UMUM

22-MAR-2021

Hari Air Sedunia - Kenali Saham berkaitan Utiliti Air


 


Hari air sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun sejak 1993. Hari air sedunia ingin membangkitkan kesedaran mengenai hakikat bahawa masih terdapat 2.2 bilion orang di dunia yang tidak mempunyai akses kepada air paip yang bersih dan selamat. Sustainable Development Goal (SDG) ke-6 yang digariskan oleh PBB menyatakan bahawa dunia ingin mencapai bekalan air yang kondusif buat semua menjelang 2030.

Hal ini kerana pada hari ini satu daripada tiga orang di dunia hidup tanpa bekalan air minuman yang selamat. Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap air, menjelang 2050, kemungkinan 5.7 bilion orang akan hidup selama sebulan dalam setahun tanpa air yang mencukupi. Menjelang 2040, permintaan terhadap bekalan air dijangka meningkat 50% berbanding permintaan terhadap tenaga sebanyak di pentas global sebanyak 25%. Mari kita lihat saham-saham yang berkaitan dengan utiliti air ini.

profile pic air

Ranhill

Ranhill merupakan syarikat konglomerat yang terlibat dalam sektor tenaga dan air. Ranhill juga memiliki, membangunkan dan mengoperasikan aset jana tenaga. Dalam bidang air terawat pula, Ranhill membekalkan air dan juga merawat air di loji penapisan sebagai perkhidmatan tambah nilai.

Di Johor, Ranhill menyelia 44 loji penapisan air dan membekalkan air ke seluruh Johor untuk 3.8 juta pelanggan. Sektor persekitaran menyumbang 80% kepada jualan Ranhill, lebih daripada sektor tenaga. Sementara itu, dalam perkembangan terbaru pada Disember 2020, Ranhill telah mendapat kebenaran (lesen) untuk membekalkan air di Johor untuk tiga tahun seterusnya dari SPAN.

profile pic air 2

Puncak Niaga

Puncak Niaga membekalkan air terawat kepada pelanggan di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Selain dari loji rawatan air, Puncak Niaga juga mempunyai bisnes di dalam bidang minyak dan gas. Baru-baru ini, Puncak Niaga telah mendapat amaran UMA dari Bursa Malaysia kerana harga sahamnya melonjak naik dengan tiba-tiba. Puncak Niaga telah dikenakan UMA tetapi syarikat itu mengatakan ia tidak tahu sebab mengapa harga sahamnya melonjak 14.5 sen kepada 42.5 sen pada Disember 2020.

Tetapi, syarikat itu ada mengatakan ia mungkin ada kaitan dengan usahanya untuk meraih RM200 juta ringgit dari pemegang saham sedia ada menerusi eksesais korporat dalaman iaitu dengan menerbitkan saham baru. Pada suku pertama 2021, Puncak Niaga telah mencatatkan keuntungan sebanyak 43.47 juta ringgit setelah rugi sejak 2016.

puncak water treatment plant

Salcon

Salcon merupakan syarikat yang terlibat dalam pembekalan air terawat di China, Malaysia, Vietnam, Thailand, dan lain-lain. Dalam pengumuman kepada Bursa pada 9 March 2021, Salcon telah membeli balik 342,000 saham pada harga 0.235 sen sesaham. Selain itu, Salcon juga telah membeli 51% saham dalam JR Engineering and Medical Technologies (M) Sdn Bhd. Syarikat ini mengilangkan sarung tangan getah; suatu komoditi yang hangat di pasaran sekarang.

Salcon mempunyai beberapa projek loji air yang sedang dilaksanakan yang memberikan keuntungan kepada Salcon. Projek itu termasuklah projek air terawat Langat yang sudah siap 90%. Selain itu, terdapat projek pembekalan air di Haiphong, Vietnam yang dijangka siap pada 2020. Terdapat juga projek stesen pam air di Ambatale, Sri Lanka yang juga dijangka siap pada 2020.

salcon water treatment plant

Brite Tech

Brite Tech ataupun BTech merupakan syarikat yang terlibat dengan membekalkan air terawat. Daripada aktiviti perniagaan itu, 87.41% jualan dicatatkan dari segmen perniagaan ini. Dalam nilai ringgit, ini berjumlah 24.348 juta. Oleh kerana pendapatan yang meningkat, BTech telah mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi sebelum cukai iaitu sebanyak 7 juta ringgit berbanding 5 juta ringgit pada tahun 2018.

Selain itu, BTech telah merancang untuk memperluaskan aktiviti perniagaan ke bidang yang lain. Bidang itu masih dalam perbincangan dan akan dimuktamadkan. Hal ini kerana menurut laporan ke Bursa Malaysia pada 6 November 2020, Hong Leong telah memberikan pembiayaan sebanyak 16.4 juta ringgit kepada BTech untuk membina kilang di Klang. Sebahagian wang itu akan digunakan untuk membeli tanah tapak kilang dan sebahagian lagi untuk membina kilang itu.

btech activity

Penglibatan antarabangsa

Sesetengah syarikat di atas membekalkan air di Malaysia. Sementara itu, sesetengah yang lain terlibat dalam pembekalan air terawat di China, Thailand, Sri Lanka, India dan lain-lain. Pada waktu yang sama, mereka merupakan syarikat yang mempunyai operasi yang pelbagai. Ke arah memastikan bekalan air yang mapan buat semua penduduk dunia, kerjasama di peringkat antarabangsa amat diperlukan dalam dunia perniagaan bekalan air terawat.


< kembali ke laman blog utama