peningkatan dari RM 76.3 juta pada 2016 kepada RM 136.5 juta pada 2018. Keuntungan selepas cukai ataupun PAT pula mencatatkan kenaikan bersih dari RM 19.4 juta (25.4% daripada revenue) pada 2016 kepada RM 31.2 juta pada 2018 (22.9% daripada revenue).

UWC Plot

 

Penggunaan Dana

 

UWC Berhad ingin mengumpul sejumlah RM 57.4 juta daripada IPO ini. Perancangan dana ini adalah untuk digunakan dalam aspek berikut:

 

Dari segi peratusan, anda boleh lihat di bawah.

UWC ipo

Cara Membeli

 

Seperti biasa, IPO ini boleh dibeli dengan membuat permohonan eIPO melalui bank anda. Kami telah pun menulis dan juga merakam tutorial membeli IPO. Untuk pergi ke video tutorial membeli IPO, kami ada video melalui servis CIMB Clicks dan Maybank2u, atau untuk baca blog post kami boleh klik sini.

 


< kembali ke laman blog utama