UMUM

19-NOV-2019

Tak Perlu Borang untuk Pindahkan Saham


 


Sebelum ni, kami pernah tulis pasal aplikasi mobile keluaran Bursa Malaysia yang dinamakan Bursa Anywhere. Kini, ada satu ciri baru yang memudahkan anda pindahkan saham antara akaun CDS. Selama ini, servis ini hanya boleh dibuat dengan mengisi borang. Kini, semua ini boleh dibuat secara elektronik. Sekiranya anda belum ada aplikasi Bursa Anywhere, boleh dapatkan di App Store atau Play Store.

bursa anywhere download

Kenapa nak pindahkan saham?

Ada beberapa sebab yang anda perlu pindahkan saham (atau secara umumnya, securities) antara akaun CDS. Mungkin anda ingin memudahkan urusan melabur dengan menggunakan satu akaun sahaja. Selain itu, mungkin anda ingin cantikkan portfolio dengan memasukkan saham untung kedalam satu akaun. Ataupun anda ingin simpan saham yang anda tak perlu tengok hari-hari ke dalam satu akaun. Semua ini subjektif kepada diri anda sendiri.

Cara pindahkan saham

Pertamanya, anda perlulah ada lebih dari satu akaun. Kalau tidak, tak ada tempat lain untuk dipindahkan dan feature ini juga tak boleh digunakan. Melalui aplikasi Bursa Anywhere, pergi ke tab My Services melalui navigasi di bahagian bawah aplikasi, dan pilih Transfer of Securities. Dari situ, anda boleh pindahkan saham antara akaun anda dengan mudah:

bursa anywhere share transfer
  1. Tekan saham yang ingin dipindahkan dan akaun yang ingin dipindahkan
  2. Masukkan kuantiti untuk dipindahkan
  3. Sahkan dan bayar melalui FPX

Kami telah pun cuba secara real untuk pemindahan saham ini. Anda boleh rujuk gambar di bawah. Prosesnya memang mudah.

isaham infographic bursa anywhere share transfer

Bayaran akan dikenakan sebanyak RM10 bagi setiap saham yang ingin dipindahkan.

Urusan yang anda boleh buat menggunakan Bursa Anywhere

Dengan Bursa Anywhere, anda boleh buat perkara-perkara di bawah

Sekiranya anda ingin buka atau tambah akaun CDS, boleh pergi ke link ini.


< kembali ke laman blog utama