UMUM

12-JUN-2019

Pantau Akaun CDS Anda Dengan Bursa Anywhere


 


Baru-baru ini Bursa ada keluarkan aplikasi terbaru mereka, Bursa Anywhere. Kelebihan aplikasi ini adalah ia membolehkan anda edit info yang berkaitan dengan akaun CDS dan juga pantau portfolio anda dari mana-mana akaun CDS yang anda miliki. Paling penting sekali, anda tak perlu berurusan dengan Bursa untuk ubah butiran maklumat anda. Semuanya boleh dilakukan dari mana pun anda berada. Itulah sebabnya ia dinamakan Bursa Anywhere.

bursa anywhere screenshot

Kenapa perlu dapatkan Bursa Anywhere?

Aplikasi ini adalah percuma, dan dengan Bursa Anywhere, anda boleh edit sendiri butiran info berkaitan dengan CDS anda. Sebagai contoh, yang penting sekali anda mungkin nak tukar alamat, ataupun correspondence address di mana apa-apa urusan surat-menyurat akan dihantar kepada alamat ini. Selain itu, anda juga boleh tukar maklumat kerakyatan dan nombor telefon.

bursa anywhere features

Aplikasi ini juga membolehkan anda memantau portfolio di semua akaun CDS anda, berikan makluman tentang pengumuman dari syarikat di portfolio dan juga membaca eStatement dalam tempoh 12 bulan.

Macam mana nak dapatkan Bursa Anywhere?

Senang saja, boleh pergi ke App Store ataupun Play Store, dan cari Bursa Anywhere. Kalau anda hebat, boleh terus scan QR code dalam gambar di bawah. Jika anda ingin maklumat yang lebih lengkap, anda boleh terus pergi ke website Bursa Anywhere di sini.

bursa anywhere qr code scan

Pendaftaran Bursa Anywhere

Untuk menggunakan Bursa Anywhere, anda perlu daftarkan akaun baru menggunakan dokumen pendaftaran identiti seperti nombor IC, IC tentera ataupun pasport. Sekiranya anda adalah pelanggan eStatement sedia ada, anda boleh terus semak email yang digunakan untuk eStatement. Jika tidak, masukkan email yang anda gunakan untuk terima kod pengesahan.

bursa anywhere registration

Selepas dah masukkan kod, anda akan terus ke borang pendaftaran untuk butiran peribadi, kata laluan dan soalan keselamatan. Kemudian, anda perlu sahkan pendaftaran dengan memasukkan nombor TAC. Ini akan dihantar kepada nombor telefon yang anda masukkan tadi. Selepas nombor TAC berjaya disahkan, anda boleh mulakan mengguna Bursa Anywhere.

Anda boleh lihat di sini untuk panduan pendaftaran bergambar, atau klik pada gambar di bawah.

bursa anywhere guide

Selepas pendaftaran berjaya, bolehlah anda tukar butiran berkaitan CDS anda, dan pantau portfolio dari mana pun anda berada.


< kembali ke laman blog utama