IPO

18-JAN-2024

HE Group - Penyedia Sistem Pengagihan Kuasa


 


HE Group

Butiran IPO Syarikat HE Group

Butiran IPO HE Group

Latar belakang perniagaan syarikat

HE Group merupakan syarikat yang terlibat dalam penyediaan sistem pengagihan kuasa, sistem dan kerja bangunan lain, penyambungan dan pemasangan semula peralatan elektrik dan perdagangan produk elektrik.

Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:

Model perniagaan syarikat

Aktiviti perniagaan utama syarikat adalah segmen sistem pengagihan kuasa. Di sini, syarikat HE Group terlibat dalam bentuk, membekal, memasang, menguji dan mentauliahkan sistem pengagihan kuasa untuk premis pengguna akhir seperti semikonduktor, peranti perubatan dan sebagainya.

Gambar rajah berikut ialah gambaran keseluruhan kawasan yang syarikat HE Group terlibat dalam segmen pengagihan kuasa premis pengguna akhir:

Sistem pengagihan kuasa

Bagi segmen sistem dan perkhidmatan kerja bangunan lain, HE Group terlibat dalam menyediakan sistem mekanikal dan kawalan, kerja seni bina, mengurus reka bentuk projek, pemasangan dan yang berkaitan. Seterusnya, segmen penyambungan dan pemasangan semula peralatan elektrik adalah untuk memastikan operasi kuasa yang selamat. Segmen akhir ialah perdagangan produk elektrik, di mana HE Group memperdagangankan produk elektrik seperti kabel kuasa, bank kapasitor, reaktor dan lain-lain.

Prestasi kewangan syarikat

Secara keseluruhan, syarikat HE menunjukkan prestasi pendapatan dan keuntungan selepas cukai yang positif dan meningkat setiap tahun dari tahun kewangan 2020 hingga 2023.

Prestasi kewangan

Pembahagian pendapatan syarikat HE mengikut aktiviti perniagaan adalah seperti berikut:

Segmen pendapatan

Jika lihat pada gambar di atas, pendapatan syarikat kebanyakannya datang dari segmen sistem pengagihan kuasa iaitu sebanyak 67% bagi tahun kewangan 2023, diikuti dengan segmen sistem dan kerja bangunan lain (28%), perkhidmatan penyambung dan pemasangan semula peralatan elektrik (5%) dan perdagangan produk elektrik (0.16%).

Penggunaan dana daripada IPO

Dana yang diperoleh daripada IPO iaitu sebanyak RM24.33 juta akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:

Dana IPO

Majoriti dana yang diperolehi dari penyenaraian IPO, iaitu mewakili 62% daripada keseluruhan dana IPO akan digunakan untuk modal kerja (untuk bon prestasi dan bon jaminan bagi projek sedia ada dan masa hadapan, dan bayaran kepada pembekal dan subkontraktor, serta modal kerja am).

Selain itu, syarikat HE akan menggunakan RM3.65 juta atau lebih kurang 15% untuk memperluaskan perniagaan syarikat melalui pengambilan pekerja, penambahan peralatan dan perisian, penubuhan pejabat baru dan perbelanjaan pembangunan perniagaan lain.

Baki selebihnya akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian dan keperluan modal kerja lain.

Analisis bisnes dan industri HE Group

Industri sistem agihan kuasa

Industri kuasa merangkumi penjanaan kuasa dan sistem grid seluruh negara, diuruskan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenanjung Malaysia, Sarawak Energy Berhad (SEB) di Sarawak dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Sabah. Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission) Malaysia mengawal selia sektor tenaga, termasuk industri tenaga di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Industri

HE Group terlibat dalam sistem pengagihan kuasa HV, MV, LV dan ELV untuk premis pengguna akhir termasuk pencawang. Mereka juga terlibat dalam sistem pengagihan kuasa untuk industri pembuatan semikonduktor, peranti perubatan dan produk elektronik yang memerlukan bekalan kuasa berkualiti untuk mengendalikan mesin, peralatan dan peranti yang sensitif dan kritikal.

Prestasi industri

Industri perkhidmatan kejuruteraan

Memandangkan aktiviti perniagaan utama HE Group adalah sebahagian daripada perkhidmatan kejuruteraan, mari lihat prestasi industri perkhidmatan kejuruteraan:

Prestasi industri

Perkhidmatan kejuruteraan termasuk aktiviti seperti reka bentuk dan perundingan kejuruteraan, dan pengurusan projek yang berkaitan dengan pembinaan, yang merupakan kunci untuk menyokong pemasangan elektrik. Antara 2017 dan 2021, nilai keluaran kasar perkhidmatan kejuruteraan meningkat pada CAGR sebanyak 1.0%.

Industri semikonduktor dan produk elektronik

Seperti yang dibincangkan di atas, pengguna akhir bagi perkhidmatan yand disediakan oleh HE Group ialah semikonduktor. Mari kita lihat bagaimana prestasi industri ini.

Prestasi industri

Berdasarkan laporan IMR, antara 2020 dan 2022, nilai jualan pembuatan komponen dan papan elektronik di Malaysia meningkat pada CAGR sebanyak 24.0%, di mana pertumbuhan pada tahun 2022 adalah 28.9% terutamanya disebabkan oleh permintaan kukuh daripada pasaran semikonduktor global, terutamanya untuk produk cip. Untuk 9 bulan pertama 2023, nilai jualan pembuatan komponen dan papan elektronik di Malaysia meningkat sebanyak 6.9% berbanding tempoh yang sama pada 2022

Rakan persaingan

Antara pesaing atau syarikat yang terlibat dalam industri yang sama dengan syarikat HE Group telah disenaraikan dalam prospektus seperti berikut:

Pesaing HE
Pesaing

Pesaing syarikat HE Group di dalam industri dipilih berdasarkan kriteria seperti berikut:

Syarikat MNHLDG, CABNET, dan KAB merupakan antara pesaing syarikat HE Group yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia. Sebagai perbandingan, nisbah PE syarikat HE ialah 20.0, lebih rendah daripada PE pesaing lain.

Perbincangan

Secara keseluruhan, syarikat HE menunjukkan prestasi pendapatan dan keuntungan selepas cukai yang positif dan meningkat setiap tahun dari tahun kewangan 2020 hingga 2023.

Faktor lain yang anda perlu tahu tentang IPO ini adalah nisbah PE syarikat HE Group (20.0) adalah lebih rendah jika dibandingkan pesaing lain seperti MNHLDG (18.7), CABNET (26.4) dan KAB (29.4). Selain itu, syarikat HE Group mencatatkan keuntungan margin sebanyak (5.7%), lebih tinggi berbanding beberapa pesaingnya.

Melalui dana daripada IPO ini, HE Group akan menggunakan majoriti dana tersebut untuk mengembangkan lagi perniagaan syarikat iaitu kegunaan untuk projek, menambah peralatan baru dan sebagainya. Namun begitu, syarikat HE Group perlu memainkan peranan penting untuk membuktikan keberkesanan segala rancangan dan strategi mereka selepas penyenaraian di Bursa Malaysia.


< kembali ke laman blog utama