IPO

3-JUL-2019

IPO i-Stone Group Berhad Kini Boleh Dibeli


 


Nampaknya makin banyak syarikat yang tersenarai ke Bursa dalam dua bulan ni. Baru-baru ni ada Greatech, Mestron, UWC, dan sekarang ni i-Stone yang akan disenaraikan dengan harga RM0.16. Butiran permohonan boleh dirujuk di bawah.

Permohonan dibuka:
21 Jun 2019, 10.00 pagi
Permohonan ditutup:
8 Julai 2019, 5.00 petang
Cabutan saham:
10 Julai 2019
Agihan saham:
16 Julai 2019
Tentatif penyenaraian:
17 Julai 2019

istone cover

Untuk analisis IPO yang lepas, boleh pergi ke link ni.

Latar Belakang i-Stone Group Berhad

 

i-Stone mula beroperasi pada tahun 2007 di Skudai, Johor. Mereka memulakan bisnes dengan menyediakan integrasi sistem untuk ujian operasi pembuatan (manufacturing) dan sistem pengukuran (measurement). Perkhidmatan yang disediakan termasuk dari idea konsep sehinggalah pembuatan prototaip.

 

Kini, syarikat i-Stone menjalankan operasi bisnes dalam khidmat automasi pengeluaran, pengurusan data, penghasilan precision part dan pengedaran produk perisian. Suatu perkara yang boleh diberikan perhatian ialah bisnes ini berkait dengan teknologi IoT. Jadi ia mungkin sesuatu yang boleh dipandang kehadapan, terutamanya kerana syarikat ini berurusan dengan syarikat-syarikat MNC.

istone core business

Maklumat Bisnes

 

Ringkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:

 

istone shariah compliance

Analisis Bisnes

 

Sejak tahun 2015, lebih separuh revenue syarikat datang daripada Dyson Group of Companies walaupun tidak terikat dengan kontrak jangka panjang. Berita bagusnya, Dyson mempunyai tapak di Malaysia dan Singapura dan kemungkinan besar akan menjalankan bisnes jangka panjang di rantau ini. Namun, sektor pembuatan ini adalah kompetitif dan terdapat kemungkinan Dyson akan mencari pembekal yang lain untuk menjalankan projek mereka sekiranya terdapat deal yang lebih bagus.

 

Pihak i-Stone sendiri menyatakan bahawa belum ada saham yang tersenarai dalam sektor bisnes yang sama dengan mereka. Namun, pesaing bisnes yang dicatat dalam prospectus ialah Genetec, AT Systemization, Greatec dan MMSV. Sekiranya dibandingkan dari segi PE ratio, pesaing terdekat untuk i-Stone berada pada angka 9.6 hingga 10.8. i-Stone pula dikira pada angka 13.9 yang menunjukkan harga saham ini diletakkan lebih tinggi dari pesaing yang lain.

istone competitor

Prestasi Bisnes

 

Sepanjang tempoh 2015 hingga 2018, rekod menunjukkan prestasi yang memberangsangkan bagi i-Stone Group Berhad. Revenue pada 2015 dicatatkan pada RM 44.12 juta dan meningkat ke RM 67.59 juta pada tahun 2018. Dari segi keuntungan selepas cukai atau PAT, kita boleh lihat keuntungan yang semakin tinggi iaitu RM 4.09 juta pada tahun 2015 ke RM 11.47 juta pada tahun 2018. Peratusan PAT bertambah baik setiap tahun bermula tahun 2015 hingga ke 2018 iaitu dari 9.3% ke 17%.

 

istone plot

Penggunaan Dana

 

I-Stone ingin mengumpul sejumlah RM 39.09 juta daripada IPO ini. Dana ini dirancang untuk digunakan dalam aspek berikut

 

Sebilangan besar dana IPO ini akan digunakan untuk bayaran kepada bank dalam jangka masa 12 bulan. Pusat D&D iaitu Design and Development akan dibina, dan dana ini akan digunakan dalam jangka masa 2 tahun. Bangunan ini dianggarkan berukuran 50,000 kaki persegi yang akan ditempatkan di Senai. Ia akan dijadikan pejabat kejuruteraan dan akan menumpukan kerja-kerja reka bentuk mekanikal untuk mesin automasi, makmal, dan pembinaan prototaip.

Cara Membeli

 

IPO i-Stone Group Berhad boleh dibeli melalui bank anda. Sekiranya anda menggunakan Maybank atau CIMB, anda boleh gunakan link yang disediakan ini.

 

Tutorial video membeli IPO dengan Maybank

Tutorial video membeli IPO dengan CIMB Clicks

Blog membeli IPO dengan Maybank


< kembali ke laman blog utama